Tuesday, October 27, 2015

CAMBVIET – DAY 6: PHNOM PENH TO HO CHI MINH

Pukul 3 pagi lagi Kak Kiah dah terjaga, tengok Koh tengah bersiap2. Seluruh badan dah start sakit2 dan bisa2. Memang seriously penat giler dah masa ni. Pikir nak tempuh 6 jam lagi naik bas ke Ho Chi Minh, pergh rasa macam nak taubat nasuha dari travel backpack camni.. Tapi kena kuatkan semangat dan teruskan jugak perjalanan. Bila lagi nak dapatkan pengalaman mengembara camni kan? Ayuh, aja aja fighting!

Dalam kul 4 pagi kami pun turun. Semalam Koh dah deal dengan owner guesthouse ni untuk arrangekan tuk2 untuk ke syarikat bas. By the time kami turun, driver tuk2 dah pun sedia menanti. Tambang tuk2 cuma 12,000 riel.

Sampai ke syarikat bas tengok gelap je. Laa tak bukak lagi rupanya. Dah nak kul 4.30am baru la ada staff yang sampai. So kami tunggu la dulu kat luar tu sambil melayan perasaan. Nak borak pun rasa tak larat. Kena pulak tengok keadaan sekeliling yang kotor dengan sampah-sarap. Phnom Penh ni kalo uols nak tau, lebih kotor dari Siem Reap. Maybe sebab bandar kot. Kalo jenis tak tahan bau busuk sampah memang rasa nak muntah la dengan bau udara kat sini.

Koh dan beg2 kami

Tix dari PP ke HCM cuma USD8
Syarikat bas 15SH. Service ok. Bas pun ok.
Bas kami untuk ke Ho Chi Minh
Tak lama pas tu baru la bas dan penumpang2 lain sampai. Tepat kul 6am kami pun bertolak. Dalam bas Koh tak tunggu lama, dalam 10 minit perjalanan dia dah berdengkur hehe.. Kak Kiah pulak lepas lampu dah tutup baru solat Subuh. First time solat atas bas. Nasib baik wuduk amek masa dari guesthouse tadi belum terbatal lagi (tatau kemain seksa nak menahan dari terkentut). Lepas setel solat baru la tido.

Untuk ke Ho Chi Minh kami akan lintas Sungai Mekong di Neak Leoung dengan feri pastu cross ke Vietnam via Moc Bai.

Kak Kiah sedar2 je kami dah dok atas feri. Ingatkan nak turun la kejap snap2 picca. Sekali tu kejap je rupanya dok atas feri tu. Dalam 10 minit kami dah menyeberang Sungai Mekong dan sampai di Neak Leoung.

Menyeberang Mekong River atas feri

Jambatan apa tah.. nampak dari kejauhan je

Pekan Neak Leoung
Dalam 10 min pastu kami singgah sat kat satu stesen minyak ni. Memandangkan Kak Kiah ni dah nak terkencing beno, kemain laju berlari turun menuju ke toilet. Takde toleh kiri kanan dah. Dah dalam toilet skali terdengar bunyi suara orang jantan kat luar. Kaku kejap Kak Kiah tak berani nak keluar. Bila rasa dah sunyi balik baru Kak Kiah keluar. Hehe rupanya Kak Kiah salah masuk toilet. Toilet jantan rupanya! Akak malu noks! Akak malu! *sorok muka balik tudung

Kat sini kami diberikan bekfes, include harga tiket tambang bas skali. Tatau la apa dalam tu. Kami tak makan pun sebab tak sure halal ke tak. Masa nak naik bas tengok ada 2 orang budak kecik datang mintak sedekah kat penumpang2 bas. Sian lak tengok. Terus bagi pack makanan kami tu kat budak2 tu. Suka betul diorang, bersungguh2 makan masa tu jugak.. hmm memang dah lapar sangat la kot agaknya tu.

2 budak pengemis di tepi bas kami
Bas meneruskan perjalanan ke Moc Bai. Sepanjang2 tu Kak Kiah tak tido pun. Sambil makan biskut dok layan view je.

View di waktu pagi


Cantik
Banyak kampung dan sungai je kiri kanan jalan

Sampai di pekan Svay Rieng


Perkampungan

Rumah2 mostly bertiang tinggi

Sekolah
Dalam 7.30am kami pun sampai di Moc Bai yang merupakan sempadan nak cross ke Vietnam dari Phnom Penh. Kat sini ada anjing pengesan yang akan datang kat bas kami untuk detect kalo ada barangan terlarang atas bas. Kami tak perlu turun bas pun.


Pengawal datang untuk periksa bas
Bapak la bagak anjing ni

Meninggalkan Cambodia
Bye2 Cambodia!
Welcome to Vietnam!
Turun untuk cop passport kat sini
Lepas tu kami benti kat Imigresen untuk check dan cop passport. Mula2 tercangak jugak sebab tatau nak buat cemana. Jadi follow je la langkah orang ramai masuk ke dalam bangunan untuk cop passport. Nasib baik masa ni pagi lagi and takde ramai orang masa tu. Jadi tak la kelam kabut sangat. Cuma risau tang beg kami je sebab beg tadi letak kat ruang bawah bas. And masa turun kami tak bawak beg tu skali. Risau takut ada orang letak drug ke apa kan sebab memang ada kes orang seludup drug melalui luggage tourist yang naik bas. Jadi masa beratur untuk cop passport tu mata meliar je tengok beg2 kami dibawak masuk untuk scan.

Selesai urusan passport terus pikap beg. Syukur takde apa2 masalah.

Kak Kiah antara yang awal2 setel urusan so tunggu la kat luar bangunan sementara nak tunggu bas dan penumpang2 lain sampai. Tapi bila nak naik bas, ada la pulak orang mintak duit USD2 sebab tadi tolong bawak beg kami dari bas masuk ke pejabat imigresen. Eh eh.. ape hal pulak ni. Memula Kak Kiah tanak bayar sebab sapa suruh kan dia angkat beg tu. Dah la bawak beg tu bukan jauh mana pun. Tapi Koh cakap bayar je sebab agaknya risau tengok muka mamat tu macam nak pukul orang. Dia mintak diskaun. Last2 mamat tu mintak USD1 je. Bayar je la malas nak banyak cerita.

So untuk uols yang akan melalui Moc Bai ni make sure kalo boleh bawak luggage sendiri tu skali masuk masa check passport. Untuk jimat duit dari kena con satu hal, tapi yang penting bab keselamatan tu la.. Datang negara orang yang rata2 strunggle untuk cari duit ni, kita kena akui chance untuk diorang pergunakan pelancong smuggle barang2 larangan memang tinggi. So just be careful yek.

Keluar je dari Moc Bai dah bertukar dah scenery. Kalo tadi nampak macam pekan2 kecik yang buruk dan kotor, sekarang kami melalui kampung2 yang penuh sawah padi pulak. Ye la dah masuk Vietnam kan.

Melalui sawah padi nan menghijau

Aman damai
Tapi aman mata je la. Telinga sakit. Rupanya kat sini apa jadah tah pemandu2 dia suka hon. Asal berselisih dengan kenderaan lain hon. Asal ada orang kaki tepi jalan hon. Asal ada orang melintas hon. Kira dalam seminit pun 2-3 kali pemandu bas ni akan bunyikan hon. Panas je hati. Maka Kak Kiah pulak masa tu baru la feeling2 nak lelap mata. Memang payah nak tido. Baru terlelap terus tersador dek bunyik hon jahanam tu.

Memasuki kawasan pinggir bandar

Dah mula nampak motor2
Dalam kul 10am kami pun sampai di Ho Chi Minh.

Macam kat Phnom Penh aritu, bas berhenti kat syarikat bas jugak. Tah mana2 tah la kedudukannya dalam peta sebab bukan typical bus station. So again, kami tercangak2 lagi sebab tak sure nak naik apa untuk ke hotel yang Koh dah book.

Tanya2 orang, diorang suh kami jalan sikit ke depan untuk naik taxi. Takde nya jalan sikit. Jauh la jugak sampai nak terputus urat bahu memikul anak tenuk kat belakang. Pastu keta dan motor memang banyak giler. Sume pakat tekan2 hon bingit sangat rasa macam nak lempar je anak tenuk Kak Kiah ni atas keta or motor diorang. Memang serabut sangat kepala mendengarnya.

Setengah jam jugak la kami dok tanya orang, cross jalan, menapak lagi sampai la akhirnya baru dapat teksi. Harga untuk ke hotel kami ialah 80,000 dong. Masa ni sebab baru bertukar currency jadi agak blur tatau nak convert dong ke USD cemana so tak sure 80,000 dong tu mahal ke tak. Tapi sebab dah penat punya pasal, kami naik je teksi tu. Malas nak berkira2 lagi.
*Anyway 80,000 dong = USD3.65. Perjalanan 20 minit untuk ke hotel so ok lah kan kot tambang tu.

Dalam teksi dan hiruk-pikuk bandar Ho Chi Minh
Di Ho Chi Minh ni kami stay di Lele Hotel. Macam accommodation sebelum2 ni, yang ni pun Koh yang buat booking. Harga ialah USD28 per night incl breakfast. Kami booking untuk 2 malam.

Lele Hotel di Pham Ngu Lao Street

Koh sedang berurusan di front office Lele Hotel
Tapi since kami sampai awal dan takleh check in dulu, kami simpan luggage je kat sini. Lepas tu kami menapak menuju ke area Ben Tanh Market sebab nak sapdek. Lapar gila dah masa ni. Plan kami hari ni pun cuma nak ke Chu Chi Tunnel and kami rasa sempat kot kalo gerak ke sana dalam tengahari nanti.

Moh cari makan dulu!

*bersambung

6 comments:

  1. Org Vietnam mmg suka hon, maklumlah banyak motor daripada kereta. KK stayed kat District 1 ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK tableh tahan bunyik hon tu. Bingit giler. Hotel mmg kat District 1 tapi 15 min jalan kaki ke Ben Tanh Market, so kira jauh sikit.

      Delete
  2. Amboi Kak Kiah. Agak2 la tak tahan nak gi toilet tue, sampai terlajak masuk toilet lelaki. Hehehe.

    Btw Kak Kiah, mmg penat travel gini, tapi bertabahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahaha.. nasib baik masa masuk tu takde orang kat dalam. Lagipun toilet tu tak berlampu, tu yang main terjah je.
      Penat tu memang penat.. tapi memang banyak kenangan dan pengalaman kan..

      Delete
  3. jakun kejap sbb tgok diorang ni megah ngan motor..hon sana sini...hiuuu semak tinge dngar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Vietnam ni diorang tak mampu nak beli keta sebab mahal sangat, jadi motor je la yang diorang mampu ada. sebab tu sume pakat merempit beramai2. KK ok je dengan motor banyak2 tu. Yang tak ok tang hon tu. Memang sakit jiwa dibuatnya.

      Delete