Monday, June 17, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 5 - MYEONGDONG

Kami sampai je kat Myeongdong terus pegi ke Migliore sebab janji nak jumpa Eti kat situ. Nasib baik la just in time kami sampai, Eti pun baru je sampai.

Seperti yang dijangka kan, Nanny dah tak tentu arah bila sampai Myeongdong tu. Semua kedai semua stall dia nak pegi. Tapi memandangkan kami semua lapar sebab tak lunch lagi, Kak Kiah decide nak gi makan kat Yukaney dulu. Kak Kiah cakap ngan Nanny takyah ikut kitorang sebab ye lah dia kan kata tak boleh nak telan makanan2 kat Korea ni, kembang tekak katanya. Kak Kiah memang sengaja buat camtu sebab Kak Kiah tau, kalo tak buat macam tu memang sampai ke malam semua orang tak makan.

Tapi bila semua orang setuju nak gi makan kat Yukaney tu, eh eh.. tiba2 dia nak ikut kitorang pulak. Terus Kak Kiah sindir sedas kat dia, “Hai kata tak lalu nak makan kat kedai2 Korea ni? Sanggup ke masuk? Baik pegi soping je Nanny. Kan Nanny nak soping sangat dari hari tu lagi..”

Hihi teruk kan Kak Kiah masa tu. Darjah kebengangan masa tu memang dah tahap tinggi dah, tu yang ayat2 laser otomatik terkeluar huhu..

Dengan muka toya nye dia ikut kami masuk Yukaney. Kak Kiah buat bodo je malas nak pay attention kat dia n terus order food. Sambil tu explain la apa benda yang nak dimakan kan takut ada yang was2 lagi. 

Mak & Kin punyelah excited bila tengok orang tu goreng nasik depan kami. And u know what, bila siap je nasik goreng seafood tu tau sapa yang makan paling banyak? NANNY!! Ha kan, dalam dok mengata2 menghasut2 orang lain sampai timbul was2 orang nak makan kat Korea ni, penyudahnya dia yang paling banyak mentekedarah. 

Aksi orang yang konon tanak makan kat kedai makan Korea
Kenyang perut suka hati yeay!!
Bila perut dah diisi baru lah syiok nak berjalan. Masa ni memang Myeongdong crowded gila sebab hari Ahad kan. Kak Kiah actually ada banyak benda nak beli tapi sebab Kak Kiah tak sempat buat kira2 semalam, Kak Kiah tak sure berapa duit grup ada lagi pada Kak Kiah. Takut pulak terpakai duit grup kan. So Kak Kiah just cuci2 mata je lah. Bagi chance je kat diorang untuk soping2. Even oppa Jang Geun Seuk melambai2 Kak Kiah dari Nature Republic pun Kak Kiah terpaksa bolayan tau. Betul punye menahan napsu soping.. Sadis!

Me n GD together forever wahhh gedikk!!
 

Si Nanny bila dah sampai tempat2 cam ni macam cacing kepanasan. Tambah pulak duit dia dah tinggal sikit sebab dah soping kat Jeju semalam. Mula la dok paksa Eti cari Money Changer sebab dia cuma ada duit RM and nak convert ke Korean won. Ha degil kan. Kan dah kata takyah soping kat Jeju, soping kat sini lagi best. Pastu Kak Kiah memang bagitau dia before fly tu tukar duit siap2 kat Msia. Kalo convert RM kat Seoul nanti rugi sikit je dia dapat. Bila dah sampai kat Money Changer dia dok bising2 pasal rate. Lepas tu boleh pulak sound Kak Kiah & Eti kata kami salah kira conversion won ke RM selama ni. Hai gila punye tension melayan si tua ni.

Penyudahnya dia tak tukar pun duit. And sepanjang kami merayap kat Myeongdong pastu dia dok komplen kata barang2 sini mahal. Bengang je dia sebab tak dapat nak soping banyak sebab duit tak cukup. Orang lain rilek aje membeli. Hahaha padan muka (jahat kan Kak Kiah).

Myeongdong sesak dengan manusia
Aksi orang yang nak bersoping tapi tak cukup duit hehe
Bila dah puas merayap, kami sume melepak layan kopi kat Cafe Bene. Masa ni kaki masing2 dah macam nak tercabut. Mak siap urut kaki lagi ok dalam cafe. Habis la satu cafe berbau minyak urut. Sabo je la Kak Kiah nengokkan.

Lepas dah puas melepaskan penat, kami pun nak teruskan perjalanan ke Namsan Tower. Eti tak join sebab dia pun dah tak larat. So kami berpisah kat sini. Salam2 la mintak2 mahap kan. Maklum la banyak kejadian touching2 sentap2 sepanjang trip ni. Nanti esok lusa tak tau jumpa lagi ke tidak. Kak Kiah tengok Nanny pun amek inisiatif gak la nak bersalam mintak mahap ngan Eti. Klakar gak masa tu tengok cam awkward je berdua tu.  

Citer kat Namsan Tower sambung next entry k. Sebab kelakar hahaha..

6 comments:

  1. Next time pegi nk g mkn kat sini Yukaney..dulu pergi tak mkn kat sini

    Nanny...oh nanny...kelakar betul lah...ahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasik goreng seafood dia sedap n murah!

      Nanny tu memang kelakar sebenarnya. Kalo dia ada memang meriah tapi tu la.. Kak Kiah kdg2 jadi tak tahan ngan her childish acts tu. Maklum la bila dah penat, tahap kesabaran pun menipis huhu..

      Delete
  2. kak kiah, ain repeat baca cite sadis akak masa trip ni, haha!

    nak tanya, myeongdong ni ade bawah tanah jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawah tanah apa tu mek? subway? memang ada.. err soklan apakah ini huhu

      Delete
    2. hehe bukan subway, tp tmpt shopping, hado ke?

      ain tak sure, dengar org ckp2 je...tu juz nak confirm if akak tau

      Delete
    3. oo mmg ada.. most subway kat seoul ada la kedai2/gerai2 kecik kat bawah tu. kat myeongdong subway la KK beli leggings 3 10,000won hehee.. bwh tu pun ada kedai kpop kalo tak silap

      Delete