Wednesday, January 30, 2013

SEOUL DAY 7 – FLIGHT BALIK

Ok sambung cerita.. 

Sementara tunggu airport bus sampai, Kak Kiah borak2 la ngan ahjussi yang jaga bustop tu. Dia ni peramah la, tanya Kak Kiah best ke tak Seoul ni, pegi mana, beli apa etc etc. Then dia tanya flight Kak Kiah kul berapa. Bila cakap 5.25pm, dia kata oh sempat tu.. Masa ni agak lega sikit hati Kak Kiah.
Ahjussi aiport bus dan luggageku yang beranak menjadi 4
Kul 3.30pm, airport bus pun sampai. Kak Kiah bajet paling busuk pun sejam la kan perjalanan, so ada harapan catch flight. 

Goodbye Seoul!! Sob sob.. miss u olredi..
Sekali tu boleh pulak dalam perjalanan tu, ada tourist2 dr China beramai2 naik bas. Dah la riuh rendah, beg masing2 banyak lak tu. Airport bus ni kan drivernya kena turun susun bas satu2 kan. So lama la berenti kat situ. Bila jalan lagi, berhenti kat bustop lain, naik pulak lagi ramai tourist dr China. Pun sama gak berbondong2 beg. Tambah lak ngan jalan jem. 

Makanyaaaaa.. guess what? Kak Kiah sampai airport kul 5pm!!! Macam nak meraung bila information officer kat situ cakap kaunter check-in dah tutup. So just imejin ye adik2, Kak Kiah sorang2 tau masa ni. Blur. Sedih. Geram. Panik. Menyesal. Sume berbaur2. Blank seketika tatau nak buat apa tu. Nak nangis pun tak guna bcoz rice has become porridge kata omputih huhu.. Last2 officer tu suh Kak Kiah pegi opis AA untuk dapatkan next flight. Katanya no way Kak Kiah dapat catch flight yang ni sebab luggage pun dah dihantar ke kapal terbang. 

Nak jadi cerita, satu hal pulak nak mengusung troli penuh ngan luggage tu sambil nak cari opis AA. Sampai sesat barat Kak Kiah dibuatnya. Dah la kat hujung solok kat belakang level 2 tu. Dekat setengah jam cari baru jumpa.
Opis AA dan staff2 nye
Sampai opis AA, jumpa 2 orang minah chinese dari KL. Sama jugak tertinggal flight macam Kak Kiah. Rupanya diorang pun sama naik bas ngan Kak Kiah. Officer AA tu cakap memang no choice lah, kena tukar next flight which is pagi esok kul 9am. Harga kena bayar nak tau berapa? RM1000+ ok! Nangesssssss....

Kak Kiah pun dengan berat hati turun lah bawah cari ATM. Itu lah kan, mulut celupar kata tak nak balik sangat. Kan dah Allah makbulkan. Happy birthday to me ahahaha.. Memang lawak kan kejadian di hari jadi sendiri ni. So Kak Kiah pejam mata je cucuk duit. Dalam hati dah kira2 lepas ni 2 bulan la makan megi je haha padan muka. Naik opis AA balik n setelkan pembayaran sume. Officer tu siap pesan, pagi esok make sure kul 6am ada kat kaunter check in. Wah 3 jam awal dari waktu flight? Bior benor officer ni..

Lepas tu Kak Kiah terus turun bawah area arrival hall. Beli kopi n roti. Pas tu lama termenung... Macam tak caya je Kak Kiah bole miss flight. Ye lah, Kak Kiah ni jenis study everything sebelum datang sini. Boleh katakan semua info Kak Kiah ada. Tapi bab balik Kak Kiah tak check langsung pukul berapa mesti ada kat sini. Ingatkan macam kat Msia la sejam pun lepas lagi nak check in. Rupanya kat sini mesti ada 3 hrs before. Tapi bila dah jadi cam ni, rasa nak gelak pun ada. Pengalaman bermakna ni kena tido kat airport on my 37th birthday. Hahaha.
Hanya ini yang mampu ditelan ketika ini.. uhuk uhuk..
Lama gak lepak kat arrival hall tu. Sempat borak ngan sorang ahjussi ni tengah tunggu mak dia balik dari Jepun. Ramah jugak ahjussi ni, nama dia Mr Yim. English berterabur tapi ok la Kak Kiah faham. Dia ni dok dekat je ngan Gimpo, keje kat Dongdaemun. Sambil tu citer pasal Koreans n Malaysians. Pastu Kak Kiah promo Msia pulak. Hehe harus la. Siap online tunjuk dia tempat2 menarik kat Msia cam Pulau Redang, Kinabalu, KLCC, Melaka etc. Kak Kiah memang bole jadi agen Tourism Malaysia kan? Gigih gitu..
Mr Yim - the nice ahjussi
Mr Yim sempat bagi Kak Kiah no tipun dia, in case ada apa2 emergency leh call dia. Dia n mak dia ada ajak Kak Kiah tido umah dia sebab kesian tengok Kak Kiah kena tido kat airport. Tapi Kak Kiah tak berani la takut esok tak sempat lak nak kejar ke airport kul 6 pagi.

Dekat kul 11pm banyak kedai dah pun tutup. Last2 Kak Kiah naik atas ke departure hall. Ada la jugak orang2 yang tido kat sini rupanya. Kak Kiah meround2 la dulu kat atas tu. 
Habis sume mende nak amek gambo haha boring nye pasal
Lengang habis! Boleh skate dalam ni kalo mau
Actually masa ni baru rasa lapar sebab hari ni Kak Kiah cuma makan roti je, tak amek meal langsung. So Kak Kiah singgah satu convenience store ni nak cari makanan. Ada la pack yang jual nasi n lauk n tinggal reheat je tu kan, tapi takde pulak yang vege. Sume gogi gogi gogi, pork pork pork.. Megi halal tu pun xde jual. Sandwich pun takde yang telo je, suma ada daging. Last2 mintak tolong budak kedai tu, explain la nak yang vege or anything yang tak berdaging. Sampai tiga orang budak kedai tu tolong Kak Kiah. Ha tengok betapa bagusnya orang Korea ni. Bukan nak puji melebih, tapi diorang ni memang helpful sangat2. Walopun cakap macam ayam-itik ngan Kak Kiah ni, diorang berusaha nak tolong Kak Kiah.
Last2 Kak Kiah beli ni, tauhu dalam tu ada inti cam nasi pulut, telur n of coz banana uyu. Lapar punye pasal Kak Kiah bedal je.
Wajah-wajah pathetic ku
Pastu Kak Kiah main game sudoku sampai kul 2+am. Ingat tanak tido, tapi memang tak tahan sangat mata.. last2 ZZzzzZZZ.... tapi tidor2 ayam je la sebab bising ada mangkuk2 buat keje renovation. Macam lahanat..

12 comments:

  1. Ohh kak kiah mmg hebat jm salute, klau jm tertinggal flight mmg nangis yer lah nk draw duit xder dlm akaun pastu kat atm x g update kt bank bg boleh draw kt obersea. Tp xper kak kiah selamat balik dgn selamat dan itu sume pengalaman. Tp apa yg pasti kak kish seorang yg peramah kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. pengalaman berharga ni tertinggal flight. nasib baik la activate ATM plus before pegi tu in case of emergency huhu.. JM, KK ni idok le peramah mana. tp kalo org baik ngan KK, dabel2 KK baik ngan dia heee..

      Delete
  2. Bangku kat departure hall tu agak keras mengcengkam tulang blakang gitu kan.. tapi kalau dah ngantuk, bleh lena jugak huhuhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang iye noks..bukan setakat mencengkam lagi dah, mencucuk2 tulang rusuk rasanya huhu

      Delete
  3. 2002 masa me tertinggal flight kat india, dorang kasi me naik percuma... fuh nasib baik jika tidak ada potensi kejang kaku di airport sebab duit zero dan kredit card pun tak da... nasib baik ya amat walau berdebar gila masa orang kat kaunter suruh tunggu sampai semua orang check in, lepas tu datang balik....

    ReplyDelete
  4. lupa tulis, me naik MAS masa tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah seriously MAS bg naik percuma kalo tertinggal flight? rasanya kalo situation tu salah diorang kot baru dapat free. yang kak kiah ni salah sendiri gatal gerak gi airport lambat hehe..

      Delete
    2. aku penah gak miss connecting flight from LAX sebab ramai gilos org kat immigration kat LAX tu... dari KL to LAX mmg naik MAS ... seb baik org MAS issued new connecting flight..

      Delete
  5. Tiba kat episod ni tetiba je rasa macam kupas bawang... Pedih...

    ReplyDelete
  6. As salam KK,
    Baca catatan perjalanan KK, hati rasa sedih pun ada, kagum pun ada. Tergelak soranv sorang pun ada. Tahniah kerana berjaya akhirnya

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.