Friday, October 30, 2015

CAMBVIET – DAY 7: MEKONG RIVER TOUR (PT II)

Selesai lunch, Kak Kiah nak pi solat. Sini memang takde tempat untuk solat jadi kena la pandai2 cari. Lepas usha sana sini, tawaf berapa kali restoran ni, akhirnya jumpa satu port yang agak terlindung dari pandangan ramai di kawasan pokok yang banyak dipasang hammock. Tapi sebelah tu ada sangkar buaya. Haha buaya pun buaya lah noks jangan ngap ahkak sudah.

Lepas solat pi cari Koh yang tengah merayau2. Kat sini ada banyak gak aktiviti untuk boleh dibuat sementara menunggu untuk ke destinasi seterusnya.

Kalau suka binatang, boleh tengok dan bagi makan buaya. FYI, buaya sini orang bela untuk makan. Macam yang uols sedia maklum kan orang2 Vietnam ni yang pelik2 je diorang makan. Kucing anjing pun makan, apetah lagi buaya. Tapi buaya ni kira exotic delicacies la n mahal harganya.

Kalau engkau ngap, aku ngep
Di tengah2 restoran ni ada kolam kecik dan jembatan di tengahnya yang dikenali sebagai “Monkey Bridge”. Boleh la layan cross jembatan tu. Kak Kiah takde la cross sebab tak konfiden dengan tapak kasut yang haus. Koh je yang cross. Kak Kiah jadi tukang snap picca.

Monkey Bridge merentasi kolam
Ahkak tak brani noks! Licin tapak kasut rasa
Koh sedang crossing

Peace! Amoi sorang ni memang berani
Yang ni betul2 monkey
Kalau rasa nak lelap mata kejap, boleh jugak berbaringan di hammock. Redup je. Tambah pulak dibuai angin bertiup dari Sungai Mekong. Memang layan.

Marilah bermalas-malasan

Ahkak tido dulu uols!
Selain tu boleh jugak berbasikal atau fishing di kolam tadi. Tapi kami tak sempat pun sebab jam dah pukul 1.30pm and kami kena get redi di jeti untuk ke destinasi seterusnya.

Pose sementara nak tunggu sume orang datang ke jeti

Inilah dia Mekong River ye adik2 semua
Kami dibawak naik bot untuk ke satu lagi pulau tempat membuat madu lebah.


Lebah dan madu

Slim menunjukkan bagaimana madu terkumpul
Kat sini kami diberi penerangan tentang pembuatan madu lebah dan diberi hidangan teh yang dicampur madu. Kena pulak masa ni tekak memang tengah perit sebab batuk dan selsema. Memang nyaman gila dapat minum teh madu.

Koh dengan penuh berani bertentang mata dengan sekumpulan lebah

Pekena teh bercampur madu memang enak
And macam biasa lah kalo dah join tour2 camni harus la ada acara pujuk-memujuk pelancong untuk beli madu2 tu kan. Kak Kiah & Koh buat tak port je sebab dah faham sangat. Mahal pulak tu harga sampai USD10. Madu kat Msia pun hade. RM2 je sebotol huhu. Tengok je la pelancong2 lain yang teruja membeli bee pollen dan royal jelly tu.  

Bee Pollen - elok untuk kesihatan
Tapi yang best kat sini ada acara berposing sambil memegang ular. Wahh!! Memula tu rasa nak pitam tengok ular dia kemain beso. Tapi bila sume orang pakat bergambo, rasa macam rugi pulak. Bila lagi nak dapat peluang bergambo dengan ular kan?

So dengan kecut perut Kak Kiah tabahkan diri.

Tadaaa!! Akhirnya berjaya memegang ular pertama kali dalam hidup KK
Masa ular tu diletakkan atas bahu, fuhh rasa nak longgar lutut terus. Terasa la berdenyut2 ular tu melingkar2 atas kita. Tapi muka maintain cool. Dalam hati rasa macam nak campak je ular tu ke tepi haha..

Koh dan ular. Kemain risau bila kepala ular tu gerak ke badan Koh.
Next kami dibawak ke destinasi seterusnya iaitu bersampan di Mekong River, yang merupakan highlight of the trip. Orang kata kalo mai HCM tak cuba naik sampan kat sini kira tak sah la.

Kat sini kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecik dan disuruh naik sampan kecik untuk menyusuri satu anak sungai ni.

Pilih2 nak naik sampan yang mana satu

KK, Koh & pakcik pendayung sampan
Teruja benor kau Kiah

Kampung Pinang Sebatang eh sana daaa...
Sebagai pemancing udang tegar satu masa dulu, rasa macam rindu pulak nak bersampan macam ni. Yang unik tu bila tengok sampan2 ni sume dicat dengan cantik. Pendayung2 sampan ni pulak ada yang makcik2 berpakaian tradisi warna-warni so agak meriah la. Bila tengok diorang ramai2 pakai topi Pendekar Mustar tu rasa macam comel sangat.

Amboi acik rilek nampak
Sungai kecik so kena hati2 supaya tak berlanggar dengan sampan lain

Redup je

Himpunan pokok nipah

Buah nipah

Cak!

Daun2 pokok ibarat atap kepada laluan sungai ni

Sorang je cik? Seksi baju

Gigih mendayung untuk mencari rejeki

Dayung dayung sampan.. sampai ke muaraa..

Harus selfie walopun nak demam

Traffic jam

Kami dibawa ke satu tempat ni untuk makan buah2 pulak dan dihiburkan dengan nyanyian lagu tempatan.

Hidangan buah2an tempatan

Sambil makan kami dihiburkan oleh grup ni
Kak Kiah bukan kaki buah sangat so banyak layan nyanyian je. Boleh tahan la entertaining jugak walau tak faham sepatah haram apa benda. Anyway, kalo dengar betul2 ciki2 Vietnam ni suara diorang mostly halus2. Lebih kurang Thailand tapi lebih high pitch. Tapi kalo nak banding lawa, lawa lagi ciki2 Thailand. Ciki Vietnam ni agak kebukitan sikit dan berkulit lebih gelap.

Nah akak blanje sikit kat uols..



Slim mencuba bakat

Ciki Vietnam lagi sorang

Persembahan penutup. Boleh bagi donation jika sudi.
Kat sini boleh jugak kalo nak membeli2. Agak murah rasanya kalo nak dibandingkan yang dekat Ben Tanh Market. Kak Kiah tak beli la sebab takut lewat pulak sampai ke jeti.

Barangan yang boleh dibeli kat sini. Beg yang petak2 tu cuma RM8 kalo tak silap. Kemas buatannya.. sedang elok isi telekung bawak ke mesejid.

Baju2 Vietnam memang cantik2 dan comel2
Lain2 yang dijual di sini

KK & Slim. Cis!! Berani sungguh meletakkan tangan atas bahu beta!
Lepas tu kami naik bot semula untuk balik ke jeti My Tho.

Cuaca yang berjerebu

Bot2 nelayan beraneka kaler
Kembali ke jeti. Hen Gap Lai!!
Dalam perjalanan balik, kami singgah pulak kat Vinh Trang temple. Kak Kiah tak sure apa significantnya temple ni tapi kat sini ada satu statue Buddha besar gile wa cakap lu.

Ni dia Happy Buddha
Vinh Trang temple

Ada juga Buddha tido kat sini

View dari dalam
Besar gila kan?

Cemana la diorang mengukir ni
Bunga lotus - simbol agama Buddha

Kolam di temple

Pintu gerbang yang unik
Dihias dengan pecahan jubin

Gigih akak menelek cemana diorang buat ni
Dalam kul 4pm akhirnya kami naik bas untuk kembali ke HCM. Dalam bas sume pakat membuta. Kak Kiah ni walopun dok sakan batuk cuba juga lelapkan mata.

Overall, penat tu memang penat sebab seharian berjalan. Tapi ok la puas ati jugak dengan tour ni sebab banyak aktiviti yang kami buat dan tempat yang kami pegi. Dari segi culture rasanya tak jauh pun kehidupan kampung kat Mekong River ni dengan kampung2 kat Msia. Kalau orang biasa dok kampung maybe rasa takde apa yang menarik kot tour ni. Kalau orang bandar macam Kak Kiah yang berasal dari Seoul ni (haha) mungkin rasa lebih enjoy kot.

Hampir pukul 6 baru kami sampai di bandar HCM. Next acara ialah mengusha Chrismas Eve di Ho Chi Minh! (tetap gigih nak merayap walopun dah di ambang demam)

*bersambung

6 comments:

  1. Seronok kan naik sampan...hehehe...SA balik dari naik sampan ni terus demam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disampuk momok Sungai Mekong barangkali? Haha. Tapi memang seronok walopun kejap je.

      Delete
  2. bawah monkey bridge tu ada buaya ke kak?
    wah..berani ye slim tu bergambar cam tu..tengok di bf kak marah nanti, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh takde. buaya tu dok dalam cage dia.
      noks, bf KK pun tatau mana tah skrg ahaha.. statusku masih dalam kesamaran gitew..

      Delete
  3. Wah..berani KK pegang ular ! Saya tengok pun seram..apatah lagi nak pegang. Makcik pendayung sampan baju oren macam kenal aje...hihi. Enjoy naik sampan... tapi kesian juga tgk pendayung yang tua2 kena bawak penumpang yg category big size.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tu je lah kiranya kenangan manis KK kat HCM, berjaya pegang ular!
      makcik baju oren tu pendayung uols kah? dia je yang rupa cam muda dan ok sikit kan. yang lain tu banyak makcik2 dah tua.
      ya, mmg kesian tengok diorang bersusah2 mendayung nak cari rezeki. dapat yang big size pun kenalah redho.

      Delete