Thursday, October 17, 2013

BANDUNG - DAY 4 - RIAU


Lepas setel solat sume, Kak Kiah pun begerak la sorang2 menuju ke Riau Shopping Area. Jauh gak actually tapi Kak Kiah jalan selow2 je menikmati suasana kehidupan orang2 Bandung ni. Cikgu2 tu katanya pegi jenjalan kat taman area Balai Kota depan hotel kami.

Lalu kat depan BIP ada buat cam pameran binatang2. Wah teruja terus Kak Kiah tengok binatang kiut miut gitu!!



Lepas dah layan lepas rindu kat kucing2 binatang2 tu sume Kak Kiah menapak lagi. Bila dah berjalan ni baru la kita nampak betul2 betapa ramainya gelandangan kat tepi2 jalan tu. Ada yang mengemis biasa2 je, ada yang tuju kat kereta ketuk2 tingkap, ada yang main gitar tepi jalan. But seriously, suara diorang yang menyanyi tepi jalan ni kan.. perghhh sedap giler ok! Almost semua yang Kak Kiah dengar semua sedap2 n merdu2. Kalo campak kat Msia memang harus kaya kalo bikin single je pun.

Kak Kiah terus tuju Terminal Tas nak belikan henbeg untuk opismate Kak Kiah tu. Tatau la ntah ori ke tak. Kak Kiah send picca semalam dia kata ok je. Alah bagi duit RM100 je pun. Apepun pada pendapat Kak Kiah la kan, kalo nak beli henbeg toksah le beli kat Bandung ni. Kak Kiah tengok cam tak lawa je. Yang kengkonon ori A+++ tu pun tak lawa, apetah lagi lagi cokia tu kan. Tapi kalo jeans, baju, telekung, kain2 sume ok memang Kak Kiah tak nafikan kualitinya bagus kat sini n harga murah. So memang agak malang lah Kak Kiah sebenarnya bila kawan kirim henbeg ni sebab tak senang hati kita nak bersoping mikirkan nak beli barang dia. Kadang2 ada orang cakap “tak kesah la, beli je apa2”.. tapi satgi kang komplen lak kang. Sebab tu Kak Kiah tak kesah la, sanggup menapak jauh ni nak beli henbeg dia sebab tu je yang dia kenan.

Yang depan tu beg Kak Kiah. Murah je tak sampai Rp100,000 pun. Tapi sangat lasak ok boleh cuci lagi huhu..
Pastu dah beli, Kak Kiah pun dah lega. Alhamdulillah semua dapat dibeli. Esok leh balik Msia dengan hati girang hoyeah!!

Plan ngan Cikgu Elly, Cikgu Shikin & Dayah nak dinner malam ni kat BMC. So Kak Kiah pi singgah Masjid yang berdekatan tu. Masjid ni located kira tengah2 antara hotel, BIP n BMC so mudah la kan. Lepas maghrib cikgi2 akan terus datang jumpa Kak Kiah kat masjid je nanti.

Ok la masjid dia. Besar tapi simple. Tapi takde karpet huhu keras masa sujud. Jemaah muslimah lak pakai telekung kalerful. Bab lain, cara2 solat wirid sume sama je cam kita.

Lepas abis solat dapat sms Cikgu Elly kata diorang ada kat luar pagar. Masa nak kuar tu Kak Kiah dengar riuh-rendah la orang dok berarak kat jalan. Alah macam reformasi ke jadah tu. Tejerit tepekik time maghrib. Ntah apa2. Tapi Dayah cakap kat sini memang biasa cam tu. Diorang tu mostly student universiti. Kira suara bebudak U boleh tahan kuat la kat Indon ni sebab sampai bole jatuhkan kerajaan sume.

Haih.. Kak Kiah kalo nak bukak kitab indon kang memang panjang nak bebel. I’ve been studying their culture, hukum adat, undang2, politics for years. Bila dah datang sini n tengok sendiri, rasa kesian sangat. Allah bagi nikmat banyak sangat kat bumi ni (tengok nasik je pun dah leh beza), tapi kenapa rakyat dia banyak miskin? Kat Bandung ni je gaji paling tinggi RM1000 je sebulan tau. Tu yang level pegawai2 tu. Kalo yang rendah2 ni silap2 RM200-300 je sebulan. That’s why bila diorang datang Msia dapat gaji RM450-500 sebulan dah bersyukur sangat2. Siap leh simpan balik beli tanah berekar2. Yang best tu, Dayah citer budak2 Indon universiti dia tanya kenapa orang Msia sibuk2 nak buat himpunan2 bagai (masa ni kecoh pasal BERSIH) sedangkan hidup dah ok kalo nak banding ngan diorang. Ha tau takpe. Tu beza orang tau konsep bersyukur atau tak.. I’m not saying Msia ni perfect takde salah. No no. Banyak lagi flaws yang perlu dibetulkan. But still not bad. Kita still dalam frasa perubahan. Dah ada transparency tak lah corrupted gile macam masa 10 thn dulu. Kita masih dapat idup dgn aman, cukup makan, cukup pakai. Apepun tak sampai lagi level nyanyi2 main gitar tepi jalan untuk mintak sedekah.

Eh lari topik dah ni huhuhu..

Untuk malam last ni kami makan sedap2 je. Nak abiskan duit rupiah kan. Esok pagi nak balik dah..Tapi bila nak bayar, Cikgu Elly belanja plak. Alhamdulillah.. murah rejeki Cikgu Elly pas ni aminn..


Nasi Timbel Kompelit namanya
Vege Juice -blend sawi, nenas & epal. Tapi bau cam rumput. Nasib baik sedap!
Our last meal in Bandung. Memang best!
Lepas say bye2 kat Dayah, kami pun balik hotel. Pack2 apa yang patut. Risau giler esok takut terlebih muatan. Beg pulak dah beranak pinak. Tido lewat lagi malam ni. Tak sabo nak balik hehee.. 

BANDUNG - DAY 4 - PASAR BARU v2.0

Hari ni acara soping di Pasar Baru versi 2. Heheh.. sebab semalam dah usha2 apa nak beli kan, so hari ni dah senang la. As usual, lepas bekfes yang sedap tu kami pun menapak la ke Pasar Baru.

Aritu kan dah plan ngan student Msia yang nama Dayah tu kan. So kami jumpa la dia terus kat Pasar Baru tu. Of coz first tempat pegi - kedai jual tudung. Semalam kan Kak Kiah tak beli, telan air lior je. So ni lah masa nak lepas geram muahaha..

FYI, hari ni Sabtu so expect ramai orang la. So kne extra careful skit dengan pencopek2 di sekitar ye. Kalo boleh beg tu pakai kat depan je. Pastu make sure bawak la air sebotol ke sekotak ke, sebab nanti ada je penjual2 suh beli air. Kalo dia tengok kat tangan kita ada air, takde dah dikacaunya kita.

Nak citer banyak pun tak guna. Meh tengok gambar..


Kain yang cantik2
Penuh beg plastik di tangan!
Banyak jugak sebenarnya Kak Kiah shoping. Beli kain pelikat, kopiah untuk ayah, kain pasang untuk mak, tshirts Bandung untuk adik-beradik, souvenirs kecik2 untuk kengkawan. T-shirt leh dapat Rp20,000 sehelai and fridge magnet tu dalam Rp15,000 sepapan. Murah gile kan. Anyway, rasanya lebur dekat Rp450,000 jugak kat sini hari ni.

Hasil rampasan Pasar Baru versi 2
Lepas setel bersoping, naik Level 6 untuk lunch kat Kemangi. Macam biasa - sedap giloss...

Kak Kiah nye rupa dah sebijik cam mbak2 indon kan haha
Pastu kami balik menapak. Dengan berbondong2 beg plastik kat tangan.. astagaa.. macam tak reti penat kan pompuan kalu bersoping.

Kena naik jejantas n seberang jalan ketapi
Then singgah ke Kartika Sari untuk beli brownies. Sapa datang Bandung mesti beli benda alah ni tau. Sangat2 sedap seriously esp yang kukusnye tu. Sesuai untuk buah tangan gak. Satu bekas tu dalam Rp30,000. Pisang molen cheese pun sedap gak. Makan masa panas2 fuh marbeles!! Selain tu boleh beli Pisang Sale, Krepek Tempe, Samosa, Kacang Bandung.. sume ada kat sini. Rembat je selagi berduit.

Kartika Sari
Brownies - kukus/bakar semua ada
Mati la terus dedah aurat lengan.. dah kepanasan sangat masa ni huhu
Pisang Molen Cheese - recommended by Dayah. Serious sedap!!
Pastu kami pun balik. Rehat n solat sume. Petang ni acara bebas so cikgi2 berdua tu takmo kuar gi mana. Cuma Kak Kiah nak kne pegi Area Riau semula sebab nak cari henbeg yang opismate Kak Kiah kirim aritu. So see you next entry!

BANDUNG – DAY 3 – TRANSTUDIO

About 3pm, kami tahan cab depan hotel untuk ke Transtudio kat Bandung Supermall. Tambang cab Rp50,000 tak kisah apa jenis cab. Perjalanan amek masa dalam setengah jam gak sebab locationnya jauh sikit plus masa tu macet (jem) banget. Maklum la hari Jumaat kan, ramai orang balik dari masjid.

Transtudio ni the biggest indoor theme park in Indonesia, sama macam those in Makassar. Dalam Transtudio ni kita kena beli Mega Cash Card dulu kat kaunter depan. Sekali masuk kena Rp150,000 untuk weekdays, Rp10,000 untuk studio pass. Nanti kalo nak beli food, beverage or souvenir kat dalam tu kne top up duit kat card ni.

beli Mega Cash Card kat sini dulu
Mega Cash Card
Seperti yang dikatakan, Trans ni takde lah seluas USS. Rides yang gila2 pun tak banyak. Anyway, nasib baik masa kami datang ni takde la ramai sangat orang. So most of the rides tak payah lelama beratur.

First, kami masuk Marvel Superheroes 3D. Cikgu Elly suka sangat ngan movie superheroes ni. Sebab Kak Kiah lom tengok lagi movie tu, Kak Kiah ala blur2 gak. Tapi layan je lah. Nasib baik best. Effect 3D tu memang syiok.

Cikgu Elly tanak naik ride. So, Kak Kiah ngan Cikgu Shikin naik Vertigo. Fuh macam nak tercabut nyawa uols!! Terpekik terlolong kami ditunggangterbalikkan.. Tapi memang best la. Kak Kiah ni memang suka ride gile2 camni. Buleh ilang stress.

Kikiki.. terlolong2 memasing..
Tapi turun2 je terus Kak Kiah sakit kepala huhu.. Potong betol..


Masuk Trans Broadcast Museum. Nothing much. Cuma display je. So kami pergi masuk Science Center lak. Dalam ni best macam2 ada. Sesuai untuk nerd2 cam Kak Kiah haha. Tapi yang boringnya explanation in Indon. Puas la nak memahami. Tak tau la ngape tanak dibubuhnya bahasa omputih.

Then kami ke Magic Corner. Kat sini kami naik Sky Pirate. Alah yang kapal berlayar kat atas tu pusing satu Trans. Takde lah mencabar mana. Tapi tetap best sebab leh tengok view Trans dari atas. Tapi sebab Trans ni kecik kan, rasa dalam 10min dah habis tawaf. Ceh kejap je..

Dalam kul 5pm ada parade. Memang meriah sangat! Mcm2 character ada – nimo, dracula, elvis presley, marilyn monroe n mcm2 lagi.


Tapi sayangnya tak dapat bergambo ngan character2 tu sebab diorang cuma allocate sikit je masa bergambo after parade.

Lepas tu kami naik Dragon Riders. Nampak cam bodo je dragon turun naik. Tapi bila dah naik tu cam nak terkeluar isi perut tau.

After that kami ronda2 je tak naik ride. Kak Kiah nye sakit kepala pun makin kronik masa ni. Panadol lak tinggal kat hotel. Apepun, overall ok la tempat ni. Takde la gempak sangat macam USS tu. Rides pun lebih banyak untuk bebudak. Memang setengah hari je pun dah leh cover the whole area. Frankly speaking, harga tiket ~RM50 tu macam mahal je, x sesuai ngan apa yang ada kat sini. Apa yang diwar2kan kat media about Transtudio idok le seperti realitinya.

Pose before balik
Lepas tu kitorang masuk jap Supermall. Kak Kiah singgah kedai buku beli novel Indon Habiburrahman El Shirazy – Bumi Cinta. Kat kedai buku ni memang takde buku omputih uols. Sume english novel habis kne alih bahasa. Diorang ni memang wajib la pakai bahasa indon, even chinese kat sini pun ngomong indon. Tapi keburukannya ialah english diorang tak berapa bagus lah.

Buku2 Kpop bahasa indon haha
Balik dari Transtudio kami singgah ke BIP lagi skali sebab Cikgu Elly nak cari baju untuk anak sedara dia. Then kami menapak ke mana lagi kalo bukan Bakso Malang Karapitan (BMK)!! Hahaha. Ketagih ok. Selain dari lokasi nye yang dekat ngan BIP, dekat jugak nak balik hotel nanti.. menapak je 10 min huhu..

My dinner tonight
Lepas kenyang kami pun balik. Masa on the way ke hotel, ternampak la pulak kedai jual DVD. Eh apalagi singgah la masuk kan. Kak Kiah sorang je sebab cikgi2 berdua tu dah penat. So Kak Kiah pegi la usha2 DVD Korea yang ada. Murah sesangat okeh! Satu keping CD dalam RM2-3. So kira satu cerita kalo dalam 20 episod tu antara RM6-8. Murah tak? Rambang terus mata Kak Kiah. Kualiti? Ok kat kedai ni ada disediakan 2 pc untuk kita check sendiri mutu n keunggulan dvd2 tu so kita kena tengok la yang ada subtitle tu make sure ada english nye. Kalo BM mmg takde ye neng. Bahasa Indon je ada..

DVD Korea yang berjaya dibeli
Kak Kiah beli 6 cerita. Tamak haloba sungguh gitu. Benar la kata orang.. kalo disua branded bags ke, branded shoes ke tak dilayannya Kak Kiah ni. Tapi cuba sua DVD Korea.. hah laju kau membeli! So Kak Kiah beli citer Baby Faced Beauty, Cain and Abel, Deep Rooted Tree, Moon that Embraces the Sun, The King 2 Hearts & Love Rain. Kesemua best tip top condition, takde sangkut, takde missing episodes, takde subs tonggang langgang. Memang terbaek!!

Then balik bilik tengok cikgi2 berdua dah redi nak tido. Kak Kiah tido lambat again malam ni. Mengira ongkos la apalagi.. esok nak soping lagi hehee..

Hasil rampasan hari ke-3. Total damage =Rp600,000 heheh

BANDUNG – DAY 3 – PASAR BARU v1.0

Hari ni kami plan nak ke Pasar Baru. Hoyeah!!!

Actually plan asal nak gi esok. Tapi bila mendengar cerita orang yang beli barang berbondong2 sampai tak muat tangan nak pegang, kami decide nak pegi dua kali iaitu hari ni n esok. Cikgu2 berdua tu pun kabarnya banyak nak beli telekung n kain. So plan Transtudio kami cut short jadik setengah hari. Lagipun ramai orang kata Transtudio tu tak la besar sangat, half day pun dah leh cover sume.

Pasar Baru ni dekat je ngan hotel kami. 15 min je jalan kaki. Pagi2 lagi kami dah gerak dengan semangat berkobar2. The best time nak datang Pasar Baru ni ialah pagi, time kedai baru bukak tu. Sebab peniaga2 akan berlumba2 nak suh kita beli barangan dia maka kita boleh la mendapat harga pecah telor.

Cikgu Shikin & Cikgu Elly bersemangat sekali menapak ke Pasar Baru!
Kat Pasar Baru ni ada 6 level plus dua level underground. Underground 1-2 banyak jual kain batik, pelikat, kemeja, jubah. Level 1-2 ada jual telekung, blouse n kain2 ela. Level 3-4 ada jual blouse, kain ela, baju bebudak. Level 5 jual handbag sesaja. Level 6 ada medan selera n few kedai jual handbag. Atas sekali ada surau. Pendekata, Pasar Baru ni shorga bagi kaum wanita. It is a must go place in Bandung. Wajibul-ghunnah!!

Kami tuju tempat telekung dulu kat level 2. Ha amek kau satu floor tu penuh ngan telekung sesaja. Memang cantik2 telekung kat sini. Kualiti kain pun bagus. Rp100,000-120,000 (RM30-40) dah leh dapat telekung yang cantik. Kat sini Kak Kiah blajo jenis2 kain telekung, ada jenis Cotton Roselle, Japan (Rp120,000) n Paris (Rp150,000). Maklum la selama ni pakai telekung biasa je, xde kerawang2 bagai. Asal tutup aurat sudah. Tapi rupa-rupanya ada lak macam2 jenis. Tapi Kak Kiah memang tak minat telekung yang kerawang berkaler2 tu. Kalo pakai ke masjid, silap2 buleh mengganggu konsentrasi orang lain. Anyway, telekung kekanak banyak juga yang comel2. Cikgu2 berdua tu beli jugak untuk anak sedara memasing.

Yang bestnya Cikgu Shikin pandai betul tawar menawar harga. Kagum Kak Kiah menengoknya. Sempat jugak blajo cara2 bargain harga dari dia..

First – tengok harga. Pastu kurangkan 50% dari harga yang dipamer. Masa mintak kurang tu jangan cakap kuat2, bisik2 je n cuit2 sket orang tu. Of coz dia takkan setuju ngan harga less 50% tu. Dia akan drop 90% je dari harga asal. Pastu kita mintak le 60%. Puji2 dia sket, cakap dia lawa ke nampak muda ke. Nanti dia akan kurang to 80%. Last kita mintak 70% dari harga asal. Confirm dapat. Hehe. So kalo harga telekung tu Rp140-150,000, insyaAllah kita boleh dapat harga Rp100,000. 

Aksi2 menawar harga. Buat muka kiut sangat digalakkan ehehe..

Kak Kiah beli 2 je telekung untuk mak n diri sendiri. Pastu beli satu lagi telekung travel Rp45,000. Tips untuk sesapa yang nak beli telekung, make sure uols test satu2 n check labuh kain n telekung nya. Jangan jadi cam Kak Kiah, just test telekung yang untuk mak. Since Kak Kiah beli telekung yang sama tapi pattern lain, takde lah Kak Kiah kesah nak tengok2 yang untuk Kak Kiah punye. Bila balik Mesia ha amek kau, salah jenis ok! Kemain beso ruang muka. Kak Kiah menyesal!

Lepas tu kami turun ke kedai2 yang jual tudung plak. Cikgu2 tu je yang beli. Kak Kiah tak beli pun sebab ingat esok baru nak beli. Kat sini tudung kebanyakannya tudung bawal. Takde yang awning2 ala Ariani tu ye. Kalo ada pun yang awning tebal cam yang biasa pelakon sinetron pakai dalam drama tu. Tudung kat sini boleh dapat harga <Rp50,000 and mostly cantik2. Cikgu Elly hadiahkan Kak Kiah sehelai tudung cantik ada pattern bunga ros kecik2 kat tepi tu. Hehe suka Kak Kiah! Thank u Cikgu Elly, muah!!

Tudung untuk Kak Kiah hehee..
Acara membeli tudung
Setelah penat bersoping untuk setengah hari, kami naik ke level 6 untuk lunch. Masa kita sampai2 tu kan, akan ada peniaga yang berbondong2 datang approach kita ajak makan kat kedai dia. So tipsnya ialah, jangan risau, buat muka berlagak je n terus tuju ke tempat yang kita dah target nak pegi. Kira buat macam kita dah biasa la datang sini. Kalo tak, memang masak la kena tipu. Ada kes orang yang order satu food, last2 sampai tiga sekali datang. Sebabnya peniaga dari 3 kedai berlainan yang amek order. Tak pasal2 orang tu kena bayar untuk tiga food tu. Selain dari tu, ada kes food poisoning jugak. So kena tau mana kedai yang dijamin sedap n bersih.

Menurut sumber2 dari forum CARI, diorang rekomen makan kat kedai ni namanya Kemangi. Femes ngan Nasi Penyet. So kami order Nasi Penyet n Gurame Bakar yang dimasak secara sizzling. Minuman Es Jeruk. Marbeles!!

Set Ayam Penyet nyum nyumm..
Lepas siap makan kami balik ke hotel. Cadangnya nak letak barang je pastu gerak ke Transtudio. Tapi masa ni Kak Kiah nye kepala berdenyut2. Telan panadol ingat nak lelap kejap. Rupa-rupanya tiga2 suma gasak tido huhu.. Dekat kul 2pm baru terjaga memasing.

After solat n siap2, baru kami kuar hotel untuk ke Transtudio. Apa ada kat Transtudio? Tunggu next entry.. tunggguuuuu...

AL-FATIHAH

Lama kan Kak Kiah tak ngupdate? Sori ye uols2 sume.. Kak Kiah memang tak senang kaki tangan lately. Banyak kije sesangat. Ni baru la free sikit ni (read : mengular kat opis hehe)..

Hmm nak bagitau.. pada 28/9/2013 aritu Ayah Kak Kiah telah kembali ke rahmatullah pada usia 72 tahun. As 'anak ayah' Kak Kiah agak kesedihan la dua tiga minggu ni. Terasa banyak gak sesal dalam hati sebab Kak Kiah ni antara anak dia yang banyak menghampakan dia. Dari segi jodoh (takmo kawin), dari segi keje (takmo keje gaji tinggi), dari segi kata2 (kekadang cakap takde nak pikir2) n byk lagi elemen2 'anak tak dengar kata' tu ada pada Kak Kiah. Tapi apakan daya.. too late now Kiah.. Sebab tu bila teringat je, Kak Kiah memang takleh tahan la rasa kesedihan ni..

Apepun, memandangkan dia pergi dengan keadaan mudah, tenang n tersenyum, sikit sebanyak Kak Kiah lega jugak. Kak Kiah sempat berbual ngan dia siangnya tu. Masa tu dia masih sihat (cuma nampak sikit stress) n bagitau pasal dia nak buat korban Raya Haji ni so dia suh Kak Kiah handlekan. Tak sangka that was the last time I spoke to him.

Kak Kiah harap roh aruah Ayah tenang di sana.  Harap kengkawan dapat sedekahkan Alfatihah untuk aruah ye.. ALFATIHAH..

Our last pic together masa celebrate bday aruah. Siap buat duckface tu yang tak tahan.. haha.. I LOVE U AYAH. Hope we'll meet again in Jannah, Insya Allah..


Untuk mengurangkan sikit rasa sedih ni, Kak Kiah nak sambung balik stori Bandung yang tergendala dulu tu. Harapnya bila citer pasal travel ni dapat switch sikit minda Kak Kiah ni. Maklum lah hidup kena diteruskan. So tunggu ya uolsss.. 

Thursday, August 29, 2013

JEJU-SEOUL - SUMMARY

Haha lamanya Kak Kiah pendam entry untuk summary travel Jeju-Seoul ni kan. Sorilah uols. Kak Kiah tersangat2 la bz lately. Mencari ongkos untuk berjalan lagi katanyeee.. huhu..

-----

Oklah let’s review travel kali ni.
Plan untuk ke east n south Jeju terpaksa ditukar Day 1 ke Day 2 sebab masa sampai guesthouse tu semua dok nak rilek2 dulu. Since kami gerak pun dah kul 2pm, mmg no way dapat cover places kat area Seogwipo-si. That’s why Day 1 tu plan ditukar untuk cover east, walaupun terpaksa buang few places dari list.

So antara places yang tak sempat pegi:
a) Trick Eye Museum, Ilchul Land & Songeup Folk Village - tak sempat sebab by the time turun dari Seongsan Ilchulbong dah senja dah pun. Seongsan tu kalau tak naik sampai atas, sejam je dah cukup. Tapi since Kak Kiah & Eti naik sampai puncak, maka kami spend about 2 hrs kat sini menyebabkan dah takde masa nak gi tempat lain.
b) Mysterious Road - since kami ikut route lain masa ke Seogwipo-si, so tak lalu Mysterious Road ni masa day 2. Ingat nak pegi masa on the way to Hallasan. Tapi since mamat Korean tu yang drive, memasing terus lupa pasal nak singgah sini. Dah lepas baru teringat (tepuk dahi). Gitulah bila berhadapan ngan orang2 kiut ni kan.. ala2 terpana gitu.. haha..
c) Daepo Jusangjeolli, Yacheonsa Temple - terpaksa kuar dari list n ganti ngan Yongmeori Coast. Tersalah percaturan kat sini sebab tak check schedule Yongmeori tu dulu. Ingatkan open 9am-5pm, rupanya open time air surut je yakni 2pm. So masa banyak buang sebab kne pegi sini 2x. Ingat nak replace lepas Hallasan kat day 3, tapi sebab kaki Eti terseliuh n dia turun lambat so by the time kami sampai Seogwipo-si dah remang2 senja hapah pun tak nampak (fyi Sears Hotel ni dah dekat pun dengan Daepo Jusangjeolli & Yakheonsa Temple)
d) Insadong, Cheonggyecheon Stream, Hangang River - terpaksa kensel sebab nak banyakkan masa sopping untuk u know who.. haha

Kesimpulannya.. ha.. memang kne repeat lah nampak gayanya! (alasannnnn..)

Memang banyak kelemahan trip kali ni. First problem ialah Kak Kiah expect diorang ni leh ikut style Kak Kiah, malangnya idok sama skali dema nak ngikut ye.. Masa banyak buang sebab menunggu masing2 bersiap. Kira memang tak punctual langsung la. Yang style mak datin lain, yang buat muka masam mencuka sepanjang trip lain, yang mulut laser tak hengat lain...memang haru-biru betul. Nak ditegur, memasing dah beso panjang. Bila tegur, sentap pulak hai. 

Problem paling besar memang clash of personality tu la. Silap Kak Kiah sebab takde sessi taaruf masa kat LCCT before fly tu. I wish masa tu Kak Kiah sampai airport awal n lepak kejap introduce kan masing2 dulu so that dapat they all kenal2 each other dulu. Masa sampai Seoul tu dah too late dah pun sebab masa tu Nanny & Eti dah start bercekau ngan each other. Kak Kiah lak serabut nak uruskan semua hal sampai tak dapat nak handle benda ni dengan baik.

Kesilapan lain ialah Kak Kiah patut buat interview dulu dengan diorang before setuju bagi diorang join trip ngan Kak Kiah. Haha macam bagus je kan? Tapi macam kne buat camtu lah sebab baru tau apa taste memasing. Ni tak, masa before pegi sume kata ok la, takde hal la.. ikut je apa plan Kak Kiah la. Tapi bila sampai sana macam2 la pulak komplennya. Tak nak dok bilik dormitory la, nak bilik ada toilet kat dalam la, nak naik taxi takmo subway sebab kena naik turun tangga la, tanak masuk museum la, nak masa sopping lebih la.. memang macam2 hal betul.

Tapi takde la Kak Kiah berputus asa nak jalan beramai2 lagi. Cuma kena plan betul2 la pasni. Kalo jalan ngan mak, Kak Kiah memang definitely kena buat travel plan ala2 mak datin. Ke sana ke mari naik teksi belaka. Kena make sure ada balachi sorang tukang angkat beg hehee.. Pastu kalo dengan Eti kena plan macam travel orang kaya. Bilik mahal takpe asalkan selesa n ada toilet inside. Makan pun kena yang sedap2, takmo bekal. Anyway Eti ni part duit memang tak berkira. Tapi kesian kat Kak Kiah la kan sebab gaji Kak Kiah ni bukan beso mana pun. So kalo nak jalan lagi ngan Eti pasni, Kak Kiah memang kena serious ikat perut makan megi je huhu.. Dengan Kin plak, takde masalah. Dia sporting je ikut plan n tak banyak cekadak. Pastu hepi2 je tangkap gambo. Dengan Nanny? Errr.. err... heh rasa tak la kot nak jalan ngan Nanny lagi. Kalo dah sampai tahap terpaksa sampai letak pistol kat dahi, baru Kak Kiah nak jalan ngan dia kot.. Hahaha kejamnye statement..

Bab budget lak, rasanya ok la.. less dari yang diplan. Memang la kan.. sebab banyak tempat tak pegi hihi..
Summarynya:
Flight AA KUL-ICN-KUL                                        = RM928.00
Transportation (cab, subway, car rental, flght Jeju)    =W213,670
Accommodation 5 nights                                            =W101,000
Food                                                                            =W56,400
Admission Tix                                                             =W38,500
Shopping, souvenirs etc                                              =W729,570

Ok tak? Kak Kiah just bawak RM2500 je untuk 6D5N. Kalau tolak duit makan & shopping cuma spend ~RM1,000. 

Antara hasil2 tangkapan:
 

Bab makan tu frust sikit sebab tak dapat nak makan korean food sangat. Plan asal nak memasing letak 80,000 won sorang n lantik sorang AJK untuk handle duit makan. Tapi masing2 nak makan sendiri2 lak. So bila sorang tanak makan korean food (Nanny la tu sapa lagi), yang lain sume terpaksa bukak bekal. Bagi Kak Kiah la, bajet makan tu bajet gak.. tapi Kak Kiah takmo la bajet sangat sampai tak merasa makanan orang luar kan. Rugi la datang jejauh lagi, skali tu makan nasik n megi.. apa cerrr... Pastu bab halal pun memang problem. Diorang ni pikir kalo halal tu mesti letak logo halal kat kedai macam kat Mesia. Adoiyaii.. kalo campak kat Kutub Antartika ni harus la mati kebuluran gitu. Bagi Kak Kiah & Eti, kitorang konfiden je sebab dah study mana tempat leh makan, n mana tempat takleh makan. Siap refer student sana lagi apa. So in future hal2 macam ni memang kne take note awal2. Kalo jenis yang banyak cikadak tu, make sure diorang bawak bekal secukupnya. If kita nak makan kat tempat yang kita yakin halal, lantak pi lah orang lain.. tinggalkan aje diorang makan lauk bekal haha.. sebab kalo ikutkan spesifikasi diorang ni, serious la memang mati tak makan..

Dari segi must see/try di Jeju rasanya ok la dapat cover almost all - limau Jeju, Hallabong chocolate, dol hareubang, makan seafood, cherry blossom & rapeseed. Yang tak dapat tengok - Hanyeo Divers.

So to those yang nak pegi Jeju tu Kak Kiah suggest 3 full day dah cukup (if tak naik Mt Halla). Sehari cover Seogwipo-si, dua hari cover east area. Belah west tak banyak sangat tempat best so better allocate more days kat east. Kalau rasa nak experience lebih n jimat kos, naik kereta lagi best sebab kita leh set time sendiri. Cuma penat kat driver je la. Kalo duit ada lebih, sewa je cab. Sehari pun cuma 120,000won utk 8 jam. Kalo pegi 4 orang, bole jimat gak kan. Accommodation lak, rasanya kalo 3 hari tu 1 mlm dok guesthouse/hotel area Seogwipo then pindah 2 mlm area Jeju-si. Leceh nya cuma nak angkat2 beg pindah barang la, tapi serious dapat save masa. Perjalanan antara Jeju-si & Seogwipo-si tu mmg jauh.. ada la sejam setengah kalo drive 40-60km/h. Pastu jalan lak berliku2 n bahaya bila malam sebab jalan takde lampu.

Ok la rasanya sampai sini kot cerita travel Jeju-Seoul ni. Walaupun banyak caca-marba dan huru-hara, alhamdulillah Kak Kiah bersyukur gak sebab dapat gak jejak Jeju kan. Also harap ada la tips berguna untuk uols yang nak ke Jeju dari entry2 Kak Kiah ni. InsyaAllah next year Kak Kiah akan repeat Jeju 24-28 April 2014. Berdua je ngan Kin. Nak cover tempat yang kitorang miss ari tu. Kalo ada yang nak join roger lah Kak Kiah, maybe bukak pada 1-2 orang je. Takmo ramai2 serabut kepala. Yang penting sporting dan memahami bajetku huhuhu..

Nanti Kak Kiah sambung dengan cerita Bandung pulak k. Annyeonggg!!