Wednesday, October 21, 2015

CAMBVIET – DAY 4: KILLING FIELDS CHEUNG EK

Dalam kul 10+ kami pun gerak keluar dari guesthouse. Sebab perut dah lapar ingat nak makan la dulu.

Kuar je dari Angkor Mithona tu banyak la pulak tuk2 usha kami. Memandangkan dah kena kencing pagi tadi kami memang takmo la amek tuk2 sebab kedai makan yang kami nak pegi ni tak la jauh sangat pun. FYI, guesthouse kami Angkor Mithona tu lokasinya kat Street 172 L13. Kami nak cari Asmak81 Halal Restaurant yang terletak kat Street 154.

Tapi ada tuk2 ni dok la follow kami. Rimas gile ok. Dok pujuk2 suh naik tuk2 and tanya banyak kali kami nak gi mana. Dah la masa tu kami tercangak2 bukak map kat ipad nak check street no baper. Kalo nak tau jalan2 kat Phnom Penh ni dah le pakai nombor je, tapi nombornya tak teratur dan bersepah2 gitu. Memang blur sangat memula tu nak memahamkan peta. Tambah pulak driver tuk2 tu gigih dok follow kami. Annoying giler. Rasa macam nak maki je.

Jalan punya jalan akhirnya jumpa la Street 154 tu. Tapi kedainya takde pun. No kedai yang Kak Kiah salin dari blog sapa tah tu tengok2 kedai makan cina. Haiyaa... tatau la Kak Kiah salah salin ke or tukang tulis blog salah tulis alamat. Tapi memang langsung takde bayang kedai yang bernama Asmak81 Halal Restaurant pun sepanjang Street 154 ni.

Takpe2.. sabar itu separuh dari iman. Ada lagi few kedai halal yang berdekatan. Jangan panas2 hati dulu. Driver tuk2 tadi pun dah give up and tak follow kami lagi.

So kami decide nak ke D’Nyonya Penang pulak dekat Street 126. Lokasi dia dekat2 dengan Psah Thmei atau Central Market so rasa macam tak susah la nak cari kan.

Jalan punya jalan punya jalan sampai dah berpeluh2, akhirnya jumpa la Street 126 tu. Tapi ada notis tampal bagitau kedainya dah pindah la pulak. Setan betol..

Takpe takpe.. ada lagi kedai halal berhampiran. Nama Cafe Malaysia and katanya terletak di lorong belakang D’Nyonya Penang. So apalagi.. memang betul2 kami masuk lorong antara bangunan tu. Scary hokeh. Tapi nan hado.. Haram takde langsung kedai makan. Anjing banyak la.. Memang rasa banyak kali carut dah pastu. Apa punya informasi la Kak Kiah pakai nih? Semua address dalam blog tu tak leh pakai ke atau kami nye sense of direction memang fail?

Kami tuju pulak ke Street 130 dekat sebelah Street 126. Katanya ada Halal Restaurant kat situ. Ha dari jauh nampak bendera Malaysia dah lusuh tergantung depan kedai. Sekali mai dekat.. laaa.. tutup??? Pikir2 balik hari ni hari Ahad. Agaknya tu pasal la tutup. Ish geram sungguh.. dah la kaki sakit menapak (tu la kan tadi eksen takmo naik tuk2), panas berdenting2, lapar lagi...

Next address is Malaysia Restaurant kat Street 13. Jauh jugak la dari Central Market tadi. Kena jalan menghala ke sungai. So kami jalan la dalam tengahari buta tu menuju ke sana pulak. Rasa macam terhoyong-hayang Kak Kiah jalan masa tu. Baju dah lencun dengan peluh.

Actually si Koh tu boleh je kalo nak cari makanan kat kedai yang takde cop halal sebab dia non-Muslim kan. Kesian pulak tengok dia terpaksa cari kedai halal semata2 untuk Kak Kiah. Kak Kiah suh la dia beli apa2 roti ke untuk alas perut tapi dia takmo. Yang benarnya amoi ni lebih Melayu dari Kak Kiah kalo uols nak tau. Masa kat sini baru Kak Kiah tau dia ni memang kalo bab makan nak kena makanan yang halal or at least takde porky2. Tekak takleh masuk benda tak halal katanya huhu..

Nasib la masa on the way ke Street 13, kami ternampak ada kedai letak sign halal kat Street 19. And kedai tu OPEN! Fuh lega mak... Rasa macam nak sujud syukur jam2 tu gak.

I.R.F. Restaurant
Kedai ni takde dalam list yang Kak Kiah salin tu. And kedai ni actually makanannya konsep Middle East. Ikutkan not really my taste but lantak la noks.. janji dapat makan. Rasa macam nak pensan sangat dah..

Our brunch
Kak Kiah tak ingat apa dish yang kami order ni. Portion memang banyak. Tapi dari segi harga boleh tahan la USD14 untuk 2 orang nye makan. Siap tapau bawak balik lagi sebab tak habis.

Lpeas siap makan datang la owner kedai ni baru balik dari pasar. Dia ni orang Iraq tapi pernah keje kat KL as somebody in education field, Kak Kiah tak ingat apa.. lecturer kot. Lepas keje kat Msia dia datang Phnom Penh and lepas pencen dia stay sini meniaga makan sampai la sekarang. Peramah betul pakcik tu and sangat excited bila tau kami orang Msia. Dah la anak dia hensem.. eh tetibe.. heheh..

Kami tanya la dia pasal tuk2 nak ke Killing Fields. Terus dia call member tuk2 dia yang Muslim mintak tolong datang. Efisien sungguh. Bila tuk2 sampai and kami nak gerak, siap hantar sampai ke tuk2 and sempat bagi name card kat kami. Memang mesra dan baik hati sangat. Semoga pakcik tu dimurahkan rezekinya di Phnom Penh ni.

So kami pun gerak ke Killing Fields yang terletak kira2 15km dari bandar Phnom Penh. Untuk tour ke Killing Fields, Russian Market & Tuol Sleng Museum kami cuma kena bayar USD15 untuk tuk2.

Bila dah dalam tuk2 baru la nampak suasana sebenar bandar Phnom Penh ni. Walopun ibu negara Cambodia, tapi taraf2 Yong Peng je. Agak kodi dan jalan bersepah2 dengan sampah. Yang bawak motor selamba tak pakai helmet. Yang naik beskal pun ramai. Dari segi pembangunan diorang ni macam kita zaman 80an dulu.

Hai bang.. helmet tak pakai ke?

Menuju ke Cheung Ek

Sampai 3 orang skali naik. Rupanya ini adalah biasa di Phnom Penh.

Di tengah bandar Phnom Penh

Tu dia penuh mainan dalam tuk2

Melalui pasar pagi di kawasan pinggir bandar

Jaga2 makcik.. jangan sampai jatuh. Risau plak nengok dia bole tido camtu.
Kaum wanita di Phnom Penh ramai yang pakai macam ni. Begitu Saloma skali kan..
Lama jugak perjalanan nak ke Killing Field Cheung Ek ni. Sampai nak tertido2 kami dibuatnya.

Sampai je kami bagitau driver tuk2 untuk datang pick up dalam masa lagi 2 jam. Untuk masuk harga tiket adalah USD6.

Macam yang Kak Kiah story sebelum ni, sebab tak sempat nak kaji apa2 pasal Phnom Penh so Kak Kiah agak kurang pengetahuan sikit pasal Killing Field ni. Yang Kak Kiah tau, tempat ni kira destinasi wajib kalo mai Phnom Penh. And tempat ni lebih kurang sama dengan Killing Field yang kami pegi kat Siem Reap aritu.

Tapi bila dah mai sini rupanya lain dari apa yang Kak Kiah expect. Tempatnya lebih besar (in fact the largest killing field in Cambodia) and yang utamanya adalah di sinilah lokasi yang sebenar seramai 17,000 tahanan dari Penjara Tuol Sleng telah dibunuh beramai2 dengan kejam oleh rejim Khmer. Lebih 8000 tengkorak dah dijumpai dalam 86 mass graves di sekitar kawasan ni and acara penggalian kubur masih berterusan sampai sekarang.

Sampai je kat entrance, kami diberi audio guide dan map. Boleh pilih nak bahasa apa. Kami amek Bahasa Indon. Nanti bila sampai kat setiap point yang bernombor dalam map tu kita bole dengar sume info pasal tempat tu melalui audio guide yang diberikan. Sepanjang tour ni kita takleh bercakap kuat2 or buat bising.

Ok jom start tour.

Jalan masuk ke Killing Fields
Masuk je akan nampak stupa yang menempatkan lebih 8000 tengkorak dan remains yang dijumpai di sekitar Killing Fields

Audio guide & map. Boleh dengar info dan beberapa temubual dengan mangsa yang pernah dok sini.
Pembunuhan yang dibuat kat sini memang ada sistem dia tersendiri. Setiap benda ada dokumennya. Jadi setiap hari tu dah memang ada senarai sapa2 yang akan ditransfer dari Tuol Sleng, dihukum sebab apa dan dibunuh bila.

Truck Stop tempat pertama tahanan dibawa dan diperiksa segala dokumen berkaitan


Killing Fields ni asalnya adalah Tapak Perkuburan Cina. Dipilih untuk mengaburi mata orang2 di kawasan sekitar.
Koh sedang khuyuk mendengar kisah Killing Fields dari audio
Tahanan2 ni ditransfer dari Tuol Sleng pada waktu malam supaya orang tak saspek apa2. And most of them ni tatau pun yang diorang akan diexecute di sini. Dari Tuol Sleng mereka cuma dibagitau akan dipindah ke penjara lain. Masa awal2 pemerintahan Pol Pot, lebih kurang 12 orang sehari dibunuh. Tapi masa dekat ujung2 tu jumlah bertambah ke 300 sehari sebab masa tu Pol Pot dah semakin paranoid rasa macam semua orang against dia including kengkawan dia yang dalam Democratic Kampuchea Party. Mengikut kata Pol Pot yang gila tu "It is better to kill an innocent by accident than let a traitor go by accident" dan mereka yang membelot harus dihapuskan hingga ke akar umbi. Gila saiko..

Bangsal untuk mengurung tahanan. Sekarang bangsal ni dah takde kena roboh dah.
Kat bangsal ni lah tahanan2 dikurung dalam masa 24 jam sebelum diorang dibunuh. Sebelum dibunuh mereka akan dibawa melutut kat tepi kubur2 yang digali lebih awal and kemudian dismash kepala dengan kapak, besi, kayu atau disembelih. Tak pakai pistol sebab nak save peluru katanya. Memang jahanam sial kan..


Bangsal menyimpan bahan kimia untuk ditabur atas mayat
Mass grave yang pertama skali dijumpai
Mass grave yang pertama ni dipercayai menempatkan 450 orang tahanan dalam satu lubang

Antara kawasan yang boleh nampak cebisan tulang dan gigi mangsa
Masa tour ni kalo perati betul2 kita boleh nampak cebisan2 kain yang terkeluar dari tanah. In fact, kalau hujan kadang2 boleh nampak cebisan tulang2 muncul di sekitar kawasan ni. Macam yang Kak Kiah story awal2 tadi, banyak lagi kubur yang belum dijumpai sepenuhnya so aktiviti penggalian masih dibuat hingga sekarang.


Mass grave yang menempatkan 166 orang mangsa dijumpai tanpa kepala
Pakaian2 mangsa yang dijumpai sewaktu penggalian
Cebisan tulang dan gigi mangsa2

Mengikut kepercayaan orang Cambodia, roh2 si mati akan singgah kat sini. So gelang2 tu diletak sebagai simbolik doa kepada si mati.
Di sinilah air mataku tumpah akhirnya..

Baby2 dibunuh dengan cara menghempas kepala mereka kat pokok besar ni sampai pecah berderai otak. Kijam sungguh! Mass grave ni dijumpai bila diorang notis banyak rambut kat batang pokok tu.

Mass grave wanita dan bayi
Kat pokok ni diorang gantung speaker untuk pasang lagu Revolusi kuat2 nak cover supaya orang keliling tak dengar bunyik mangsa ketika dibunuh
Sepanjang tour ni memang Kak Kiah rasa sedih sangat. Kena pulak baby2 yang mati tu mostly about my age. Jadi rasa sedih tu memang lain macam. Tatau nak habaq perasaan cemana..

Tapi dalam sedih2 tu ada jugak rasa bengang. Ada satu grup dari China Mainland ni aduhai pulah bising dok cong ceng cong ceng.. Pastu peghak gile dok pose2 tepi kubur. Rasa macam nak ludah je muka memasing. Takde hormat visitors lain langsung. Tatau apesal kalo puak ni ada je mesti rasa annoying sangat.

Stupa ni didirikan pada 1998 untuk mengingati sejarah pembunuhan kejam beramai2 kat sini
Tengkorak2 yang boleh dilihat dalam stupa

Tengkorak diasingkan mengikut jantina dan umur. Boleh tengok kesan kena tetak, pukul, cucuk di tengkorak2 ni.

8000+ tengkorak ditempatkan di lima tingkat dalam stupa ni. Just imejin tempat ni memalam cemana..
Lepas abis tour kat Killing Fields, kita boleh gak singgah ke Museum yang berdekatan dengan entrance tadi untuk tau lebih lanjut tentang tentera Khmer Rouge, Pol Pot yang gila tu dan kuncu2nya. Tapi dalam ni takleh snap picca and kena bukak kasut kalo nak masuk.

Museum

I feel u Cambodia... sob sobss..
Untuk those yang nak ke Phnom Penh, Killing Fields Cheung Ek ni memang harus kena lawat. Banyak yang kita boleh tau pasal kekejaman Khmer Rouge kat sini. And kalo rasa nak feel lagi apa yang mereka ni lalui, sila baca buku ni seblom datang sini:



Setelah hampir 2 jam dalam ni, kami pun keluar untuk ke destinasi seterusnya iaitu Tuol Sleng Museum.

*bersambung

6 comments:

  1. Alaa sedihnya psl pembunuhan beramai2 tu.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih sangat sob sobs.. memang boleh mengalir air mata sepanjang tour ni tau..

      Delete
  2. Entry yang sedih...kejam betul Pol Pot. Kalau dia hidup lagi...mmg aku hiris2 hidup2. Amacam ganas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh nak hiris2? pastu kita salai, masak lemak cili api.. kan? haha sadis. tapi itu le kalo manusia dah gila tambah bodoh tak abis skolah.. jadik pulak leader.. haish..

      Delete
  3. Scary, kejamnya geng2 nih. Budak2 wanita pun seme dia bunuh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kena hukuman house arrest je boley gitu? fyi, pol pot ni cable kuat dengan King tu pasal dia tak kena hukuman berat walopun dah terang2 buat salah.

      Delete