Thursday, February 12, 2015

SEOUL V3 – DAY 7: TWO NATIONS, ONE FRIENDSHIP

Haa.. kelas tak tajuk entry? Entry kali ni lain sikit sebab takde story pasal destinasi travel. Cuma nak cerita pasal siapa yang kami jumpa lepas balik dari Everland.

Uols ingat tak Sun Woo? Alaa.. mamat Korean comey yang ikut Kak Kiah & Kin masa memanjat Hallasan di Jeju dulu tu. Kalo uols dah lupa, leh klik sini untuk baca cerita dulu. Lepas balik dari Jeju dulu kami berdua ada la kekadang keep in touch ngan mamat ni through FB. So bila nak mai sini, kami ingat nak jumpa la ngan dia ajak pekena kopi sat. Ye lah.. dah lama tak jumpa. Alang2 kami dah ada kat Seoul, kena la rapatkan ukhuwwah.. keh3x alasan..

So si Kin la yang dok berPM2 dengan Sun Woo ni, plan nak jumpa bila and kat mana semua. Cadang nak jumpa esok tapi dia pulak bz. Maklum la dah jadik retis kan. FYI, dia ni skang dah start berlakon balik. Kalau uols nak tengok lakonan dia, boleh tengok citer drama You’re Surrounded yang ada Lee Seung Gi tu. Ada kat One HD dulu. Sun Woo berlakon jadi mamat yang dress up baju pompuan dalam episod 10 ke 11 camtu. Walopun cuma dua episod je but not bad la considering dia baru lepas grad kan.

Anyway, kami plan nak jumpa dia dalam kul 9.30pm lepas balik dari Everland. Tempat perjumpaan adalah di satu coffee shop (tak ingat nama) dekat2 dengan Namdaemun Guesthouse.

Kami sampai2 tengok dia tak mai lagi. So kami lepak order kopi dulu. Kin dah risau je takut mamat tu tak jumpa coffee shop ni. Hehe. Dari Everland lagi ada orang tu obvious sangat teruja nak berjumpa ngan anak hekan dia kekeke.. Tapi tak lama pun kami tunggu. Dalam 15 min camtu Sun Woo pun sampai dengan sorang kawan dia.

Wahh… dah lain dah rupa mamat ni skang. Memang dah ada gaya retis kpop uols! Nampak lebih matured. Dressing pun stylo. Dah la comey kan.. Kulit muka mulus je. Terkedu dan tersipu2 jap kami bertiga hahaha..

So kami pun lepak pekena kopi togeder2. Yang kawan dia tu namanya Chang Woo. Best friend dia la dari sekolah. Mamat ni belajar directing tapi sampai la ni lom dapat direct apa2 movie ke drama lagi. Kira baru habis grad jugak la macam Sun Woo. Tapi mamat ni memang kelakar, friendly and talkative. Kejap je dah mesra. Nasib baik kurang comey sikit.. kalau tak, bertambah koleksi anak2 hekan ahkak huhu..

Sun Woo cakap dia tengah blajo english. So kali ni dia nye english much better la dari dulu. Tapi takpe, walaupun diorang berdua tu english ke laut sikit tapi ada je yang kami bualkan. Pasal keje dia, drama2 Korea, life di Seoul etc. Bila tak tau nak explain terus je capai phone and google translate hihi..

Tengah syiok borak, coffee shop tu nak tutup pulak. Sebab tatau nak lepak mana, last2 kami sambung borak kat guesthouse je. Tapi kat bawah la area living room tu. Ingat kan nak borak kejap je sebab masa tu dah nak kul 11pm. Tengok2 melarat borak dari satu topik ke satu topik.

Banyak jugak benda2 baru pasal Korea yang Kak Kiah dapat tau dari diorang berdua ni. Contohnya macam pompuan2 Korea ni sangat particular pasal ketinggian lelaki. Kalo lelaki tu pendek memang susah nak dapat awek. Sebab tu kat sini lelaki suka pakai sole dalam kasut sebab nak bagi nampak tinggi. Pastu jumlah Korean men lebih ramai dari Korean women. So pompuan2 sini lebih memilih and ramai yang pasang banyak teman tapi mesra. Sebab tu la diorang ni takde gepren (ha ye lah tu).

Bila kami citer pasal lelaki Islam boleh poligami, wah terus teruja diorang macam tak percaya. Pastu jenuh la kami nak explain pasal bende ni. Nasib baik la si Kin ni ada beli buku pasal Islam tapi dalam bahasa Korea. Dia ada bagi la buku tu pada Sun Woo. Jadi maybe balik nanti boleh dia baca and faham lebih sikit pasal Islam. Ha bagus kan Kin? Sempat berdakwah. Diorang pun sebenarnya memang nampak agak curious pasal kami bertudung ni. Banyak jugak yang ditanya pasal muslim women.

Banyak lagi kami borak tapi mostly pasal kpop & kdrama la. Siap diorang ni mengaku satu sekolah la, satu U la dengan retis2 yang femes macam Park Shin Hye, Top Big Bang, Yoo Jae Suk and ramai lagi. Ntah ye ke tak tatau la. Tapi Sun Woo memang close dengan Lee Byung Hun, hero drama Iris tu. Yang tu memang komfem sebab Kak Kiah pernah tengok gambar diorang together. Sun Woo ada gak tanya pasal peluang berlakon kat Msia. Kak Kiah bagitau dia suh blajar english betul2 dulu and BM sikit2 kalau boleh. Kalau dia betul2 berminat boleh aje kami tolong carikan agency kat sini. Apapun if tengok rupa, rasa2nya macam boleh pergi kot. Takde lah hauk sangat rupa parasnya kan huhu..

Sedar tak sedar tengok jam dah kul 1 pagi. Terpaksa bid farewell sebab esok pagi kami ada plan lagi. Sempat wish Sun Woo all the best in his acting career and hope that Chang Woo akan direct movie yang best one day. Mana tau satu hari nanti femes meletop2 kan, boleh Kak Kiah tompang kembang idong semangkuk haha.. And before say babai, kami amek la gambo sebagai kenang2an. Ntah bila dapat jumpa diorang ni lagi kan…

Chang Woo, KK, Kin & Sun Woo
Me and the boys
Chang Woo and his funny face, with Kin & Sun Woo
Anim dan oppa2 barunya hehe
Apapun memang seronok dapat jumpa both Sun Woo & Chang Woo malam ni. Terharu jugak sebab diorang sudi nak spend time datang jumpa kami. Hopefully friendship yang terjalin antara dua negara ni akan berkekalan sampai bila2.

Lepas diorang balik, kami pun naik ke bilik. Tengok Lai dah tido dah. Hihi kesian dia mesti risau tunggu kitorang. Malam ni Kak Kiah tido lambat sebab dok berborak ngan Anim & Kin kat bilik Kak Kiah. 

Seronok diorang berdua tu malam ni nampaknya hehee.. Mau tak, macam tak berkedip mata memasing tengok si Sun Woo tu tadi ahahaha.. I too - had a great day today. Alhamdulillah. Good nite Seoul! See you tomorrow.. 

To be continued…

35 comments:

  1. No wonder Stevie Wonder ... baru sekarang tau kenapa KK suka sangat ke Korea ... hahahahhahahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ini lah yang dinamakan bonus! sempat sauk anak hekan kih3x..

      Delete
  2. untung kak kiah jumpa retis korea. pasti terpercikla skit api2 glemer tuh~ hahah hallyu wave~

    ReplyDelete
    Replies
    1. retis ni level pak pacak lagi. tak berapa nak ada percikan glamer.. kalo dah top esok, baru KK nak jalan berkepak2 muahaha

      Delete
  3. untunglaa...dah la agak cute mamat 2 orang ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang nye skin macam baby tau. KK macam terkasima tengok jejantanz berdua tu punya kulit.. halus mulus kalah kita yang pompuan ni

      Delete
  4. kakkk,,, ada laaa iras2 oppa min ho...boleh buat merembes jugak tuh :)

    ~watie79~

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi hang taste min ho kah? tapi diorang ni rendah la.. tinggi cam lelaki2 msia je. kalo oppa minho tu lagi tonjang kan?

      Delete
  5. huntonglaaa anak hekan jambu2 hehhe..

    ReplyDelete
  6. wah Kak kiah... ada fren2 org korea....best2..lama borak tu sampai kol 1... mcm retis jugak muka fren2 korea kak kiah tu eh...he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK dok pk diorang ni mekap ke apa masa nak datang jumpa kami. tp mmg dressing style la dengan suar senteng cam retis kpop selalu pakai tu. padahal kitorang muka berlengas2 balik dari everland haha..

      Delete
  7. wow..hebatnya kak kiah berkawan dgn retis gitu.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la hebat noks. kebetulan dia tu retis. dulu masa dia cakap dia ada berlakon, kami mmg tak caya sebab ingat dia auta haha...

      Delete
  8. Ooo... Sun Woo dah ada drama dah ke kak kiah? Tak tgk drama lee seung gi tuh. Kalau dah famous jgn lupa suruh dia singgah Malaysia jumpa akak angkat dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK ada ajak dia datang msia. tapi skang ni dia pun dah bz so takde masa dah nak travel. takpe kalo sunwoo nak mai msia, nnt KK update uols ye..

      Delete
  9. Wow..kak kiah ada kawan retis kpop laa....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. nak fren ngan dia boleh je. dia ada dalam fb list KK. cer try fren request huhu..

      Delete
  10. daebakkkk!! kak kiah ade kawan dengan retis...
    ni kan gambar die dalam citer you are surrounded tu

    http://i1192.photobucket.com/albums/aa324/girlfridaydb/drama/2014/Pohwi/pohwi11/pohwi11-00280.jpg

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh terer lah azra siap dapat cari gambo lagi

      kalo nk tgk movie yang dia berlakon dulu2, cari movie tajuk GLOVE. cite pasal baseball players yang bisu n pekak. he's one of the players. tp KK tak tengok lagi la.

      Delete
  11. Hamboi...dah ada kwn retis kpop..confirm malam tu tido sampai termimpi2 kat diorang kan? Jgn tipu...anguk ajelah...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke takde lah. ngigau je ahahaha...

      Delete
  12. Waaaa... kak kiah. Sib baik Chang Woo.. bukan Chang Wook. Klu tak jelesssss i tauuuuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chang Wook sapa ek? KK ni kadang nama retis payah sket nak ingt. Tapi Chang Woo ni memang kelakar orangnya.. asek buat lawak jer

      Delete
  13. Kak kiah... Lama cari ko beb.. Plizz respon pm fb, sms, note kat pintu rumah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohoitttt!! Huhu sori lah beb.. aku ni tiga mode of comm sume down - hp, broadband & leptop. Nk online pun pinjam orang nye leptop jap. Nak masuk fb tak sempat. Hp aku kdg2 ok, kdg2 ko. Nak buat skrip ko pun aku tatau boleh buat ke tak sbb mmg aku tgh mati kutu skrg ni - semua sangkut. Apa2 hal bagi aku seminggu bg aku setel semua perkara dulu.

      Delete
  14. Saya pun layan you're surrounded tapi x perasan pulak kwn kk si sun woo ni.mungkin masa tu tak top lagi. Kk x tanya ke mcmna pelakon korea boleh tinggi2 skrg ni. Sya pun suka tgk drama korea sb lelaki diaroang tinggi2 dn nampak seksi terutamanya Rain. he.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang memang jaga badan n makan. senam tu kira wajib la. and maybe ada baka yang tinggi2 kot sbb korean kan dah ramai kawin ngan omputih skrg ni. kalo ikut asal, diorang ni genetik katik gak sbnrnya macam orang Asia yg lain..

      Delete
  15. Replies
    1. ha bab sporting tu KK pun kagum gak. sbb ingt dah jd retis takmo la hang out dgn kami. rupanya sudi gak diorang melayan tetamu dr msia ni huhu..

      Delete
  16. Replies
    1. ececehhhh.. rindu yeee.... suka anim ye dapat oppa korea..

      Delete
  17. Untung nya kak kiah. JM pernah baca entri sblm ni yg kk mendaki dgn sun woo tu kan

    Sporting nya sun woo x sombong, klau lah dia convert ke islam mesti KK ada chance nih heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oit takde takde... KK dh bg laluan awal2 kat Kin atau Anim hehe... KK tableh org2 kiut camtu. Nnt rasa mcm nk simpan dlm display tak bg kuar umah hahaha...

      Delete
  18. hahahaha..lawak baca citer kk nih...

    ReplyDelete