Wednesday, October 28, 2015

CAMBVIET – DAY 6: CHU CHI TUNNEL

Dari Lele Hotel kami menuju ke area Ben Tanh Market sebab kat sana orang kata banyak kedai2 makan halal.

Dalam 15 minit jalan, kami pun sampai di kawasan luar Ben Tanh Market. Memang banyak rupanya kedai2 makan halal kat sini. Pastu banyak la pulak kedai yang tulis dalam Bahasa Melayu. Peniaga2 yang tepi jalan tu pun sibuk panggil kami dalam BM datang masuk kedai beli barang diorang. FYI, kat sini boleh beli barang pakai RM je. Nampak sangat la ramai acik2 Msia datang bersoping kat HCM ni kan.

Kedai2 yang beriya2 untuk menarik pelancong dari Msia
Kami sebenarnya tatau nak makan kat mana. Tapi sebab panas and kami nak makan kat tempat beraircond, kami singgah satu restoran ni nama Restoran Salima. Lokasinya sama building dengan Hotel An Tam.

Restoran Salima di bawah Hotel An Tam

Bukak sampai 11pm
Hotel An Tam ni memang femes di kalangan Msian. Kak Kiah tak ingat naper kami tak dok sini. Rasanya sebab dah full kot. Tapi kalo dari segi lokasi hotel ni memang dekat giler ngan Ben Tanh Market tu so convenient untuk mereka yang kaki soping.

Ruang dalam restoran

Banyak hiasan ayat suci al-Quran

Koh sedang mengonline dengan wifi slow
Kak Kiah order nasik goreng je. 


Koh order apa tah tapi dia kata food dia tak sedap. Nasik goreng tu tak la sedap mana tapi boleh la, Kak Kiah balun je maybe sebab dah lapar.

Tapi yang bengang tu punyalah mahal makan kat sini. Total sume skali ialah 250,000 dong (USD11.50)! Pergh.. Sorang makan je dah RM20? Memang gila bapak mahal. Makanan biasa2 je, wifi pun selow nak mampus..

Lepas makan kami nak ke Chu Chi Tunnel. Actually boleh je kalo kami nak ikut tour half day yang disediakan oleh Lele Hotel, tapi harganya ialah 100,000 dong (RM16/USD4) tak include harga tiket masuk Chu Chi Tunnel. Agak mahal la. So kami decide nak gi sendiri bagi menjimatkan uang dan feeling2 adventurous.

Huh adventurous la sangat.. Ntah mana2 kami sesat pastu.

Information dalam wikitravel tu cakap, “If you're making the trip independently, hop on bus 13. It leaves from the BẾN CV 23/9 bus station (between Lê Lai and Nguyên Thi Nghia near to KFC restaurant, western end) and you can catch it along Cach Mang thang Tam. Just look for the bus stop signs with Route 13. The last stop on the route is Cu Chi. Bus fare is 7,000 VND, and the ride is about 1.5 hours.” 

So kena cari BEN CV 23/9 bus station la kan? Sebab bongok tak reti baca map, kami pegi ke bus station yang depan Ben Tanh Market tu dulu. Usha punya usha nampak la signboard ni ada tulis Cong Vien 23/9. Ha dah betul la tu kot kan. Tapi takde la pulak nampak bas no 13 nye. So kami tanya2 orang. Diorang suh kami tunggu kat satu platform ni. Sambil tu usha2 sekeliling, takde pulak nampak KFC nya. Dalam hati pikir agaknya terlindung kot.

Nampak Cong Vien 23/9 tu?
Akhirnya satu bas ni sampai. Bukan no 13 and Kak Kiah tak ingat bas ni no berapa. Tapi sebab orang suh naik, maka kami pun naik. Bayar tambang 5000 dong.

Mata dok perati kiri kanan. Hati dah mula rasa tak sedap sebab bas tu ada cross sungai tetiba padahal dalam peta takde pun cross2 sungai. Dah la masa tu cuma refer peta kat ipad yang tak jelas bila zoom tu kan. So tanya la ada budak2 ni yang dok sebelah kami dalam bas tu. Diorang kata kami naik bas salah. Lah sudah.. rupanya bas ni nak gi mana tah, tapi luar bandar la belah2 selatan. Bahana cakap ayam itik nih.

Cepat2 kami turun. Diorang suruh kami cross jalan and amek mana2 bas untuk patah balik ke Ben Tanh. Tak lama kami kat tepi jalan tu, bas sampai. Naik and bayar lagi 5000 dong. Dalam 10 minit akhirnya sampai kat stesen bas Ben Tanh tadi.

Refer balik direction dari Wikitravel. Kali ni baca betul2 dengan tenang. Ada tulis between Le Lai dan Nguyen Thi Nghia. Dan ada KFC. Maknanya bukan yang depan Ben Tanh Market tu. So kami pun jalan la sepanjang Le Lai tu nak cari mana stesen BEN CV 23/9. Jalan punya jalan siap melintas depan Lele Hotel lagi, rupanya stesen bas ni hujung jalan Le Lai tu. Memang dekat je dengan hotel kami. Kat situ ada satu stesen bas.

Ni le bus station BEN CV 23/9. Bukan yang depan Ben Tanh Market tu.
Tatau la kenapa stesen bas ni takde dalam mana2 peta HCM yang kami refer. Bongok kan nyusahkan orang je. Dah la bila tengok map takde pun nama Nguyen Thi Ngia. Dalam map kami tulisnya Nguyen Trai. Kan beza cara nak nyebut tu? Memang patut la kami kompius kan?

Kami amek bas no 13 dan bayar 7,000 dong untuk ke pekan Chu Chi. Tengok jam dah nak kul 2pm. Risau jugak samada sempat ke tak sampai Chu Chi Tunnel ni sebelum kul 5pm sebab perjalanan nak ke pekan Chu Chi tu je dah sejam setengah. Dari situ kena naik lagi bas lain untuk ke Chu Chi tunnel.

Pukul 3.30pm kami sampai kat pekan Chu Chi. Dari sini kami amek bas no 70 untuk ke tunnel pulak. Bayar 6,000 dong dan perjalanan amek masa dalam setengah jam. Sebab tak sure nak benti mana, kami bagitau bus driver untuk stop kan kami kat jalan masuk ke Chu Chi tunnel.

Bas untuk ke Chu Chi Tunnel
Dalam hati dok la berdebar2. Takut terlajak ke mana2. Kalo sesat kang silap2 tak sempat masuk Chu Chi Tunnel yang tutup kul 5pm. Dah la dalam bas tu sume dok pandang2. Pastu gelak2. Pelik tengok kitorang ni dah petang2 baru nak ke sini kot.

Akhirnya sampai jugak kat simpang jalan masuk ke Chu Chi tunnel. Dari situ cepat2 kami berjalan masuk ke dalam. Tengok jam dah kul 4pm. Fuh apa je yang boleh ditengok ni? Tapi dah datang jauh2 ni takkan nak balik gitu je kan?

Pintu gerbang. Kena masuk lagi jauh ke dalam untuk ke Chu Chi Tunnel.
So berlari la kami untuk masuk ke dalam dan beli tiket masuk 90,000 dong. pastu lari lagi dalam 15 minit baru la sampai kat Ben Duoc tunnel.

Papan tanda arah

Beli tiket sini

Tu diaa.. jauh lagi ke dalam. Dah la kawasan hutan, lengang pulak takde orang.

Mengah ahkak! Akhirnya berjaya sampai..
FYI, Chu Chi tunnel ni terletak dalam kem tentera di pekan Chu Chi dan menjadi tempat persembunyian dan untuk hantar bekalan makanan serta ubat2an untuk tentera2 Viet Kong masa perang Vietnam dengan US tahun 1968-1972 dulu. Kira tunnel system ni la antara main reason kenapa US susah nak kalahkan Vietnam masa tu. 

Masa kami sampai di Ben Duoc Tunnel takde sapa pun kat situ. Tengok jam dah pun kul 4.20pm. Tak masuk rugi. Nak masuk takleh lelama sebab last bus ke pekan Chu Chi adalah kul 5.15pm. Tengah kami tercangak2, nasib baik la ada satu family Vietnam ni baru sampai. So kami pun tanpa berlengah2 follow diorang untuk tunnel tour ni. Tapi disebabkan kami cuma ada 15 minit je dalam ni, kami kena separate. Kami dibawak masuk oleh guide yang boleh cakap English, yang family tadi ikut guide lain.

Rules yang perlu dipatuhi sepanjang lawatan

Staff2 yang allocate guide untuk pelawat
Our guide. Boleh cakap melayu sikit2.
Dalam 15 minit tour ni kemain laju lagi kami berjalan. Guide tu pun kemain rushing explain. Kami dibawak untuk melihat cara diorang pasang trap, keadaan dalam tunnel, command centre, klinik dan berkesempatan untuk melalui tunnel yang sempit dan gelap tu. Tapi sebab kelam kabut nak cepat, gambar yang diambek blur dan caca marba belaka. Anyway Kak Kiah share jugak la ye mana yang ada.

Pakaian tentera wanita Viet Cong
Contoh trap
Abang guide mambawa kami masuk ke dalam tunnel

Mesyuarat sedang berlangsung di Command Centre
Memasuki tunnel yang sempit

Ruang dalam tunnel. Ada yang berlampu, ada yang tak. Ada yang panjang, ada yang pendek.
Me & Koh di salah satu pintu masuk tunnel
Bilik sakit
Rupa paras dari atas
Masuk lubang persembunyian
Dok bawah tu memang jelas bunyi kat atas

Tu dia terkial2 Kak Kiah nak keluar haha

Sebelum balik sempat pekena ubi rebus cecah gula dan kacang tanah tumbuk, makanan tentera2 Viet Kong ni masa kat sini. Masa ni ada satu grup guys dari Spore. Sempat jugak la borak2 kejap ngan diorang. Diorang ni lebih kurang cam kitorang gak.. sampai lewat and masa limited untuk tour puas2 dalam Chu Chi tunnel ni.

Pekena ubi rebus dengan kengkawan baru dr Spore

Ubi rebus cecah kacang tumbuk dan gula.. nyum nyumm..

Berposing seketika di salah satu pintu masuk tunnel

Air sungai dipam masuk dalam buluh. Yang tengah basuh tangan tu bebudak Spore.

Pintu masuk tunnel untuk ruang makan
Dalam sini ada jugak kedai2 souvenirs untuk pengunjung. Kalo ada yang berminat untuk menembak bole try shooting range dia. Kami tak sempat la singgah sebab dah rushing nak balik pulak. Naya kalo tertinggal last bus karang. Dah la jauh nak menapak sampai ke bus stop tu.

Ruang pameran

Ada banyak info sini kalo nak tau lebih lanjut tentang perang US-Vietnam

Souvenirs pun ada yang berbentuk military related

Crystal patung2 askar

Tetiba ada pulak gelang, skarf dan sepit rambut pompuan.. aik.. apa kaitan nih..
Bole try menembak. Sebiji peluru cuma 20,000 dong (RM3)
Melalui War Memorial Park sebelom keluar. Tak sempat singgah.

Last pose seblom keluar
Kami akhirnya berjaya sampai ke bus stop tepat kul 5pm. Fuh lega sangat. Berpeluh2 masa tu toksah habaq laa.. memang busuk kepam abis ketiak. Tapi ok la hepi jugak sebab berjaya sampai sini tanpa guna tour agency. Jimat pun jimat sebab total kos just 36,000 dong (USD1.50). Kalo tak salah naik bas tadi cuma 26,000 dong je (USD1). Cuma tu la sebab naik bas tak memasal kami lost 1 hr. Kalo tak rasanya cun2 la timing kami.

Anyway, if uols nak mai sini sendiri better gi awal sket. Maybe kul 11am dah boleh bertolak dari Ho Chi Minh. Jadi dapat jugak la tengok area2 dalam Ben Duoc ni selain Chu Chi Tunnel macam Memorial Temple. Kalo rasa leceh nak naik bas turun bas, leh je ikut tour agency. Tapi bosan la kan.. tak mencabar kekeke...

Bebudak Sporean tadi pun ada skali saing ngan kami naik bas. So ada la geng nak berborak. Ok la theyols tu tak sombong. Diorang ni memang cover Vietnam je. Lepas ni akan ke Hanoi.

Kami benti kat pekan Chu Chi untuk naik bas no 13 balik semula ke HCM. Dalam bas Kak Kiah terus tido tak sedar diri. Capek!!

Bas dari Chu Chi ke Ho Chi Minh
*bersambung

12 comments:

  1. Yup..mmg kureng sedap makan kat An Tam...mahal pulok tu. Tapi x sedap pun kita orang belasah sampai abis sebab mahal bayor...hehe. KK masuk tunnel tu sampai penghujung ker? Actually tunnel to dah dibesarkan, kalau tak... mat salleh masuk confirm tersekat. Ubi rebus tu kalau cicah ngan sambal tumis ikan bilis...sure terangkat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal kalo sedap takpe.. kalo tak sedap tu yang rasa macam nak baling je pinggan huhu..
      KK buat tour tu x sampai pun setengah jam, so ada takde la masuk sume tunnel. Just yang short distance je.
      Buat hal kalo tentera Viet Kong nak menumis sambal tengah2 hutan hahaha..

      Delete
  2. hahaha. bestnyaa baca. saya pun nak p hcm 1-5nov ni.. tgh survey2 gak pi chuchi tunnel ni.. tq many many kak kiah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dah nak pegi ke.. Tak sure sempat abis ke tak update blog ni sampai abis before Mia pegi. But Chu Chi tu memang worth pegi kalo minat sejarah.

      Delete
  3. happy sgt cik kiah dah hari hari update blog!! kip up the good work!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha TQ sudi baca. Ni pun tak sure akan terhenti balik ke tak ni sebab esok lusa KK akan start bz balik huhuhu..

      Delete
  4. Sedih pulak mengenang kami p HCM haritu tp amik tour mahal pulak. Mekong tour usd24. Bila baca post akak ni baru terasa kena tipu. Tour ni kami book dgn seorang org viet tu approach kami masa 1st day, dia pandai ckp bm sbb pernah kerja kt sini sobsobs sedihnya kena tipu. Huwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ye ke.. mahalnya USD24. tapi nnt tengok dulu KK pegi mana untuk Mekong tour tu. kot la korang ada pegi tempat yang kami tak pegi ke..

      Delete
    2. da tengok da Mekong tour KK. lg best dr yg kami p. huwaaa xtau nk redha ke x redha ni kena tipu (pdhal benda da lps)

      Delete
    3. Aiseh siannya.. takpelah dah jadi nak buat guane. Kena redho jugak. KK ni mujur ada tour agent kat Lele Hotel tu je. Kalo tak ntah2 senasib kita sebab KK mmg tak tau brp kos tour ni actually seblom booking. Main gamble je masa tu.

      Delete
  5. Replies
    1. Haha kalo jalan dengan KK mmg camni noks.. Mesti ada adegan sesat, salah naik bas, salah naik ketapi. Kalo tak memang tak sah huhu..

      Delete