Wednesday, January 22, 2014

MELBOURNE – DAY 5 – WATERFRONT DOCKLANDS

Ok sambung stori..

Untuk ke Waterfront City, Docklands – KK naik tram Route 70 dari stop 5-Swanston St/Flinders St sampai last stop D11, depan Harbour Town. Cadang nak cuci2 mata la kat Harbour Town and then layan view kat dock.

Turun je tram, nampak satu family Melayu ni tengah tunggu tram. Siap berbondong2 barang soping huhu. So Kak Kiah tego la dari mana nak ke mana etc. Kak Kiah bagitau la datang sini nak gi Harbour Town tu. Sekali tu diorang bagitau dah tutup daaa.. rupanya Harbour Town ni close at 6pm. Kak Kiah tengok jam 6.15pm. Chaitttt… geram betul terlewat lagi. Walopun bukan nak soping sangat pun, rasa macam frust gak la.

Harbour Town Shopping Centre
Anyway kalo sesapa yang ke Melbourne and nak soping kat sini, make sure take note ye opening hours ni. Hanya Jumaat je dia bukak sampai 9pm. Ahad sampai 5pm. Dalam ni ada banyak brand direct outlets and harga agak murah (esp Xmas sale), tapi some of the brands tak brape femes la kat negara lain. And lagi satu soping center ni beso bangat, so biasa orang spend hours dalam ni.

So next melepak kat Docklands menikmati harbourside views instead.


Melbourne City Marina
View of the city from the dock
Berlatar-belakangkan Etihad Stadium
Love the birds!

New Quay Promenade
Ada juga yang berkayak di sini

The Bolte Bridge

The blue boats
Terkasima melihat kapal yang cantik (alwiz berangan to have one huhu)

Bye uols! I nak pi belayar hehe..
Seronok cuci mata kat sini
Rasanya kalo datang malam sini, harus cantik tempat ni kan.

Waterfront City ni kira cam tempat entertainment gak la, with all sorts of statues and mozaic of local entertainers. Kalo perati betul2, Melbourne ni memang the city of art. Memang banyak gile bersepah2 street arts, mostly unik plak tu. Kak Kiah suke. My taste.

Statues of some famous local entertainers
Star Walk - sorang pun ambo tak kenal
Wang Shugang (Meeting) - tp tak paham kenapa nak squat camni huhu
Mozaic Tribute of The Variety Club
About 7pm, Kak Kiah pun naik tram untuk ke Flinders St semula sebab nak naik Eureka Skydeck plak lepas ni. Told ya.. takde nak rushing. Today punye concept free n rilek2 jah.. hehe..

Dari Flinders Station tu ikut belakang cross Yarra River melalui satu jambatan kecik. Kira cepat sikit la nak cross ke Southbank.



Kalo amek river cruise naik kat sini

Lepaking tepi sungai.. nyaman doe..

Ada juga mangga2 chenta kat sini
 

This is where I'm heading next - the Eureka!!

Thursday, January 16, 2014

MELBOURNE – DAY 5 – FITZROY GARDENS

Untuk ke Fitzroy Gardens, dari University of Melbourne Kak Kiah naik tram sampai Flinders St. Pastu naik tram route 75 and stop kat #10 Jolimont Rd/Wellington Pde. Pastu jalan sikit ke dalam masuk ke Fitzroy Gardens.

Kak Kiah plan pegi Fitzroy Gardens ni sebenarnya nak tengok Captain James Cooks Cottage. Cottage ni asalnya tapak rumah kat UK. Then kerajaan Australia beli cottage ni and ship semua batu2 & bahan binaan asal dan akhirnya dibina semula di sini. So memang unik la. Nak masuk sini tix 5AUD. Boleh tengok view dalam umah siap ngan perkakas2 skali, plus boleh pakai baju zaman dolu2 n take picca..

Cooks Cottage
Beli tiket sini
Masa Kak Kiah sampai depan cottage ni tengok ramai sangat chinese tourists ada kat depan tu. Mengenangkan masih trauma ngan puak2 ni semalam, Kak Kiah decide nak lepak dulu kat bangku bawah pokok bagi hilangkan penat. Lama gak melepak. Siap sempat borak ngan sorang amoi ni ngan mak dia. Depa ni sume dari Taiwan. Esok nak balik dah.


Agak2 dah kurang orang, Kak Kiah pun pegi la kat kaunter nak beli tix masuk. Sekali tu tengok dah tutup. Aik? Awalnya tutup. Sekali bila tengok jam kat tangan… laaaaa dah pukul 5 rupanya!! Masa ni cuaca memang macam kul 2pm kat Mesia. Tu pasal Kak Kiah boleh selamba je rilek2 kat depan tu. Akhirnya tak dapat la masuk. Aduh duh duhh.. ruginya la hai..

Last2 amek gambo kat luar je. Oh daku pasrah..

Cooks Cottage dari belakang

Depan umah
Muka kecewa huhu..
Pokok besar ni namanya Moreton Bay yang diberi oleh Captain James Cook
Dalam Fitzroy Gardens ni ada lagi few tempat yang menarik – contohnya Model Tudor Village. Model2 ni dihadiahkan oleh rakyat2 Lambeth di UK kepada Australia sebab pernah bagi bantuan makanan kat diorang following WWII. Model2 rumah ni typical Kentish punye style pada zaman Tudor.. and ada gak rumah Shakespeare kat sini selain model gereja.

Model Tudor Village

Comel kan?

Close up
Church (design sama cam yang asal)
Tetap mahu enterprame walopun sipi2 hehe
Sebelah pada Model Tudor Village ni ada The Ola Cohn Fairies Tree. Kat pangkal pokok red gum ni ada ukiran fairies n animals. Awesome gak la. Untuk preserve pokok ni, diorang letak chemical treatment n simenkan tapaknya.

Fairies Tree
Diukir oleh Ola Cohn, sorang penulis
Cute tapi lelama tengok cam geli plak huhu
Close up sket
Kreatif kan.. cemana la dia buat ni..
Lepas tu Kak Kiah cuma lepak2 je menghayati keindahan Fitzroy Gardens. Kat sini tak banyak bunga tapi pokok2 dia teduh n best je. Layan habis…

Me love green :)

Purak2 membaca haha
Kalo sesapa datang Melbourne and ada bawak family n anak2 kecik ok la kot datang Fitzroy Gardens ni petang2. Peaceful surroundings.

Dah puas tu terus la gerak untuk ke Flinders St semula. Tukar tram untuk ke Docklands pulak. Tengok jam dah nak dekat kul 6. Dah janji ngan Chef nak layan sunset kat Eureka nanti. 

Wednesday, January 15, 2014

MELBOURNE – DAY 5 – UNIVERSITY OF MELBOURNE

Hari ni no rushing. Lepas bangun pagi semayang n sarap, Kak Kiah tido balik hehe.. penat giler badan masa ni..

Bangun2 balik dah kul 11+, roomate sume dah kuar. So siap2 ler mandi. Tengok cuaca pun cerah je. So rasa tak perlu pakai berlapis2 dah. Target hari ni nak meronda University of Melbourne pastu pegi Cooks Cottage kat Fitzroy Gardens and petang sket pegi Docklands & Eureka Skydeck.

University of Melbourne ni terletak kat northern part and dekat je (kalo tengok peta) ngan Space Hotel. So jalan kaki la dari Russell St tu menyusur Swanston St. Perut lak dah berbunyi mintak soru. Ingat macam nak lunch dulu la kat Norsiah’s Kitchen yang juga located kat Swanston St ni.

Tune Hotel baru bukak yang terletak juga di Swanston St. Rate per night 40AUD rasanya untuk double room. Lokasi agak jauh dari CBD (kena naik tram).
Cuaca agak panas (terik actually) so ramai kakak2 sudah mula menayang peha
Jalan punya jalan tak jumpa pun Norsiah’s Kitchen. Last2 nampak satu kedai ni nama Nasi Padang. Teringat aritu Chef ada cakap makan kat Nasi Padang ni sedap sikit la. So Kak Kiah singgah sini dulu.


Nasi Padang
The menu & price (manyak molah)
Kedai dia kecik je. Tak la berapa grand cam Es Teller or Nelayan. But harga makanan murah. Kak Kiah amek nasik putih, sayur, sambal telo & paru baru 6.50AUD je.

My lunch
Rasanya? Ha memang kena sangat ngan tekak Kak Kiah. Nampak cam tak menarik kan, tapi Alhamdulillah sedap.

Lepas dah makan, Kak Kiah sambung perjalanan. Berapa tapak depan tu baru nampak Norsiah’s Kitchen. Laa dekat je rupanya. Takde rezeki nak makan sini.

Lepas berpeluh gak menapak, akhirnya sampai la kat Gate 3 University of Melbourne. Kira ni macam self-guided tour la. Print map dari internet pastu tour sensorang. Kalo orang lain maybe tak minat nak pegi U ni. Tapi Kak Kiah kan suka building n feeling2 cam remaja balik bila masuk U ni huhu..

U may need about 1 hr untuk tour ni. Ok la tu cuci mata..

So tengok picca je lah ye. Untuk motivasi pada adik2 yang nak further studies gak ni. Lihatlah betapa cantiknya universiti ni..

Usha peta dulu

Richard Berry & Elizabeth Murdoch Building - utk medic student
The Union House & The Old Quad (oldest building in campus)

The Old Quad yang macam castle
Natural Philosophy Dept & Botany Building
The University House - lecturer2 & staf2 dulu dok sini
Pokok2 bunga di penghujung musim spring
The System Garden - taman kecik di tengah2 kampus
Satu lagi bangunan botani
Library yang paling beso - Baillieu Library. Met few Indons here.
Engineering building
School of Engineering entrance
1888 Building - utk student postgrads
Di celah2 bangunan
Tempat students melepak2
Me in front of Chemical Engineering Department of coz huhu
Actually sepanjang tour ni Kak Kiah memang teringat2 zaman blaja dulu kat University of Leeds. Lebih kurang cam ni gak la U nye... the buildings, the surroundings.. cuma my U dulu lagik luas la and lagi banyak building2 lama. Oh syahdu betol. Tak sangka dah tua uols.. dah 15 tahun berlalu..
Dah puas jalan moh kita ke next destination – Fitzroy Gardens!