Monday, June 17, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 5 - NAMDAEMUN GUESTHOUSE

Pagi ni kami akan balik ke Seoul, flight kul 8.40am. Sebenarnya Kak Kiah cuma tido 3 jam je malam tadi. Memang penat gile sebab semalam panjat gunung kan, pastu tido lambat sebab packing. Tapi terpaksa jugak gagahkan diri. So pagi2 lagi kami dah bersiap sebab mesti reach Jeju Airport before 7.30am.

Hmm.. rasa sedih pulak nak tinggalkan Jeju. Martin si owner guesthouse tu takde pulak sebab pegi church. So cuma si Hyunie assistant dia yang tolong panggilkan cab. Before bye2 sempat Kak Kiah gomol2 for the last time si kucing Tony tu. Makanan kami yang berlambak2 tak makan tu pun last2 kami tinggalkan je kat kitchen guesthouse. Malas nak beratkan luggage.

Kami amek 2 cab untuk ke airport. Kak Kiah naik ngan Nanny & Kin. Si driver ahjussi tu punyelah gatalnya asek sentuh2 tangan n siap ajak Kak Kiah kawin. Huhu sabo je la.

Ahjussi gatal hehe..
Kat airport, as usual, check in luggage etc. Kalo naik Eastar ni dia akan allocate 15kg per passanger. Tapi kalo lebih kg jangan panik, cuma bayar KRW2,000 per kg je. Murah kan. Takde hassle bayar je by cash over the counter. Since dalam ramai2 kami ni Nanny yang terlebih soping semalam, dia punya lah kalut takut luggage dia terlebih. Imagine la tengah2 beratur tu boleh bukak beg dia n kuarkan barang masuk beg orang lain. Kin la jadik mangsa tak pasal2 hand luggage bertambah berat. Tak faham Kak Kiah setakat KRW2,000 per kg pun dia nak kedekut. Masa bersoping tak kedekut pulak.

Si Eti lak Kak Kiah tatau apesal bad mood sepanjang pagi. Dari drop luggage sampai la ke departure hall dia diam je n tak join duduk ngan kami. Anyway, Kak Kiah pun malas dah nak tanya2. Maybe ada la kot benda yang dia tak puas hati kot agaknya.

Flight ke Seoul delay pulak. Dekat sejam gak la tunggu. Sementara tu kami pose2 dulu menceriakan hati.

Jangan ditanya mana Eti ketika ini.. Wo bu zhetou!
Yang Kak Kiah angkut tu hand luggage mak. Macam nak pensan berat okeh!!
Jeju annyeonghigaseyo!!
Akhirnya kami berlepas ke Seoul around 10.00am. Kak Kiah nye seat actually sebelah Eti. Tapi Kak Kiah sengaja tukar ngan Mak hehe. Dunno la Kak Kiah rasa stress bila orang sebelah masam mencuka tak tentu pasal ni. Anyway, dalam flight Kak Kiah takde borak pun. Kak Kiah bantai tido sampai tak ingat doniya.. Letih uols!!

Dalam sejam lebih tu kami pun sampai ke Gimpo Airport. Kak Kiah dah book awal2 van taxi (KRW45,000) untuk ke Namdaemun Guesthouse so masa sampai2 tu tengok driver dah tercongok menunggu. Kat sini kami berpisah ngan Eti sebab Eti akan stay kat Guesthouse Myeongdong. Reason dia tak dok sama sebab nanti dia balik tak saing kami. Dia stay lama sikit sini so better dia amek single room je katanya.

So off we went to Seoul. Pemandangan macam dijangka la, masih kering kontang pokok2 tak berdaun. Still lom masuk spring lagi Seoul ni. Nak amek gambo pun takde mood.

Sampai2 je kat Namdaemun Guesthouse kami terus check in bilik. Kami amek dormitory for 4. Harga KRW20,000 pax per nite. Wahhhh!!! Kak Kiah suka sangat guesthouse ni uols! Bersih, selesa, staff pun baik2 n yang penting ada bilik air, sofa & TV dalam dorm. Yeay!!! Towels, sabun, shampoo sume complete. Dapur pun best sume ada. Memang Kak Kiah rekomen sangat guesthouse ni. Dah la dekat ngan Namdaemun Market (walking distance), banyak kemudahan lagi. Cuma disadvantage nye bila nak mai sini jalan dia berbukit la so kalo bawak luggage beso tu memang nak menyeranah je manjang. Nasib baik kami naik cab huhuhu..

Ok cite banyak tak guna. Jom layan gambo..

Maafkan bilik bersepah.. tu sume barang Nanny huhu
Second floor pun ada public PC n lepak area
Kalo nak towel ke, sabun ke, toilet paper ke leh amek sini je. Tak yah susah2 pegi receptionist.

Semestinya tempat fav Kak Kiah melepak
Dapur & public PC (of coz Windows in Korean okeh)
Dalam fridge ni diorang akan bagi susu free untuk guests. Best kan..

Ruang makan. Simple but nice.
Kak Kiah lupa nak cerita satu bab ni. Masa first day kami sampai Seoul tu kan kami stay kat Hongdae. Ingat tak cerita pasal Mak Kak Kiah beli kasut baru sebab leather shoes yang dia pakai sebelum tu nipis? Haaa.. kesahnya masa kami bergolot2 nak ke Gimpo untuk ke Jeju tu dia boleh tertinggal la leather shoes dia tu kat guesthouse. Ok la kan dah tertinggal tu kan. Kak Kiah expect burn la kan sebab sendiri yang cuai. Bila dah sampai Seoul ni dia dok la paksa Kak Kiah pegi contact guesthouse kat Hongdae tu nak tanya pasal kasut dia. Serabut betul Kak Kiah masa tu. Nak marah, mak sendiri. Tapi nak naik turun subway untuk ke Hongdae tu bukan amek sikit masa pun.

Penyudahnya Kak Kiah pun setuju je la untuk pegi amek kasut dia. So plan Kak Kiah kena tukar. Kena hantar diorang bertiga tu pegi Gyeongbuk Palace dulu pastu Kak Kiah akan ke Hongdae. Kira Kak Kiah tak dapat la nak merayap kat Gyeongbuk Palace tu. Even Kak Kiah dah pernah masuk last year, Kak Kiah memang plan nak masuk lagi kali ni sebab last year cuma spend masa 2 hrs je dalam tu Banyak tempat Kak Kiah tak pegi lagi esp National Museum tu. So, bengang gak sebab datang Korea kali ni lebih pada nak entertain orang2 lain punye kehendak. Tapi sebab mikir kan kehendak mak sendiri, buat je la.. Karang selagi tak dapat leather shoes ni, abis dia akan ulang2 citer ni sampai balik Mesia.. huhu macam tak ikhlas je kan kau ni Kiah :P

Lepas kami rehat2 n solat sume, kami pun siap2 untuk ke Gyeongbok Palace. Orait.. sambung next entry!

6 comments:

  1. Kak Kaih lalam tak update..sekali update 4 entri satu hari :-)

    kalau reramai mmg sesuai ambik dorm kan..murah sikit

    ishh..ahjussi ni..nko berani nk menggatal ngan kak kiah kami...x sesuai tauuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee.. baru minggu ni KK free JM. benda tu dah lama tulis cuma tak post je sebab tak sempat edit piccas. yup, dok dorm lagi murah. dulu masa KK dtg, sehari KRW35,000 utk accommodation je.

      ahjussi tu peramah terlebih. dia kata dia suka org Msia sebab kecik2 hahaha..

      Delete
  2. Slm k.kiah, nk tya la..cane nk book van taxi ke guethouse tu? Sy bln 9 ni bwk org p seoul..igt nk book taxi je sng..bape org boleh muat van taxi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dear. kalo nk guesthouse arrange kan, nnt b4 pegi tu tulis email kat diorg mintak org pickup kat airport n bgtau la brp org, flight no, date, time smpai sume tu. dr incheon to guesthouse harga 75,000won kalo tak silap utk van taxi. boleh buat 5 org with luggage bagak2. kalo beg kecik 6-7 org pun boleh jugak rasanya.

      Delete
  3. Salam k.kiah..sy nk tnye..k.kiah tempah guesthouse ni through agoda or booking.com or direct trus ke hotel yeh?tq k.kiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurul.. Selepas 4 bulan bru dpt reply hihi sori yek. Book direct je ke guesthouse sbb ada website dia.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.