Saturday, October 24, 2015

CAMBVIET – DAY 5: MEMBETIS SEHARIAN DI PHNOM PENH

Lepas Subuh Kak Kiah tertido balik. Sedar2 dah kul 9.30am. Tengok Koh dah siap mandi sume. Huhu.. penangan tableh tido semalam punya pasal la ni. Padahal plan nak tengok sunrise di Tonle Sap River. Hampeh dot com tak memasal terlajak.

Hari ni acara kami adalah santai2 dan meronda2 di Phnom Penh je sebab esok pagi baru kami akan bertolak ke Ho Chi Minh. Oh ya lupa nak habaq. Tiket bas kami beli dah semalam masa on the way balik dari Tuol Sleng. Syarikat bas tu namanya 15SH, recommended by pakcik restoran Iraq tempat kami lunch semalam. Harga tiket USD8.

Guesthouse ni takde sediakan bekpes so Kak Kiah makan buah dan biskut je. Bancuh kopi pun pakai air mineral. Minum kopi sejuk jawabnya. Sedeh!

Lepas siap2 kami pun keluar. Since bas kami esok kul 5am jadi Koh pegi deal dengan owner guesthouse ni dulu untuk arrangekan tuk2 esok pagi. Kak Kiah pulak terjebak melayan sorang pakcik tourist dari Netherland ngan sorang tuk2 driver yang beriye suh naik tuk2 dia. Pakcik tourist tu pernah gi Indon so pandai sikit la cakap BM. Peramah pulak tu. Dia sorang je datang melancong kat sini. Yang tuk2 driver tu tukang nyampuk. Tapi ok la nasib baik bukan jenis pushy.

Pakcik Netherland, tuk2 driver yang direject dan KK yang bermata sembab
Destinasi kami yang pertama ialah National Museum.

KK di depan National Museum Phnom Penh

Bangunan ni banyak ciri2 Khmer dan Thailand
Aksi penceroboh tanak bayo duit tiket masuk

Ukiran kat bumbung dan atap tu memang cantik
National Museum ni kalo jenis minat nak tau lebih lanjut tentang sejarah Cambodia bole la spend masa kat sini. Harga tiket masuk USD5. Kami tanak masuk so just amek gambo dari luar je.

Pastu kami menapak ke Royal Palace pulak. Tak jauh dari National Museum, cuma 5 minit jalan kaki.

Singgah sat kat Royal Palace Park sebab rasa macam best je untuk berposing2.



Pavilion. Kat sini King duduk tengok parade.

Dataran depan Royal Palace. King Cambodia baru celebrate bday dia few weeks ago.
The Moonlight Pavillion
Ada banyak burung merpati sini.
Boleh tahan jinak. Kat sini ada orang jual makanan burung so bole la beli and bagi pigeon makan kalo mau.
Current King - Norodom Sihamoni. Hensem kan beliau? Tapiii..
Royal Palace ni kalo nak masuk harga entrance fee ialah USD6.50. Pun kami tak masuk gak. Just amek gambo dari luar.

Royal Palace
Pagoda
Amek gambo dari luar pagar je

Atap pun jadik lah
Kak Kiah sebenarnya sakit hati bila tengok Royal Palace ni. Lawa tu memang lawa. Hebat tu memang hebat. Tapi keliling palace ni je memang ramai pengemis, budak2 mintak sedekah dan tuk2 driver yang dok pujuk tourist naik tuk2 untuk dapatkan sesuap nasik. I was like.. apa sebenarnya King ni buat dalam istana tu? Tak tengok rakyat ke? Bizi sangat hias istana nak bagi lagi grand? Ok ok Kak Kiah faham Cambodia mundur salah satunya lepas pemerintahan Pol Pot dan Cambodian-Vietnamese War. Tapi sejak King ni naik takhta since 2004 sampai sekarang pun macam takde apa2 function. Lebih kepada jadik “puppet king”. Just nak teruskan sistem monarki tu je tapi power semua bagi Prime Minister pegang. Prime Minister pulak jenis mengayakan kroni2 sendiri, dah 25 tahun berkuasa tak reti2 nak step down. Penyudahnya rakyat jadi mangsa.

Kan akak dah emo..

FYI, King Cambodia sekarang ni masih bujang lagi so memang takde lagi pewaris takhta. Walopun dia hensem, tapi latar belakang dia yang minat ballet dance membuatkan Kak Kiah rasa dia sesuatu sangat. Dah la dia cakap anggap semua perempuan tu sebagai “sisters”. Suspicious kan? Ntah2 dalam lemari tak? (mati laa speku raja negara orang). Tapi kalo sampai sudah dia takde anak, rasa2nya sistem monarki ni akan tamat jugak satu hari nanti.

Apapun nasib rakyat Cambodia ni bergantung pada situasi politik negara ni sendiri. Selagi si diktator Hun Sen tu masih jadik PM, selagi tu la rakyat kekal miskin. Dah la dia tu pun lebih kurang Pol Pot jugak ada seksa2 sapa yang against dia. Kak Kiah berdoa semoga satu hari nanti dia akan digulingkan jugak dan Cambodia boleh membangun serta tak ketinggalan dengan negara2 lain. Patriotik tak ahkak? Huhu. Boleh tukar kerakyatan pas ni.

Dari Royal Palace kami menuju ke Independence Monument lak.
Sebelum sampai monumen tu singgah dulu sini.

Replika apa ni tak sure. Tapi sakan la KK & Koh amek take ni berkali2 nak bagi nampak cam beciom. Haha takde keje sungguh..

Tugu bagi memperingati mereka yang terkorban dalam Cambodian-Vietnamese War
The fountain. Memalam ada la kot pancut-pancutan di sini.
Inilah dia Independence Monument - didirikan lepas Cambodia menyambut kemerdekaan

Monumen ni berbentuk bunga lotus

Patung King Sihanouk - bapa kemerdekaan Cambodia
Cambodia ni mencapai merdeka pada tahun 1953 dari Perancis during the rule of King Norodom Sihanouk, apak kepada King sekarang. King Sihanouk ni lagi boleh diharap la kalo nak dibanding dengan anak dia. Asalnya dia ni geng dengan Pol Pot tu, sebab Pol Pot ni adik pada salah sorang gundik dia. And Pol Pot yang dapatkan balik takhta dia lepas Cambodia bertukar kejap jadi sebuah negara republik. Tapi walopun dia ni pro-communism, bila dia tengok apa yang Pol Pot dah buat kat rakyat Cambodia dia berani jugak la menentang dan komplen kat UN. Sampai terpaksa seek asylum kat China sebab tanak cooperate dengan Khmer Rouge.

Dari Independence Monument, kami membetis lagi menyusur Norodom Boulevard menghala ke Wat Phnom. Punyalah nak jimat duit sanggup tanak amek tuk2 hehe.. Tapi ok jugak la sebab sepanjang jalan ni memang banyak embassy dan organisasi bawah UN macam UNHCR, UNICEF dan UNTAC. Teringat pulak kat Angelina Jolie amek anak angkat Cambodia n jadik ambassador UNHCR lepas balik dari shooting film Tomb Raider kat sini.

Budak2 pegi skolah. Sedih tengok attire diorang, asal boleh je..

Kereta mewah tetiba menyelit. Rasa macam nak sagat je bila tengok..
Jalan punya jalan sekali ternampak satu kedai ni ada bendera Malaysia kat luar. Huh apa lagi.. perut pun dah lapar. Baik kita soru dulu.

Malaysia Restaurant di St 13. Dekat ngan Central Market.

Rupa paras dalam kedai
Wak Doyok pun hade jual

Our lunch. 11,000 riel je.
Sempat jugak solat dulu kat sini. Tapi kedai ni kurang sket la bab kebersihannya. Bila Kak Kiah masuk dapur tu agak horror sebab nampak tikus. Bau bilik yang Kak Kiah tumpang tu pun kemain kepam and bau lipas lagi. But bila pikir2 ni kan Phnom Penh, bukan KL.. nak expect apa kan.. Redha je lah. Janji boleh solat. Makan pun telan je.. dah lapar jangan banyak sangat cekadak.. Kalo rasa tak lalu nak telan, lain kali bawak bekal sendiri huhu..
Next destination, Wat Phnom!

*bersambung

6 comments:

  1. kesiannya kalau duduk bawah pemerintah yang kejam, walaupun tak membunuh cam polpot tu..tapi kesian jugaklah. negara mundur, kebajikan rakyat tak terjaga. macam tak percaya dengan cite kk ni..tahun 2015, tapi sy rasa rakyat diaorang stuck pada tahun 70-80an je..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu mama. kalo study pasal politik Cambodia ni memang geram sangat. sampai sami2 Buddha terpaksa join demo untuk tentang kerajaan skrg. tapi tu la.. corruption banyak sangat under PM dia skrg tu. rakyat dia pulak mentaliti macam lemah sangat, ye lah yang bijak pandai tak ramai.

      Delete
  2. Kak Kiah is backkkk !!!!!

    Seronok baca kisah KK .... ada sedih ada tawa dan ada sinis ... hahahahaa

    Terima kasih berkongsi cite ...

    KK

    Di sini ramai pelarian yang menetap ... tetapi generasi baru nih memang tidak tahu akan erti perit dan pengorbanan yang dilalui oleh bapa/ibu dan datuk nenek mereka ... Namum jika kita berbual dengan generasi lama, memang boleh menitiskan airmata!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK ingt dulu masa kecik2 memang ramai pelarian Kemboja datang Msia tahun 70-80an. masa tu tatau kenapa.. skrg baru faham. kesian kan sampai terpaksa tinggalkan tanahair sendiri sebab nak survive.

      Delete
  3. Tengok pose2 KK dalam gambar dah macam duta Kemboja pulak...hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lepas duta Seoul jadi duta Lombok.. ni skang tukar jadi duta Kemboja pulak..kena pakai pakaian penari Apsara lah pasni huhuhu

      Delete