Memula tu Kak
Kiah cadang nak kensel je ke Namsan Tower sebab masa tu dah malam (9+pm) n
memasing pun dah sakit2 kaki. Tapi Nanny kata nak pegi gak sebab nak mengimbas
kenangan ngan ex husband dia masa dulu2 datang Seoul. Mak pun kata nak pegi
sebab rasa rugi kalo mai Seoul ni tak naik Namsan Tower kan. So ok la Kak Kiah
turutkan. Tapi Kak Kiah warning gak la kata perjalanan nak ke atas tu mencabar
sikit sebab kena mendaki and naik banyak tangga. Masing2 kata ok takpe.. so
oklah..
Hehe. Baru separuh jalan, lom sampai Namsan Guesthouse pun masing2 dah mengaduh sakit kaki n tanya berapa jauh lagi. Kak Kiah gelak je masa tu sebab last year masa Kak Kiah datang sini pun sama gak cam diorang. Tapi since Mak Kak Kiah tengah sakit kaki kan, kami jalan agak slow gak la sebab banyak berhenti2.
Hehe. Baru separuh jalan, lom sampai Namsan Guesthouse pun masing2 dah mengaduh sakit kaki n tanya berapa jauh lagi. Kak Kiah gelak je masa tu sebab last year masa Kak Kiah datang sini pun sama gak cam diorang. Tapi since Mak Kak Kiah tengah sakit kaki kan, kami jalan agak slow gak la sebab banyak berhenti2.
Dekat kul 10pm
baru sampai cable car station. Masa ni orang pun tak ramai, so straight away
kami terus naik cable car.
Bila dah
sampai kat atas tu terus masing2 excited berposing. Macam2 gaya ada. Gaya
Saripah Aini, gaya Saloma pun ada. Kak Kiah aje yang masa tu tak kuasa nak
bergaya sebab dah penat jadik camera woman huhu..
Kak Kiah mencari mangga kunci yang tenggelam |
Sambil ralit2 kat atas tu orang pun makin lama makin tak ramai. Ada gak Kak Kiah dengar bunyi cam siren ke wisel ke apa. Tapi takde la Kak Kiah amek kesah. Seingat Kak Kiah Namsan Tower ni close at 11pm. So pikir cam ada masa la lagi sebab masa tu lom pun kul 11pm.
Bila dah puas
semua bergambar sakan, kami pun nak turun la. Sekali tu bila sampai kat cable
car station tu, aikkk... gelap??? Huh panik terus Kak Kiah weh! Bila tanya2 orang rupanya cable car tu tutup
kul 10.45pm. So kalo nak turun kena pakai tangga. Memang takde cara lain lagi
dah.
WHAAAAAATTTTT???
Aduhhh... gile
betul la. Kak Kiah memang mati2 ingat cable car tu run sampai kul 11pm. Dah la
masing2 tengah sakit kaki. Paling sadis Mak Kak Kiah la. Lutut dia memang teruk
gile sakit masa tu. Tapi apa nak buat, nasik dah menjadik bubur. Ini sume
mistake Kak Kiah. Kak Kiah memang wajar dimaki kerana ini. Ohhh tidakk....
Masa ni
masing2 dah senyap tak bercakap dah (ntah2 menyumpah Kak Kiah dalam hati masa
tu haha). Kaki terus je la pasrah melangkah ribuan anak2 tangga dalam kesejukan
Seoul. Bila tengok Mak Kak Kiah macam hazab menderita je nak melangkah, Kak
Kiah pun terus papah dia. Kesian la tengok. Apa la teruknya Kak Kiah dera Mak
sampai jadik camni.. sob sob..
Lama gak
perjalanan dari atas nak ke bawah tu. Rasanya sejam setengah kot. Imejin ye
semua, sejam setengah tau!! Bila sampai bawah je masa tu nak sujud syukur terus.
Masa tu dah
satu hal lak nak mencari taxi tengah2 malam. Nasib baik tak lama pastu ada taxi
lalu. Alhamdulillah. Lantak la kena bayar berapa pun. Kak Kiah dah tak sanggup
nak menapak lagi. Betis dah kejung2 rasa.
Sampai
guesthouse dah kul 1am. Memasing sume terus urut kaki hahaha...
Malam ni Kak
Kiah tido lambat sebab nak buat kira2. Tadi Nanny pun dah sound pasal ada duit
yang dia bagi tapi ada tempat2 yang tak pegi. Berkira habis. Tu kira nak tuntut
part dia la tu. Sabo je la Kak Kiah. Normally Kak Kiah bila plan trip macam ni,
memang belen duit Kak Kiah akan bagi balik kat airport masa nak balik. Tapi
since Nanny ni berkira sangat setiap won yang dia blanjekan, kenalah Kak Kiah
kira betul2 duit teksi, duit entrance fee, duit sewa keta etc dulu siap2.
Lagipun besok ada lagi satu acara last shopping kat Namdaemun Market. Kena lak
member tengah hati panas tadi sebab tak puas soping kan.
Siap semua
kira2, dekat kul 4am baru Kak Kiah tido. Orang lain sume dah sedap mendengkur..
haishh..
Salam Kak Kiah..
ReplyDelete2-3 entry sekali post dlm 1 ari yee..semakin part by part saya baca mnyampah pulak kat nanny tu. Tak sangga betul ada orang yang cam gitu. Jenuh gak la turun tangga kt Namsan tower tu kan?
Haha.. ni citer dari side KK, i'm just telling what i feel at that time. As a person, she's nice actually. Cuma kadang2 jenis suka bercakap tanpa pikir perasaan orang lain. Kalo orang jenis tak pot, maybe tak amek ati la kot. Maybe masa kat sana tu stress level KK dah tinggi sangat, itu yang cepat sentap dibuatnya.. hoho
Deletekalau JM jadi Kak Kiah..mmg x enjoy trip mcm nih..setiap hari ada je drama..nasib baik lah KAk Kiah jenis cool :-)
ReplyDeleteTapi drama terlepas cable car ni berpunca dari Kak Kiah sendiri kikiki..
Delete