Thursday, October 29, 2015

CAMBVIET – DAY 6: LELE HOTEL


Bukak2 je mata rupanya kami dah sampai bandar HCM. Otomatik semak jiwa tengok lautan motor dan dengar bunyik hon bertalu2. Ergh... memang tableh masuk kepala la kalo disuruh dok kat HCM ni. Aje boleh mati cepat. Stress.

Memula ingat nak terus ke area Ben Tanh Market untuk cari makanan. Tapi rupanya bas no 13 ni memang lalu dulu depan Lele Hotel. So kami decide untuk balik hotel, check in dan freshen up seblom kuar balik.

Lele Hotel ni terletak di jalan Pham Ngu Lao dalam District 1 and walking distance to Ben Thanh Market (15 min). Dari segi lokasi ok lah masih boleh gi few other tourist attractions dengan berjalan kaki. And bukan jenis hotel yang banyak orang Msia dok jadi takdelah rasa macam dok kat Hotel Seri Msia huhu..

Lobby hotel

Pintu masuk
Since guesthouse kami yang kat Phnom Penh semalam tersangat hauk, Kak Kiah rasa condition Lele Hotel ni tersangat2 lah ok. Ada wifi, ada tv, ada kettle, bersih dan selesa. Dan ada lif so takyah naik turun tangga.

Katil twin

Bilik air kecik sikit tapi bersih dan ada hot shower

Ada gobok
Yang kureng kat sini ialah staffnya. Ada sorang mamat ni memang fail la customer service. Acuh tak acuh je layan. Kak Kiah tak ingat apa kejadian, tapi Koh memang berangin dengan mamat tu dari kami check in sampai check out huhu..

Lepas rilek2 jap kami pun keluar untuk mencari makan di area Ben Tanh Market.

Waktu malam di HCM

Menuju ke Ben Tanh
Since siang tadi makan kat Salima tak best, kami ingat nak gi kedai makan lain pulak. Namanya Kampung Melayu Restaurant. Lokasi dia depan Salima tu je.

The menu
Ingatkan Salima tadi dah abis hauk la dengan mahalnya, rupanya restoran Kampung Melayu ni LAGI HAUK! Yang pertama, staff dia memang pemalas nak mampos. Asek dok main henpon je. Mintak sos sampai ke sudah tak dapat. Yang kedua, harga memang mahal sebab makanan dia jenis pakai combo set. Satu combo set untuk 2 orang 199,000 dong (RM32). Campur air total sume ialah 262,000 dong (RM42). Gila babi mahal. Yang ketiga, makanan dia memang tak sedap. Ayam liat nak mampos, kering dan masin. Air kopi tawaq. Pergh.. gila la tak best rupanya makanan kat HCM ni. Dah la mahal kemain, tak masuk akal sangat harga macam tu punya tinggi dengan servis dan kualiti masakan yang hauk.

Pekerja yang pemalas

My dinner. Tengok rupa pun dah sedih.
Kononnya owner restoran ni orang Msia. Dato Helmy Jaafar katanya. Ye la tu. Ntah apa la sumbangan dia pada negara. Kak Kiah google2 takde apa info pun pasal dia selain pasal restoran yang dia ada. Mana tau kan title beli ke.. zaman sekarang ni kalo dok luar negara mengaku dato’ takde sapa pun buat background check.

Ni Dato Helmy Jaafar. Tolong CSI sket betul ke dato' betul ke or cap hayam punye..
Senang beno nak kaya kan. Bukak kedai makan halal, caj mahal2. Padahal kawasan ni bukan high class pun. Taraf2 tepi pasar je. And Vietnam je kot, bukan Melbourne or Seoul. Yang kat luar kedai tu kemain ramai locals yang macam nak mampos meniaga nak cari rezeki. Nak mintak pelancong beli fridge magnet sebijik RM2 pun seksa. Dia senang2 je satu kepala caj sampai RM20-30.

Anyway bukan kami berdua je yang bising2 pasal harga. Ada satu meja sebelah kami ni satu grup orang Msia 4 orang. Pakaian dan lagak macam businessman. Bila dapat bil terkejut tengok sebab kena RM100+. Membebel2 sampai suruh waiter tu kira lagi sekali. Ha kalo dah orang ada2 pun bising pasal harga makanan kat sini, apetah lagi rakyat marhaen macam ahkak ni kan?

Kalo nak cakap pasal benda ni biasa la sebab tak banyak kedai halal memang bullshit lah. Kat Siem Reap & PP tu lagi susah nak jumpa kedai halal. Tapi takde la merepek sangat harga sampai camni. Yang ni nampak sangat amek kesempatan sebab ramai pelancong dari Msia datang sini. And kalo ye pun nak caj mahal, bagi la kualiti makanan & customer service yang setanding. Ini ntah apa2.. kemaruk sangat nak naik haji cepat.. Harap2 uols yang nak mai HCM ni tolong la pangkah tempat2 camni. Baik bawak megi je dari Msia.. Or bawak rice cooker terus..

Lepas makan kami singgah jap depan Ben Tanh Market tu. Dalam market memang dah tutup tapi kat luar memang meriah la dengan stall2 jualan. Ada macam2 jual – souvenirs, pakaian, kain, telekung, beg, kasut dsb. Orang Msia pun ramai. Ibaratnya kalo baling sebijik batu mesti kena kat orang Msia. Tapi mak aiii.. sombong2 nyer. Takde la nak tegur2 ke senyum ke apa. Muncung je memasing macam la soping kat Harrods. Padahal Ben Tanh je pun.

Kami tak beli apa pun. Just usha2 je dulu tengok harga. Nanti esok baru kami datang bersoping. Hari ni memang dah tak larat sangat dah kaki nak melangkah. Badan Kak Kiah pun dah mula seram2 sejuk. Nak amek gambo pun malas.

Sampai hotel kami berurusan kejap dengan Tour Agent untuk trip esok ke Mekong River Tour. Sebab tadi dah sesat barat bila pegi sendiri, so kali ni kami amek pakej je. Kos adalah 210,000 dong (USD10) sorang dari 8 pagi sampai 6 petang. Ok lah kot rasa macam tak la mahal sangat sebab full day and cover banyak tempat. Kak Kiah tak sure pakej dari agensi lain harga cemana. Tapi should be around that price kot.

Tour Agency dalam hotel
Balik bilik terus melepek. Check2 FB tengok kat Msia tengah kecoh pasal banjir besar kat Kelantan. Koh terus jadi tak senang duduk sebab umah mak dia kat kampung memang betul2 mengadap sungai. Call mak dia kata air sungai dah makin naik tapi rumah tak kena lagi. Tapi kawasan sekeliling sume dah naik air and tinggal brape kaki lagi akan cecah tapak umah. Mak dia tak sure nak pindah ke tak sebab selama ni kalo banjir pun umah memang biasa tak kena. Anyway, dah berapa hari hujan lebat turun non-stop kat sana. And ada few tempat teruk kena banjir sampai ada yang terperangkap dalam bangunan sekolah. Ish kesian betul. Kak Kiah cuma berdoa mudah2an semua selamat kat sana, especially keluarga Koh.

Malam ni Kak Kiah tido awal sebab badan pun dah rasa tak sedap macam nak demam. Koh pulak tak dapat tido sampai ke pagi. First time tengok dia camtu. Kalau tak dia la yang berdengkur dulu sementara Kak Kiah yang terkebil2. Kali ni dia sampai tableh tido, agaknya risau sangat la tu kot..

Apapun.. nite2 HCM!

*bersambung

14 comments:

  1. Eee kampung melayu ni memang mencekik! Kami pn terkena masa 1st day. Sudahnya dok ulang mkn pho je kt 1 kedai buruk tu (halal). Boikot je kedai ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana kedai buruk tu? Wah ada rupanya kedai yang murah dan halal kat HCM. KK mmg sakit ati ngan kampung melayu & salima tu.. tak masuk akal sangat harga..

      Delete
    2. Kt jalan tu jgk kalau tak silap dr luar ada nampak signboard kedai makan halal amin. Pho kt situ vnd50,000. Sedap jgk la huhu

      Delete
    3. oh ye ke.. ok lah tu murah. harap sesapa nak gi sana boleh makan kat sini je kan.

      Delete
  2. Pengalaman saya sarapan kat Kampung Melayu tu sedap pulak walaupun tak dinafikan mmg mahal giler among other restoran halal kat area tu. KK..amoi baju pink tu receptionist kat hotel Lele ker? cunnye.....hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya tukang masak sarapannya ok kot. Tapi kalo sedap pun rasa macam sakit ati jugak masa nak membayarnya. Harga boleh beli sekampit beras ye tak..

      Amoi baju pink tu agent utk tour bagi customer Lele Hotel. Cun kan beliau? Sebenarnya masa kami nak book tour tu dia dah balik dah, tapi sanggup datang balik hotel dengan rambut baru lepas mandi dan berpakaian lengkap tradisi Vietnam untuk setelkan booking kami. Memang respek la.

      Delete
  3. SALIMA MAHAL DAN X SEDAP..KAMPUNG MELAYU NI LAGI MACAM HARAM..X BES..BETUL TU MEMANG PELAYAN DIA PEMALAS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo KK tau dari awal rasanya memang tak makan kot situ. Rela makan megi.

      Delete
  4. Dulu pergi kat restoran tu mmg cekik darah regenya tapi kitorg jumpa satu gerai halal (melayu champa) punya.Diorg tau ckp BM sbb menetap kat Kedah dulu.Choice tak byk,sup,ayam goreng dan sayur tp rasa dan harga berbaloi baloi.Time sarapan beli kat area situ gak...sedap sgt karipapnya.Dh lah besar penumbuk..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah kat mana tu restorannya? Boleh share? Maybe bole jd rujukan untuk those yang nak HCM akan datang.

      Delete
  5. Berdepan dgn Hotel Hoang Gia Huy,District 1.Bkn restoran,dia mcm tumpang satu kedai jual telekung.Dia buh meja dlm dua tiga bijik jer.Okeylah kalau takat nak alas perut.Jumpa pun tak sengaja.Mlm yg kitorg sampai...ada lauk ayam masak lemak cili api.Husband dh lah org NS..teruja dia.

    http://umihariani.blogspot.my/2013/03/ho-chi-minh-city-final-part.html?m=0

    Yg ni linknya KK..sbb ada snap gambar kat dlm entry tu utk rujukan.

    ReplyDelete
  6. Berdepan dgn Hotel Hoang Gia Huy,District 1.Bkn restoran,dia mcm tumpang satu kedai jual telekung.Dia buh meja dlm dua tiga bijik jer.Okeylah kalau takat nak alas perut.Jumpa pun tak sengaja.Mlm yg kitorg sampai...ada lauk ayam masak lemak cili api.Husband dh lah org NS..teruja dia.

    http://umihariani.blogspot.my/2013/03/ho-chi-minh-city-final-part.html?m=0

    Yg ni linknya KK..sbb ada snap gambar kat dlm entry tu utk rujukan.

    ReplyDelete
  7. Salam. Baru balik HCM hari ni.Restoran Hj Osman juga ok...harga lebih kurang Halal Amin. Spring roll basah sedap,portion banyak.Sentiasa ada kuih spt bingka ubi dan karipap. Sama deret dengan kedai2 halal yg lain

    ReplyDelete
  8. Hai kak. Saya baru balik hcm. Pernah baca ur blog tp since pernah pergi last 2 years and kg melayu foods sedap so my sister nak g situ jugak. Alhamdulillah service bagus and food sedap. Set for 4 plus 2 a la carte cost me about rm75 berbaloi sangat. 6 org makan puas hati.
    Maybe sbb banyak komplen so diorg up kan service and bg 15% disc lagik.

    ReplyDelete