Sunday, October 25, 2015

CAMBVIET – DAY 5: WAT PHNOM & CENTRAL MARKET

Lepas setel makan, kami menuju ke Wat Phnom pulak. Wat Phnom ni lokasi dia kat atas bukit betul2 tengah bandar Phnom Penh. Dari kedai makan tadi, kami jalan kaki lebih kurang 15 minit menghala ke utara. Pastu nanti dari entrance kena naik tangga ke atas. Kalo nak masuk ke dalam area temple ni kne bayar USD1.

Menuju ke Wat Phnom

Berposing sebentar di kaki bukit
Memula ingat tanak masuk sebab tengok ramai orang datang nak semayang, takut pulak ganggu. Tapi tengok Koh macam interested nak masuk so Kak Kiah pun ok masuk la jugak (masa ni baru teringat yang dia ni agama Buddha so tak kan dia tanak masuk kan).

Wat Phnom ni merupakan temple Buddha yang paling tua kat Phnom Penh ni. Usia dah beratus2 tahun la. Orang2 sini kalo nak pass exam ke nak majukan bisnes ke datang la ke sini pasang hajat. Pastu kalo hajat tercapai diorang akan datang balik and bayar dalam bentuk kalungan bunga jasmin, lotus atau pisang.

Wat Phnom
Dah dibina sejak abad-14

Stupa. Katanya raja2 Khmer dulu2 punya abu mayat ada simpan sini.

Upacara semayang kat belah luar
Kami masuk jugak ke dalam ruang tempat penganut2 agama Buddha ni semayang. Huhu first time ni tau masuk tempat camni. Seumur hidup memang tak pernah jejak kaki ke tokong atau kuil. Pening memula sebab bau lidi semayang tu memang kuat giler. Patung Buddha pun kemain banyak so agak berdebar2 di situ. Tapi pasang niat je la.. kita datang cuma nak tau pasal sejarah, budaya dan agama diorang je kan, takde niat lain.

Dalam Wat Phnom

Patung2 Buddha pelbagai gaya dan rupa

Lagi patung Buddha
Lukisan di dinding

Setiap lukisan ni ada cerita tersendiri, macam kisah2 legenda berkaitan agama Buddha la
Kat keliling temple ni ada jugak gerai2 jual cenderamata. Koh sempat beli poskad kat sini. Kak Kiah cuma cuci2 mata je.

Koh sedang memilih poskad untuk dibeli

Souvenirs yang boleh didapati di sini

Lukisan pun ada

Tengok je.. tak beli pun
View dari atas bukit

Tangga menuju ke Wat Phnom. Yang kiri kanan tu adalah ular kepala 7 atau gelarannya NAGA.
Dah setel lawatan kat sini, kami gerak ke Central Market pulak atau dikenali dengan nama Psah Thmei. Tak jauh gak, dalam 15 minit jalan kaki. Gigih kan kami hari ni langsung tak naik tuk2? Haha jangan tatau masa ni betis dah menangis meraung mintak simpati kekeke..

Entrance Central Market
Central Market ni lokasi kedai2 dalam dia agak teratur la so senang nak cari barang. Ada jual permata, souvenirs, barang2 keperluan harian, bunga2, baju-bajan, buku, kasut, ikan, sayur dan macam2 lagi. pastu harga barangan pun agak murah dan boleh tawar-menawar. So tempat ni dikira tempat wajib la bagi tourist yang nak cari souvenirs. Cuma jangan lupa Central Market ni tutup kul 5pm.

Sebab dah penat sangat membetis seharian, kami pekena air kelapa kat sini yang dikatakan sungguh sedap itu. Fuhh.. memang sedap uols.. Harga cuma 4000 riel.

Air kelapa yang sungguh marbeles

Rajin sungguh depa sagat kulit kelapa ni

Bahagian tengah2 Central Market ada jual jewellery, emas dan permata

Ya kak.. pilih2
Souvenirs Cambodia. Tshirts sini agak sedeh sket designnya.

Koh tengah bz pilih fridge magnet. Harga seketui 2000 riel.

Gubahan bunga cantek2
Kat sini sempat sambar la beli cambodian purse, fridge magnet dan cambodian scarf. Tak beli banyak sebab aritu masa kat Siem Reap dah beli souvenirs kan. Nanti nak ke HCM lagi so kne jimat.

Ikan2 di pasar basah.. ngeri tengok kemain besau..

Ni lagi ngeri

Katak yang sudah disiang. Nak sekilo kak? Masak rendang sedap ni.. huhu.. iyeks..
Balik dari Central Market ingatkan nak singgah Night Market untuk beli dinner. Skali tu aiseh tutup la pulak. Baru la tau rupanya Night Market ni cuma bukak Jumaat sampai Ahad je. Maka kempunan la kami nak merasa Pad Thai kat gerai semalam.

Dah kuciwa tu kami menyusur pulak Sungai Tonle Sap on the way ke Angkor Mithona Guesthouse. Konon nak amek angin petang la. Oh well tak petang mana, dah nak masuk senja dah pun masa tu hehe.. Tapi tetap la nak melepak2 cuci mata.

Feri ni bawak tourist yang nak menyusuri Tonle Sap River

Senja pun berlabuh di Phnom Penh

Semakin gelap
Layan jugak tengok view situ sambil borak2 berdua. Lama jugak kami melepak situ. Bila dah gelap kami menyusur pulak Sisowath Quay sampai depan Royal Palace. Orang bole tahan ramai walopun hari ni Isnin.

Melayan angin malam di Sisowath Quay (nampak tak bendera Msia?)
Pavillion bergemerlapan di waktu malam

King Norodom Sihamoni sempena bday yang ke 58
Sebelum balik guesthouse, singgah 7E sebab nak beli megi dan biskut. Gila lapar tak makan malam lagi. Kat 7E ada air panas so kami bancuh megi siap2 situ. Kat Cambodia ni jangan risau kalo nak beli megi n biskut sebab banyak je yang halal, ada yang diimport dari Msia lagi.

Malam ni Kak Kiah tido awal sebab esok pagi2 kami kena bangun awal. Pukul 4am nanti ada tuk2 akan pickup kami untuk ke syarikat 15SH sebab bas kami akan bertolak ke Ho Chi Minh kul 5am. Nasib baik dapat tido lena sebab penat sangat berjalan seharian tadi. So terselamat daku dari mendengar bunyi2an seram.
Nite2 Phnom Penh!

*bersambung

5 comments:

  1. Abis togel katak tu..boleh pulak kk amik gmbr. tak geli ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula geli jugak. tapi pikirkan ni la makanan yang diorang makan masa zaman pol pot memerintah dan perang Cambodia-Vietnam, jadi tak sampai ati nak kondem. diorang dulu memang susah nak dapat nasik jadi dapat makan ular, katak, cengkerik, belalang tu dah kira syukur la tu.

      Delete
    2. alamak..tetiba sy pon insaf gak.kalau dh darurat..kite ni pon x tau lah nak mkn ape..kot2 bedal semua gak.

      Delete
  2. Gelinya katak itu kak uiii mau melompat2 kalau di sua depan mata. eeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahaha.. first time kan tengok katak lepas disiang kulit? kita nak tengok pun tak tergamak, apetah lagi nak suap masuk dalam mulut..

      Delete