Tuesday, June 18, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 6 - FLIGHT BACK TO MSIA

Sampai2 je guesthouse Kak Kiah cepat2 pack sebab takut tak sempat. Yang bertiga tu siap dok riuh-rendah gelak2 tunjukkan hasil soping masing2. Berapa kali Kak Kiah tegur suh pack cepat and remind them pasal punctuality orang Korea ni tapi diorang buat derk je. Kak Kiah bila dah siap terus gi lepak kat rooftop nak tenangkan diri yang dilanda ketensionan melampau. Pikir2 balik trip kali ni memang Kak Kiah sentiasa rasa tension je sebab risau kan hal orang sampai sendiri pun tak enjoy.

Bila 12.45pm Kak Kiah pun turun la. Tengok2 diorng tak siap lagi uols!!! Bila tengok muka Kak Kiah dah bengang, masing2 baru nak terkedek2 bersiap packing2. Kul 1pm ahjussi taxi driver tu pun sampai. Masa tu cuma Kak Kiah je yang dah siap. Yang Mak tengah gosok tudung. Nanny baru nak semayang. Kin baru nak mandi.

Eh korang geram tak kalo jadik Kak Kiah?

Kak Kiah malas dah nak cakap apa masa tu terus tunggu kat van taxi. Ahjussi driver tu dah bebel2 sebab diorang lambat.

Untuk ke Incheon Airport driver tu bawak kami ikut highway baru. Memang cepat n lancar la sebab kurang trafik. Tapi separuh perjalanan Kak Kiah tak cakap apa pun. Panas hati.

Perjalanan ke Incheon ikut highway baru
Ada terowong.. Wooo!!!

Walo bagaimanapun Kak Kiah sangat2 bersyukur dan lega bila dah sampai airport dalam kul 2.30pm. Risau gile uols takut tertinggal flight lagi. Memang la kami gerak quite awal dari Seoul even though flight kami kul 5.30pm. But we never know apa jadik dalam perjalanan kan? Macam2 bole berlaku.  

Sampai airport kami tak terus check in luggage dulu sebab masing2 nak cek berat beg. Ye lah dah soping sakan kan sume risau takut terlebih muatan.

Aksi Nanny (padahal luggage dia allocate 30kg ok, kitorang lain sume 20kg)
Kak Kiah pura2 bz (sebenarnya malas dah nak layan orang)
Around 3pm kami pun terus check in luggage. Masa nak check in luggage ni la si Nanny dok sebok2 ajak Kak Kiah teman dia pegi CU nak beli kopi Cafe Bene untuk bawak balik Msia. Sebenarnya ada satu dia dah beli masa 1st day datang tu tapi dia kata nak beli satu lagi takut kopi tu dah tak elok. Aduh serabutnya, tadi masa ada masa tanak pegi.. Kak Kiah suh la dia pegi sendiri, dia cakap tatau kat mana. Masa ni serious Kak Kiah cakap memang malas dah nak entertain dia. Tak abis2 dok ulang soalan tanya nanti kat dalam boleh beli tak mende alah tu. Mana la Kak Kiah tau. Kak Kiah cakap agaknya ada la kot convenience store dalam tu.

Skali tu bila dah ke departure hall tu takde pun CU. So membebel2 la Nanny salahkan Kak Kiah. Asek dok ulang, “Tadi kata ada? Tadi kata ada?”. Eeeeeeeeeeee bingit betol lah!! Membebel aje keje tak penat ke si tua ni?

Lepas tu kami lepak nak minum kopi dulu kat satu cafe ni. Kak Kiah pun tanya la sorang2 nak minum apa. Tapi Nanny tanak (masa ni dia bengang pasal kes kopi Cafe Bene tu). Kak Kiah buat muka bodo je terus pegi kaunter and order kopi untuk 3 orang. Masa nak tunggu pekerja tu bagi kopi tetibe Nanny datang dia cakap nak teh pulak (cafe kat sana kan kaunter bayar kat tengah, masa nak amek kopi tu kat hujung). Kak Kiah cakap la Kak Kiah dah order and dah bayar, kalo dia nak pegi order sendiri. Masa tu Kak Kiah perati je Nanny. Dia boleh pegi kat kaunter and potong queue orang belakang. So orang yang amek order tu bolayan lah dia. Pastu Nanny leh jerit kat Kak Kiah, “Dia tak layan aku pun??”. Haiyaaaa.. dah tak beratur memang la orang tu tak layan.

Kak Kiah suruh dia beratur. Memang malu betul masa tu orang2 kat belakang dia siap geleng2 kepala lagi.

Bila dah siap kopi, Kak Kiah terus la dok kat meja. Tak lama pastu Nanny datang tapi tak bawak pun teh nya. Dia beli air tin. Pastu dia bebel2 marah kat Kak Kiah kata dia mana la tau cakap omputih nak order2 sume tu. Kira dia bengang la sebab Kak Kiah biarkan je dia n tanak tolong orderkan. Banyak cantik memasing.. dari hari pertama sampai ke last day ni semua benda nak bersuap. Orang Korea tu pun bukan semua leh cakap omputih. It's not about how u speak, it's about how u communicate with people. Kalo dah cara cakap pun rude semacam je, orang pun malas nak layan.

Muka Kak Kiah nampak cam hepi kan? Propa je tuuu... Dalam hati nanges!!
Masa ni pulak Mak dah start demam. Kak Kiah nye stok ubat lak simpan dalam luggage. Memang stress Kak Kiah dibuatnya. Since Kak Kiah pun dah serabut sangat Kak Kiah sengaja lepak kat tempat lain sorng2. Dah dekat2 nak masuk gate departure baru Kak Kiah join diorang balik. Nanny pok pek pok pek tanya Kak Kiah pegi mana lama2 tinggalkan diorang. Kak Kiah diam je buat pekak.

Totally exhausted.. physically, mentally, emotionally..

Masa ni just dah tak sabar nak cepat2 fly balik Mesia.

Dalam flight Kak Kiah, Nanny & Kin duduk dekat. Kira sebaris la. Mak pulak dok jauh. Ingatkan dalam flight boleh la aman telinga. Rupanya tidak sama sekali. Nanny & Kin siap sound Kak Kiah lepas ni datang Korea jangan bawak Mak dah.

What the hell??

Eh Mak aku. Sukati aku la kalo nak bawak ke apa. Memang la Mak Kak Kiah tu ala2 mak datin. Tapi dia susahkan Kak Kiah je, takde la susahkan orang lain. Kurang2nye dia takde la cakap main lepas je menyakitkan hati orang. I know both of them kesian tengok Kak Kiah sebab dok sebok nak cater Mak. Tapi itu kan Mak Kak Kiah. Orang yang boleh ngata or marah cuma Kak Kiah je. Diorang tu sapa nak cakap cam tu?

Kalo nak ikutkan kalo ada next trip lagi, nama Nanny tu yang Kak Kiah nak blacklist je terus tanak bagi join. Serik giler.

Kami sampai ke LCCT around 11.30pm. Bila dah siap2 pick up luggage semua tengok2 Nanny dah hilang. Rupanya dia dah gerak balik. Salam2 pun tidak. Hmm.

Lepas say bye2 kat Kin, kami pun berpisah. Kak Kiah amek keta kat umah kawan and terus drive balik ke Segamat sebab esok pagi Kak Kiah keje. Masa tu dah kul 12.30 tgh malam. Mak pun dah melepek kat sebelah sebab demam makin teruk. Sepanjang drive tu tatau nak cakap la serius Kak Kiah mengantuk giler. Sampai 2-3 kali kami berenti sebab Kak Kiah nak tido kejap.

Akhirnya around kul 5am baru kami sampai rumah. Alhamdulillah selamat. Walaupun caca-marba huru-hara segalanya, yang penting we came back in one piece.

Walopun tak jumpa Nanny masa kat LCCT before balik tu, esoknya Kak Kiah sms gak dia mintak maaf for everything. Kak Kiah dah lepaskan dah semua rasa tak puas ati sepanjang kat sana. Of coz i know dia sentap but Kak Kiah takleh pendam benda2 camni. Since dia nye perangai pun memang sejak azali macam tu, i expect nothing from her. Takde pun nak suruh dia berubah ke apa. Cuma untuk ajak dia join trip sama tu lepas ni a big NO lah. Haha.  Pengajaran untuk myself actually.

Our relationship after the trip? Hmm.. tak sama dah macam dulu. Sad huh? But what to do. Some things can't easily be forgotten.

My relationship with Mak? Much much better after the trip alhamdulillah.. Walopun Kak Kiah expect sepanjang trip ni akan banyak gado ngan Mak, rupanya tak. Trip ni sangat2 mengajar Kak Kiah untuk lebih sabar dalam melayan kerenah Mak. Tahniah Kiah!

Final entry - summary!!

40 comments:

  1. Assalam kak kiah,
    saya mengikuti kisah korea kak kiah ini dari entri pertama, saya ingin mengucapkan tahniah pada kak kiah kerana dapat bertahan melayan kerenah ahli kumpulan sehingga pulang ke malaysia, jikalau saya, mesti dah lari balik malaysia pada hari kedua hikhik

    apa apa pun, thanx to kak kiah for this entri yang penuh maklumat, fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam bro. haha TQ follow. nasib badan la kan gatal bawak segerombolan ahli rombongan yang berbeza personaliti ni. ingatkan bole masuk kepala rupanya lagi bagi sakit kepala huhu.

      Delete
  2. Salam kak kiah,

    saya Mya. kwn kepada farikh pengomen di atas he he.
    kami berjemaah khatam entry kak kiah.
    terbaik sangat. kelakar, penuh informasi, dan penuh dramatik.

    saya pun suka travel.
    kalau kak kiah ada nak travel ke mana2 lepas ni, ajak la saya (dengan tak malunya)
    insya Allah saya tak berpeel orang tua seperti nanny huhu.

    kak kiah boleh baca cerita travel saya kat http://blogmaya.com

    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan Mya! aiseh.. blog ni KK suka2 je buat. dah la tak terer main belasah je tulis. takde cover line langsung kan (mati laaa kalo ahli rombongan lain baca haha). anyway, nnt KK singgah baca blog Mya ye.. musti byk citer travel ni..

      oh ya, KK nak gi melbourne bulan 11 ni. solo travel gak. so dengan tak malunya KK ajak kalo mau join hehee..

      Delete
  3. Kesiannya Kak Kiah... Saya pun katam baca entry ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Mie. Pengalaman tu kata orang mendewasakan chehwah!! hehee..

      Delete
  4. Salam kak kiah..

    fuuuhh..byk kali sy tepuk dahi baca entry kak kiah..huhuhuu

    kita br balik dr korea awal jun aritu..tp pegi pakai tour guide student malaysia kt sana..
    mmg best sgt..klu bleh join kak kiah lagi ke sana best gak nih..hehe kitorang gi aritu ber4 dgn geng2 minah bujang..so takde kerenah lah sbb gi dgn member2 rapat

    tq sbb share citer trip ke korea ni..suka baca!=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Kalamhati, pegi ngan member2 rapat senang kan sebab dah faham perangai masing2. tapi member2 rapatku semuanya dah kawin nak buek camno sob sob.. next year KK akan pegi lagi Seoul utk trip penutup (wah gitu). maybe autumn lah kot. nak setelkan few places yang KK tak sempat pegi seblom ni. kalo KH nak join moh ler..

      Delete
  5. Kak Kiah...entri korea yang penuh dengan drama kan...rasa mcm tak puas hati je kan trip kali ni. Apa kata buat trip kali ke tiga..nanti leh JM join sekali heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, KK akan g Jeju lagi next year ujung bln 4. tapi 2 hari je, the rest kat Busan. nak join? KK cuma berdua je ngan Kin. Nanny nak ikut tapi KK tak bagi hehee..

      Delete
    2. Seriously Nanny nak ikut lagi? Eiiii...x reti bahse nyer..
      Jeles jugak tu KK nak g Korea lagi

      Delete
    3. haha bab jalan dia mana leh ketinggalan tapi takmo la KK ajak. nanti asek sakit jantung je huhu,

      Delete
    4. Ujung bulan 4 next year? Alaaaa x dpt join coz JM dh beli tiket ke Osaka huuuhu

      Delete
    5. hihi.. amboi dasat uols JM asek bejalan jer. osaka pulak? daebak!!

      Delete
  6. Kak Kiah, i pity u and tabik spring at the same time... sebab tahap kesabaran kak kiah yg agak tinggi.. antara sebab nape me either travel alone, or travel with someone close to me...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.... semata2 nak jimat duit accommodation n sewa kereta pasal la ni. Memang better travel alone sebenarnya.. kita pun tak stress n ikut selesa kaki kita berjalan. Dgn group ni kdg2 bila macam2 kerenah timbul, campor yang degil n kuat sentap memang payah la nak enjoy. Apepun KK anggap ni pengajaran for me. Nak organize trip kne lebih berhati2 pilih orang huhu..

      Delete
  7. akhirnyaa khatam juga.. kak kiah, kira okla tue hubungan dgn mak dah btmbah mesra.. ada hikmah kan.. hehe.. kak kiah nk g trip bulan 4 tue bila ? sy awal bulan 4, 6 hingga 13 hb .dr kl - busan -seoul kl. sama ke ? sy baru survey2 tmpat nk g.. setakat nie sy sorg je. .. klu sama tarikh , best tue :) boleh join kak kiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kiah pegi busan je la dik, tu pun ujung bln 4. maybe 2 hari kat jeju kot.. so tak pi seoul. kesian pegi sorang ke ni? aiikk macam membawa diriiiiiiii jeeee... huhuhu

      Delete
    2. Ummi, u duduk kat mana. i pergi bulan 4 jugak 11-17. mana tau menginap tempat sama :)

      Delete
  8. Kak kiah
    sungguh macam drama kisah KK g korea ni
    awal bln 1 aritu pun saya pegi korea dgn 8org
    6 org drpd diorg semua rakan alam maya.
    nasib baik tak de yg buat perangai..
    klu dpt cam si nanny ni mau pitammm kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah naseb baik kan.. kdg2 tu gamble je pegi ngan online frens ni. dapat yg kepala ok mmg best. dapat yang saiko kaki gado.. habissss.. hehe

      Delete
  9. Hi Kak Kiah,

    I love reading your blog. Jumpa blog KK masa research on blogs on Seoul travel. Saya suka ur 1st Seoul trip punya entry and ambik tips dari KK for my trip last June.
    2013 Seoul-Jeju trip nampak stressful..hehe..but I hope u enjoyed it nonetheless.
    Terima kasih krn berkongsi pengalaman traveling KK. Tak sabar nak baca the remaining of Bandung trip pulak.



    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu Ann.. alamak remind KK pasal trip Bandung lak. huhu mmg tak comple lagi citer trip tu. nnt ye ada kesempatan KK akan khatamkan jugak.
      anyway, terima kasih sudi berkunjung ke sini :)

      Delete
  10. Wow! I respect abis kat u KK, i pegi korea dgn a few girls yg hanya beberapa org kenal beberapa org...kat airport n spjg trip tu brula nak brkenalan, but alhamdulillah sumanya leh geng up.
    U dah jd mcm travel agent diaorg plak kat sana ek... Sian u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. bole laaa.. tapi in future takmo lagi dah buat gini. Serik!! heehee..

      Delete
  11. hi kak kiah.. kita nye experience lbih kurg sama je.. hee!

    saya da pegi korea bbrp kali da.. tapi bermula dgn family trip. biasa la bila pegi dgn family, byk aktiviti terbatas sbb mak ayah de..tp dgn berbekalkan semangat kpop tuh, saya simpan duit utk pegi lg skali and kali nih pegi dgn kwn.. alhamdulillah.. berjaya uolls! pegi berdua je tp seronok.. ktorg 1st time travel luar negara sengsorang so mmg thrill la..

    lps balik tuh, tersebar la berita keberjayaan ktorg tuh.. lantas rmai la yg ckp "klw pegi korea, jgn lupa ajak aku".. so, cternye da sekali dua gak la pegi bwk org nih.. member travel pn bknnye smua org knl pn.. member atas member.. kat sana baru knl.. tp perangai MasyaAllah.. sy sorg nk entertain smua participant mmg menguji keimanan.

    perasaan Kak Kiah berhadapan dgn Nanny tuh saya da penah rasa da.. saya setuju sgt dgn Kak Kiah nye statement, "kata nk ikut kita, ikut je la schedule kita.. nih x, byk cekadak plak" panehh hati btul~

    Bila pikir balik mmg panas hati la.. kat sana geram/tension/dissatisfied bermacam lagi la.. last2 kita x enjoy pn trip tuh.. depa duk expect kita tau setiap pelusuk negara tuh.. aduhaipun.. hasil trip tuh, in terms of kawan yg kononnye rapat knl sejak sblum fly, tetiba hilang xde kabar tapi kawan yg baru knl kat sana plak keep in touch dgn kita..

    neway, bersabor la ye kak kiah.. hehe..

    xxJMxx

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. thanks sudi share pengalaman. hee tension kan bila kne camtuh. KK ni pun sama gak. after the trip terus jadi kurng rapat ngan Nanny, padahal before tu seminggu 2-3 kali dia call KK borak2. apepun KK amek ni jadi iktibar je. pengalaman bermakna gittew huhu..

      Delete
    2. Assalam,
      me-reply ke anonymous di atas and akak punya experience,
      sama lah. Saya pun dah beberapa kali gi korea.
      First time, memang untuk diri sendiri and kengkawan kaki jalan.
      Pas tu, tolong bawak orang - hadek beradek n kengkawan mereka.
      Pengalaman, sama sebijik. Conclusion, orang yang tak tau planning memang banyak cakap and banyak komplen. Kita sabo, kena pijak2 kepala, suke2 hati je dia nak gi sana gi sini, komplen plan tak bagus and all. Hotel, attraction, semua adalah tak menepati kehendak mereka. Habis kalau nak ikut kehendak mereka, plan sendiri lah kan. Before trip dah bagi itinerary bagai, suh go thru and bagitau apa suka or tak suka. Haram dibacanya. Sampai sana dok kalut tanya nak pi mana? Kenapa nak pi sana? Ada apa kat sana? Kenapa itu, kenapa ini. Wallauwei,list of questions.
      Kita sentap, kena sound sebab tak boleh flexible (dengan diorang punya kehendak lah kan). Baca akak punya geram, rasanya saya boleh paham apa akak rasa. Appreciate, mintak maaf lah, takde dalam kamus diorang kot. BTW, turun dari Namsan by walk tu pun saya dah buat, sebab silap ambik route, ha ha ha.
      Last, nice entries kak. Saya selalu ingat saya sorang je yang cenggini (suka sentap) and layan orang yang cenggitu (complainer). Sekarang saya tau dah, ramai lagi insan yang teraniaya, hihihi..

      Delete
    3. wah ramai rupanya yang pernah melalui pengalaman serupa. kesian kita kan. mula2 tolong orang, last2 diri sendiri merana. orang tau nak bajet murah je, tapi tak masal buat kita ni cam tourist guide dia.. komplen itu ini nak layanan 1st class.. tensionnn kan..

      it's gud to know ada yang senasib. at least takde la KK rasa weird sangat.. kot2 la KK ni yang jenis sentap tak tentu pasal hahaha..

      Delete
  12. assalam kak, 1st time baca blog akak..kalau ada trip yg sesuai nak tumpang ikut, yg penting sy tak berlagak diva :) email sy wati@lumutport.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi wati.. insyaAllah.. non-diva gitu i loikeeee.. keh3x..

      Delete
  13. assalammualaikum kak kiah, sy br jer 2 hr lps ikt blog kak kiah, tp mmg best la..cayala kak kiah, espesially travel lone ranger gtu to korea..salute..i like

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm anon.. yeahh malaysia boleh gitu konsepnya kikiki.. thx for dropping by anyway. blog ni kadang banyak merepek gak. bawak2 bertabah le membacanya ye kui3x..

      Delete
  14. Wahh KK si nanny tu tak baca ke blog KK ni...tu la susah kan kalau ada dlm group cengini.. Best baca ni menusuk perasaan mcm tgk siri citer korea pulak.

    ReplyDelete
  15. saya nak planning ke korea soon maybe this december kot...baca blok kak kiah nie sebenarnya memberi saya inspirasi utk tidak menggunakan servis tour agency..jimat sikit duit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sabbar.. gi sendiri je lagi jimat. dari bayar kat tour agency, bole gak guna duit tu untuk beli souvenirs kan.. janji study rerajin before pegi sana ye so tidak lah anda terkial2 huhu..

      Delete
  16. Seriously baca post yang 2013 nih sebab nak kenal dengan Nanny hahah. Dulu masa pergi Seoul follow2 org je, takdelah tak puas hati, cuma rasa kurang seronok sebab tak dapat nak spend enough time dekat tempat2 yang kita suka. Tapi oklah sebab at least dah dapat pendedahan about the subway system, main attractions etc. So next trip dah boleh self plan kasik puas hati kan? Travel buddies yang sekepala amatlah penting. Noted :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. femes Nanny ni tak pasal2.. haha..
      nxt time gi travel solo je. lebih puas hati kot.

      Delete
  17. Salam kak kiah..baru dpt baca trip akak even dari 2013 lagi.hihi

    Best dah itinerary akk ni..tapi dapat ahli group yg macam ni especially macam Nanny tu betul2 buat spoil..kire akak ni penyabar gile la dapat handle orang macam tu...
    Alhamdulillah saye ni tak pernah jumpe ahli yg camtu..lagipun sye pun memilih orang jugak kalau nak travel..rela dapat orang jenis follower tegar dari orang yg nak ikut kehendak die je.

    Btw, congratulation utk akk sebab tamatkan trip ni dgn jayanya*walaun dah lambat gile.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu KK ni walopun dah 2 tahun berlalu citer ni masih jelas di ingatan tau. kenangan sungguh...pastu gelak sensorang..

      Delete