Friday, October 23, 2015

CAMBVIET – DAY 4: NIGHT MARKET

Lepas setel pembayaran tuk2 untuk trip ke Killing Fields, Russian Market & Tuol Sleng tadi, driver tuk2 pun dropkan kami kat Night Market. Lokasi Night Market ni adalah di antara Street 106 dan Street 108, 15 mins walking distance dari Angkor Mithona Guesthouse. Waktu operasi cuma Jumaat-Ahad dari petang sampai malam.

Pintu gerbang Night Market
Konsep Night Market ni sama je macam pasar malam. Ada jual baju-bajan, makanan, sayur dsb. Lebih target untuk locals la so tak banyak souvenirs leh jumpa kat sini. Baju2 dia pun biasa je, style banyak macam kat pasar malam kita. So kalo uols nak bersoping2 di sini lupakan saja la sebab takde apa sangat.

Gerai2 dalam Night Market

Banyak locals je kat sini

Baju-bajan ada tapi style biasa2 je
Tapiiii... ha yang penting sini ada stall jual makanan halal! Dan murah! Hahahaha suka suka.. maka tengah kebulur sangat kan time ni..

Stall jual Halal food. Yang paling femes Pad Thai, ramai orang beli ni.

Nyum2 lapau nyee..
Yang menarik lagi satu kat sini, konsep makan adalah duduk atas tikar beramai2. Unik bukan? Rasa macam tengah berpiknik pulak.

Makan atas tikar
Kat atas tikar ni ada la bakul kecik isi sos cili, jeruk lada dan pepper. Ada tisu sekali. Bila dah beli makanan dan air, pilih la port mana nak duduk. Memang seronok bila duduk bersila makan ramai2 camtu. So relaxing sebab boleh lunjur2 kaki. Nak baring pun boleh kalo muka tak malu la huhu..

Our dinner. Koh makan bubur je. Minah ni memang tak kuat makan.

Kuey Teow KK. Sama cam Msia punya tapi ada tabur kacang atas. Ok la sedap.
Selain kuey teow, Kak Kiah tak lepaskan peluang beli air tebu yang dikatakan sedap kat Night Market ni. Harga secawan USD0.50. Tapi memang sedap pun uols.. Ada letak limau sikit. Maaf gambar takde sebab air tu sedap sangat jadi terus lupa nak snap picca.

Seronok tengok keluarga makan ramai2 camni. Kat Segamat patut buat satu macam ni.
Santai uols

Setel makan kami pun jalan kaki untuk balik ke guesthouse tapi susur riverside along Sisowath Quay. Saja nak cuci mata sebab time weekend2 cam ni ramai orang amek angin kat sini so memang meriah la. Ada yang datang dengan keluarga. Ada yang berpacaran. Ada yang naik beskal. Tepi sungai kan so memang nyaman je.

View di tepi sungai

Orang ramai bersiar2

Nak senam robik pun boley
Masa nak cari lorong ke Angkor Mithona tu boleh pulak sesat jap. Sebab memang kompius sangat nama jalan kat Phnom Penh. Ntah lorong mana kami masuk tah tetibe jumpa lorong sunyi je. Cuak jugak dibuatnya. Refer pulak map kat ipad je. Nak tengok masuk lorong mana pun blur.

Nasib baik la dari kejauhan akhirnya nampak signboard Angkor Mithona. Balik bilik Koh terus mandi. Tapi Kak Kiah ni dengan tak tukar baju, tak mandi terus tido pensan. Penat giler. Haha dah la tadi pegi tempat2 bekas orang mati kena bunuh. Nasib la tak kena rasuk.

Tapi dalam kul 2 pagi Kak Kiah dah terjaga. Terus la mandi n solat. Masa tu memang macam2 bunyik keluar. Sebab kami kat level atas skali, angin tiup kuat sampai bergegar2 kaca tingkap. Sabar je la. Tengok Koh aman2 je tido. Kak Kiah jugak yang terkebil2 sampai ke pagi..

*bersambung

2 comments:

  1. Akak ni da marathon update camb-viet ni hahahah tp takpe ailaik! 1 day mmg nk backpacking camb-viet. Angkor mithona tu seram lerr tabah sgt akak stay situ >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dah alang2 backpack cambviet ni include Laos skali. Rasa mcm best gak kot. Tapi kena ada masa la..

      Delete