Monday, October 19, 2015

CAMBVIET – DAY 3: CAMBODIAN CULTURAL VILLAGE (Pt I)


*tekan punat vacuum cleaner

VROOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMMMMMMM!!!

Gigih kan Kak Kiah memvakum sawang di blog?

Hehee.. sori lah uols. lama Kak Kiah tak update sampai bersawang berabuk dibuatnya. Tau lah Kak Kiah ni kan drama queen sket. Bila hati tak senang, satu hapah pon takmo buat. This year actually secara puratanya not really a good year for me. Banyak sangat setbacks. Banyak yang menyedihkan. So bila down tu makan bulan2 gak la nak bangkit balik. Dah la tak dapat nak berjalan. Nak menulis blog apetah lagi kan.

Anyway, lately ni rasa menggebu2 rindu nak memblog. Maybe sebab dah masuk bulan 10-11 and secara otomatiknya hati terkenang2 kat kecantikan autumn di Seoul. Bila jengah balik blog ni.. fuh punya la lama story Cambviet ni pending kan. Harap maaf pada sapa yang menunggu2 sambungannya. And maaf pada yang komen tapi sepi tak berbalas. I’ll try my best to reply all the comments and emails ya.

Ok meh sambung citer meh.. jangan majuk lelama..

*********************************************** 

Lokasi kami seterusnya ialah Cambodian Cultural Village, sebuah kampung budaya yang penuh dengan info, miniatures, muzium dan show tentang adat resam, budaya dan sejarah negara dan masyarakat Cambodia. Masa mula2 plan nak ke Cambodia ni, Kak Kiah ingat 2-3 jam pun cukup la untuk cover tempat ni. Tapi Maliki kata rugi kalo datang kejap je sebab tempat ni besar and kami should stay sampai malam sebab ada grand show yang rugi kalo tak nonton. Lagipun harga tiket masuk sini je dah USD15. And bas kami ke Phnom Penh pun pukul 11.30 malam ni. Sementara nak kill time tu, better jelajah village ni sampai lebam kan..

Rupa paras Cultural Village dari luar
Cultural Village ni bukak kul 11am. Bila beli tiket kat kaunter jangan lupa amek pamphlet untuk map tempat ni so uols boleh plan nak ke mana and tengok show kat mana. Cultural Village ni memang luas giler and terbahagi kepada banyak village. Kami ada banyak masa so kami choose untuk chill2 je jalan kaki. Kalo uols rasa malas nak menapak, boleh jugak amek electric tour car service (USD12/hr utk 7 seats/car).

Beli tiket sini

Map Cultural Village.. sila usha dan rancang tour anda supaya tidak terpongeh
Memula kami ke Wax & Historical Museum sebab tu yang paling dekat sekali dengan entrance.

Dalam muzium ni ada banyak pameran lifestyle masyarakat dan patung2 personaliti yang tekenal di Cambodia dari zaman pemerintahan Khmer sampai ke abad ke-20 ni. So it’s a good place to start la if u wanna know more about sejarah Cambodia.

Apsara dancer

Ada gaya tak macam Apsara dancer kat belakang ni? Ke macam mentadak mentadu?
Inilah dia King Jayavarman VII yang membina Bayon Temple dan memajukan kerajaan Khmer

King Norodom Suramarith dan Queen Sisowat Kossamak - atuk n nenek kepada current King of Cambodia
Zhou Da Guan - ambassador dari China yang banyak menulis tentang sejarah dan tradisi Khmer

Chon Nath - individu yang berjuang untuk memelihara tulisan, identiti dan budaya Khmer

Masyarakat Cham - minoriti Muslim di Cambodia. Check out baju melayu n kain pelikat dia.. sama kan cam kita?
Replika pembinaan Angkor Wat

Raja sedang melawat kawasan

Pekerja2 sedang mengukir batu lion

Cara mereka mengangkut bongkah2 batu

Baik2 bang.. koyak spender kang..
Anyway muzium ni idok ler besar mana. Tak sampai setengah jam pun kami ronda dah abis. So kami ke next destination lak dalam Cultural Village ni iaitu Miniature Garden di mana terdapatnya replika2 mini bangunan dan binaan bersejarah yang terkenal di Cambodia.

Masa ni baru kul 1pm. Punyalah panas mak ai.. dah la kami berdua je yang ada sebab most pengunjung datang waktu petang. Tapi dalam panas rentung tu tetap la nak pose2 jelita. Apa lagi nak dibuat kan sementara nak tunggu show kul 2.30pm karang huhu..

Ok moh la layan gambar..

Royal Palace yang terletak di Phnom Penh

Kak Kiah berposing ibarat pemandu pelancong

Close up skit.. tengok detail betul diorang replicate balik building ni kan

Walopun kagum, rasa macam sakit ati gak tengok istana besau2 tapi rakyat jelata rata2 miskin merana

Replika National Musuem. Kalo ke Phnom Penh leh gak mai sini..

Independence Monument, jugak antara tempat tumpuan pelancong di Phnom Penh
Central Market Phnom Penh. Nanti kami akan ke sini esok..
Kat sini memang layan la kalo nak cuci2 mata or snap2 picca. Sebab selain bangunan2 tu ada banyak replika2 mini lain yang cute2.

Kak Kiah kompius nak guna calculator ni cemana

Patung2 binatang di Miniature Garden

Replika the Reclining Buddha dan Kak Kiah yang tak sudah2 fefeeling lion

Rumah kampung.. sama macam rumah kampung kat Msia

Tatau apa motip ada Taman 101 Dalmatian kat sini huhu..

Ala kuci2.. tak yah samak.. lalalala..
Walaupun tatau apa motif kewujudan anjing2 ni kat Cultural Village, Kak Kiah rasa mereka memang kiut
Kak Kiah & Koh - berposing ke berteduh ni?
Sementara nak tunggu kul 2.30pm kami sempat jugak singgah ke Farm Village, Phnorng Village dan Kola Village. Ni semua merupakan perkampungan kecik beberapa etnik di Cambodia. Kat setiap kampung tu ada la contoh rumah serta pameran peralatan dan tradisi diorang. Tapi sebab masa ni orang pun takde, show hapah pun takde, jadi Kak Kiah rasa macam sendu je tempat2 ni. Tak teruja nak snap picca.

Start kul 2pm baru la nampak kelibat2 pengunjung yang lain. Lantas kami pun menuju ke New Theater untuk layan Mixed Khmer Traditional Show.

Show ni ada dalam 40 minit and mempersembahkan pelbagai tarian tadisi masyarakat Khmer. 

Tarian mandi di sungai.. auww cekcinya adik2 ni..
Ni tarian buluh. Femes gak masa 80an kat Msia. In fact Kak Kiah pernah menari tarian ni masa skolah rendah dulu.

Pentas macam pentas skolah tapi kualiti lighting n sound tetap superb.
Ni tarian bunga lotus. Awek yang tengah2 tu sekali dia melipat kaki ke atas dasat kau..
Memang layan la sebab very entertaining. Sepanjang show ni ada commentator yang explain pasal setiap tarian ni in English. So takde la blur kan.

Abang suar biru tu memang macho
Tarian boxing.. ada gaduh2 lompat2 sommersault sume dalam ni
Ha masuk masuk kalo brani!
Ni macam pawang la.. tengah seru semangat


Brader seksi membuka aurat
Konon2 ni penjajah Perancis datang ke pasar

Comel2 blako
Barisan penari
Awek2 penari ni semua memang meliuk lintuk menari. Comel sangat. Yang mamat2 pulak toksah cakap la.. asal berlenggeng je merembes dibuatnya. Perkasa hokeh!! *kesat air liur meleleh sambil usha abang suar biru

Apapun show ni memang best. Kalo tengok macam tarian zaman2 citer Panca Delima dulu. Banyak la persamaannya dengan tarian orang Melayu. So uols kalo nak ke sini jangan lepaskan peluang nonton yek.

Next show adalah persembahan Charming of Phahum di Mini Theatre. Sebab schedulenya cuma 10 min dari show tadi, kami pun gerak la cepat2 untuk ke Mini Theatre untuk cop tempat. Malangnya seat depan sume dah penuh. Terpaksa la kami dok belah2 belakang which memang tak best la sebab tak nampak sangat. Terpaksa hulur kamera celah telinga dan leher orang untuk snap gambar dengan jelas... chisss..

Gadis2 kampung menari2 sambil membawa buyung

Tarian mengayat awek oleh jejaka2 kampung

Yang kanan tu la Phahum. Adik dia yang pegang payung tu. Walopun adik dia lebih cun, tapi tak dapat jadik heroin. Maybe sebab yang kanan ni punya skil menari lagi dasat.

Geng orang kaya datang membuat onar
Show ni adalah tentang kisah percintaan terhalang antara seorang pompuan yang namanya Phahum dan seorang lelaki yang miskin. Pompuan ni dipaksa oleh mak apaknya untuk berkahwin dengan anak orang kaya. Cliche sangat kan? Tapi don wori. Kareografi tarian dalam show ni memang menarik. Walopun takde explanation, melalui tarian yang dipersembahkan kita still leh faham jalan cerita. Plus jejaka2 dalam show ni memang hensem and taste ahkak. Ngeh3x.

Macho tak kami?


Inilah dia anak orang kaya tu.

Saat2 perpisahan Phahum dan boiprennya

Barisan penari
Next show adalah di antara show yang sentiasa dinanti2kan oleh pengunjung iaitu Khmer Wedding Celebration. Sama jugak macam tadi, schedule bermula 10 min lepas show kat Mini Theater ni tamat. So kami kena gerak cecepat ke Millionaire House. Ayuh!!

*bersambung

18 comments:

  1. fuh..cuci mata saja kak kiah ni ye. byk2lah update cite dlm blog kak ni..tertunggu-tunggu entry kak tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiihi harus la cuci mata.. nanti balik msia tak merasa kikiki.. anyway, sori kalo lama tunggu KK update ya. KK akan cuba sehabis baik utk abiskan story Cambviet ni..

      Delete
  2. Replies
    1. TQ meng! rindu nak baca blog ko. nnt KK free KK datang jengah ya. harus la banyak tempat ko dah pegi tahun ni kan..

      Delete
  3. lama menanti kk update, akhirnnya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu time kasih atas kesabaran anda menunggu KK yang lembab nih

      Delete
  4. Akhirnya akak muncul kembali hahaha best baca psl Cambviet ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ ros.. harap2 KK masih tak lupa jalan cerita. ada banyak lagi entry ni huhu..

      Delete
  5. kak kiahhhh ku merinduimuuuu hehe..
    cepat2 update naaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tripnya baper hari je kan. tapi nak update blog makan setahun! kekekeke...

      Delete
  6. jenuh tunggu ...akhirnya muncul gak.selamat kembali kk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu Junanis.. bertabah ya menunggu. KK ni harap free n ada mood je ni.

      Delete
  7. Wahh...lamanya kak kiah x update.....taun depan KK takda plan g memana ke hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. taun depan? takde la noks. KK ni sejak biz sendiri ni macam tak brani pulak plan2 bagai. takut tak kesampaian nnt burn je duit tiket. biz pun baru nak bertatih2 jadi susah jugak nak set aside duit untuk travel.

      Delete
  8. Ini kali ke-27 buka blog KK baru update...huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahaha sampai 27 kali? nasib la ada yang tegur KK kat fb suh update blog. kalo tak kena tunggu sampai 100 kali kot hehe..

      Delete
  9. Wah, lama menunggu sambungan dari Kak Kiah :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.