Tuesday, June 18, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 6 - NAMDAEMUN MARKET

Hari ni last day kami kat bumi Korea ni.. uhukkss sedeynya..

Flight kami petang, so plan kami pagi ni ialah soping kat Namdaemun Market. Sebenarnya kalo ikut kan bahaya soping last day ni. Ingat lagi insiden Kak Kiah tertinggal flight? Huhu. Seriau ok kalo bole tanak ku lalui lagi. Tapi memang trip kali ni memang takde choice dah. Semalam Ahad Namdaemun Market tutup. So kalo nak soping tu cuma tinggal pagi ni je la.

Kak Kiah allocate 8am-12pm khas untuk soping. So around 7+am tu sume dah bangun n bersiap2. Kak Kiah mintak sume pack dulu luggage siap2 sebab Kak Kiah dah mintak receptionist call kan cab untuk hantar kami ke airport kul 1pm nanti. Kalau tak nanti kelam kabut pulak.

Before kuar kami bekfes dulu. Isi minyak.

Then kami pun berjalan ke Namdaemun Market. Tak jauh mana pun. Menapak ada la dekat 15 min kot.

Kedai2 masa tu banyak yang baru tengah set up nak bukak. So kami terus ke bangunan E-Lengdang kaler ijau tu untuk membeli brooch.


As usual, Kak Kiah akan tuju ke kedai ahjumma yang Kak Kiah pegi dulu tu kan. Sekali tu ahjumma tu takde pulak. Kawan dia cakap ahjumma tu pegi hospital. Tapi kawan dia bole tolong bagitau la harga brooch sekian2 berapa. Yang tak bestnya tak dapat nak tawar la sebab owner dia takde kan. Masa tu diorng bertiga ni dah rambang2 mata pilih brooch so Kak Kiah biarkan je dulu. Memang kecoh la memasing.. especially u know who hahaha..

Sebab kawasan tu kecik kan, kne gilir2 la nak belek brooch. Tak lama lepas tu ahjumma pun sampai. Rupanya dia tak berapa sihat. Kesian dia. Tapi servis tetap tip top. Bila ahjumma dah sampai masing2 lagi excited kan sebab boleh tawar2.

Lama jugak kami kat sini. Boleh kata tiap sorang lebur RM200-300 je kat sini. Apepun Nanny tetap la juara. RM500+ habis kat brooch. Kak Kiah terus jadi heran dari mana datang duit dia ni sebab semalam kan katanya tak cukup duit. Rupa2nya masa orang dok belek2 brooch tu dia boleh sesenyap gi Money Changer tukar duit! Semalam mati2 takmo tukar duit kan sebab rate tinggi. Ni mesti kes napsu soping dah menguasai diri hahaha..

Lepas tu kami ke bangunan sebelah pulak sebab nak beli souvenirs cam keychain, fridge magnets etc. Since ni dah kali kedua Kak Kiah mai Korea, takde la Kak Kiah beli apa sangat. Cuma beli few magnets yang orang kirim je.

Ada banyak benda lain yang Kak Kiah nak cari kat Namdaemun Market ni actually. Antaranya benda yang orang kirim macam jaket varsity, kimchi, honey candy & seaweed. So Kak Kiah sajes la nak split ngan diorang sebab takut tak cukup masa. Tapi diorang tak nak pulak sebab takut sesat. Haiya.. terpaksa la Kak Kiah ikut jugak jalan in group. Yang tensennya tiap kedai yang kami pegi tu amek masa lama sangat sebab bole katakan tiap kedai Nanny akan tawar-menawar. Ada tu dekat 15 min tawar, tapi last2 dia tak beli pun. Kami yang kat situ letih menunggu. Mak pulak dah mengaduh sakit2 kaki. Kak Kiah ni style soping memang cepat. Takde nak belek2 sangat or tawar2 harga sangat. So bila jadi gini Kak Kiah mula la rimas n rasa nak marah sebab Kak Kiah punye list barang banyak lagi and masa tu dah kul 11.15am.

Last2 Kak Kiah sajes nak split gak ngan diorang. Tak boleh jadi ni. Kak Kiah suruh diorang tunggu Kak Kiah kat ujung jalan dalam kul 11.45am. So imejin la dalam setengah jam tu macam topedo Kak Kiah jalan dalam Namdaemun Market tu nak cari barang2 yang orang kirim. Alhamdulillah akhirnya dapat gak beli benda2 yang orang kirim walopun ada few Kak Kiah tak jumpa. Tapi barang orang je lah yang Kak Kiah beli, sendiri punya memang tak sempat cari pun. Sedih tol.

At 11.45am kami pun berjumpa balik kat tempat yang dijanjikan. Bila sume dah berkumpul, kami pun gerak la nak balik. On the way back tu kami singgah kat satu kedai tu sebab Kak Kiah ternampak hooded sweater One of a Kind. Smart woooo... Kak Kiah beli la untuk adik Kak Kiah sebab dia tukang jaga kucing2 masa Kak Kiah berjalan ni kan. Murah je sini baru KRW30,000. Kat Myeongdong semalam KRW45,000 tau.

Masing2 dengan hasil rampasan
Nanny, Kin & Mak pun sama gak nak membeli sebab kat sini tshirt Korea banyak yang berkualiti n design dia lain dari yang lain. Banyak gak memasing borong kat sini nak abiskan duit won. Sekali tu masa Mak Kak Kiah nak bayar bahagian dia, baru dia sedar duit dia takde. Dia kata tadi ada banyak lagi belen dia letak je dalam kocek seluar sebab leceh nak bukak purse. Aduhh serabut betul la. Nak tak nak kena la Kak Kiah bayarkan. Masa pun dah suntuk. Memang masa ni mak langsung takde korean won pun tau. Kak Kiah bila dah jadi gini mula la rasa nak ngaruk je. Nasib baik la duit untuk taxi ke airport Kak Kiah dah kuarkan siap2.

Tengok jam dah kul 12 cepat2 la kami jalan balik ke guesthouse. Ada 45min lagi nak bersiap before taxi datang. Arghh panik!!

4 comments:

  1. Kalau pegi Namdaemun mmg rambang je mata kan...terutama brooch lah..JM pun byk shopping kat sini :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, nxt time dtg seoul bawak duit byk2 pastu beli brooch n jual kat Msia. Nanny aritu beli brooch kat sana harga dalam RM30, kat sini jual cecah RM80 woo..kayo makcik tuh..

      Delete
  2. salam kak kiah.

    namdaemun ni bukak pukul brape ye? dan tutup pukul brape? tak silap saya pagi2 dah bukak kan? kalo tutup, pkul 5pm atau malam pukul 10pm?

    dan, utk myeongdong market tu.
    kalo pukul 10-11pm, bukak lagi tak? atau standard sampai pukul 9pm? saya pergi musim summer.. nak bajet2 pukul brape dia nak tutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, namdaemun bukak kul 7am. tutup kul 6pm. kalo hari ahad kedai2 dlm bangunan tu tutup tapi yang kat luar tu ada bukak. kat myeongdong most kedai bukak sampai 12 tgh malam.

      Delete