Monday, June 17, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 5 - GYEONGBUKGUNG PALACE

Untuk ke Gyeongbuk Palace dari Namdaemun Guesthouse ni, kami naik subway Line 4 dari Hoehyon ke Chungmoro. Then transfer Line 3 ke Gyeongbukgung.

Tak sah trip ke Seoul kalo tak menempuh pengalaman naik turun tangga2 jahanam ni haha
Sampai je kat entrance palace tu Kak Kiah terus tinggalkan diorang bertiga. Janji akan jumpa balik dalam kul 4pm sebab lepas ni kami nak ke Myeongdong. So kat entry ni Kak Kiah just letak gambo diorang je la ek. Sebab Kak Kiah takde masa ni, sedang bersesak2 naik turun subway untuk ke Hongdae mengambik leather shoes Mak yang tertinggal tu.

Cantik kan?
My omma

Bila Kak Kiah dah setelkan hal kasut, Kak Kiah patah balik ke Gyeongbuk. Sampai je kat Gyeongbuk Palace tengok jam dah about 4.15pm. Dekat 15 min pastu tunggu diorang takde. Janjinya tunggu kat gate tadi. Rupa2nya diorang pegi tunggu kat tangga National Museum. Padahal Kak Kiah memang lalu depan tangga tu tak perasan pun diorang. Ye lah janji kat gate palace kan, bukan kat National Museum. So memang la Kak Kiah takde kesah pun nak pandang ke situ. Yang si Nanny dah membebel2 sebab Kak Kiah lambat. Kira disebabkan Kak Kiah lambat tu, masa shopping tu jadi pendek la. Dia siap sound Kak Kiah tak ikut jadual okeh. Macam siot je. Pastu dia dok bising2 pasal hal kasut tu. Dia siap sound2 Mak Kak Kiah kenapa nak susahkan Kak Kiah pegi amek jugak kasut tu. Kak Kiah tengok muka Mak Kak Kiah masa tu bengkek je. Bengang kot ngan mulut Nanny yang macam takde insuran tu.

Eh geram nyeeeee... Kalau susah pun, Kak Kiah yang susah. Dia ape hal nak kecoh2? Sukati dia je ngata Mak Kak Kiah. Kak Kiah takde hal, dia lak yang lebih.

Pastu Kak Kiah tanya dia kat palace tu pegi mana. Nak tau dia jawab apa? “Nanny tak minat tempat2 macam ni. Bukan ada apa pun. Amek gambo sikit2 pastu kitorang terus keluar.” Masa tu suhu Kak Kiah memang mendadak naik. Terus Kak Kiah cakap, “Oo kira tak best la pegi palace ni? Kira fail la trip ni kan sebab apa saya plan semua Nanny tak suka?”. Serius cakap masa tu Kak Kiah memang marah giler. Dah la sepanjang trip ni Kak Kiah terpaksa melayan kerenah sekor2, kata2 dia plak asek menyakitkan hati. Kak Kiah dah sajes kan semalam takyah ikut gi palace. Awak sebok sangat nak gi soping, pegi je la soping sampai muntah. Ini tidak, nak join pegi palace lepas tu merundumkan mood orang je. Mak Kak Kiah pun cakap tak sempat nak tengok apa sangat kat dalam palace tu sebab Nanny dok sebok ajak diorang keluar.

As usual, muka dia selamba derk je macam orang tak bersalah. Kak Kiah rasa macam tikam2 je perut sendiri masa tu.

Dalam bengang2 tu Kak Kiah bawak diorang ke Myeongdong pulak. Muka Nanny masa tu toksah cakap la.. terus ceria-secerianya macam budak2 nak dibawak ke Toys R Us. Mata cam bersinar2 gitu. Ye lah itu benda yang ditarget sepanjang trip ni pun kan. Hai.. nak aku maki, orang tua la pulak.. Sabo je lah..

1 comment: