Wednesday, June 10, 2015

CAMBVIET – DAY 1: FLIGHT TO SIEM REAP

Flight kami dari KLIA2 ke Siem Reap adalah pukul 6.50am. Jadi plan Kak Kiah ialah gerak dari Segamat kul 1am tapi adik Kak Kiah yang hantar. Jumpa Koh kat Tangkak pastu naik kereta Koh ke Putrajaya Sentral and parking kat sana, pastu naik KLIA Transit ke KLIA2.

Ok nampak cam cun kan plan tu? Patut takde masalah kan?

Haha. Bertuah laa kalo Kak Kiah takde drama tiap kali nak ke airport.

Macam biasa Kak Kiah bila dah dekat2 nak fly, time tu la melambak2 keje. Pulak tu dah dekat ujung tahun, jadi bz la dengan kompeni2 yang nak register GST la, yang nak closing account la, setel financial reports la.. Belum campur lagi yang bagi assignment last minute and urusan order bisnes yang kena setel jugak before pegi. Jadi seperti yang dijangka, lepas balik kije malam tu baru nak pack barang and tukar duit.

Ok sepatutnya sempat kan?

Dah siap pack2 barang semua Kak Kiah pun baring la kejap. Tengok jam baru kul 10pm. Mata ngantuk giler sebab dah 3 hari berturut2 Kak Kiah tak cukup tido sebab nak siapkan keje. Last2 tengah tengok tibi Kak Kiah terlelap.

Sedar2 je terkejut bila dengar bunyi henpon. Rupanya mak Kak Kiah call tanya nak gerak kul brape sebab Kak Kiah tak datang pun amek adik. Tengok jam... erk...

MAAAAKKKKKK!!! Dah kul 1.30am!!!!

Check2 msj tengok Koh dah gerak dari Baru Pahat. Janji nak jumpa kat Tangkak kul 2am. Ha apalagi kelam kabut la Kak Kiah mandi sume. Sementara tu mintak adik datang terus ke rumah Kak Kiah.

Kul 2am baru gerak dari Segamat. Tengok sms, Koh dah sampai pun. Aduh punyalah rasa bersalah Kak Kiah dibuatnya. Nasib baik la adik Kak Kiah drive steady je. Kalo Kak Kiah yang drive mesti huru-hara punya sebab nak cepat. Dah la jalan Segamat-Tangkak tu macam ular kena palu. Silap2 dok dalam gaung.

Kul 3+ baru sampai Tangkak. Cepat2 cakap sori ngan Koh. Risau sangat takut tak sempat catch first train dari Putrajaya Sentral. Nasib baik la amoi tu rilek je. Fuh lega makcik..

Dalam perjalanan tu baru la kitorang diskas2 pasal plan trip ni. Dia pun bz gak rupanya sebab kena jaga SPM aritu so dia cuma dapat study pasal Siem Reap je. Yang Phnom Penh and HCM tu sama la macam Kak Kiah tak sempat go thru gak. So kira konsep trip kali ni ialah bedal sajalah. Nanti kat sana baru figure out what and how sume tu.

Alhamdulillah kami sampai di Putrajaya Sentral kul 5.30am. Tapi tak sempat kejar first train. Kena tunggu next train kul 5.40am.

Sampai KLIA2 kul 5.55am. Cepat2 terus ke kaunter untuk drop luggage. Lepas setel urusan check in, tengok jam baru 6.10am. Sempat ni nak solat Subuh. So Kak Kiah bagitau Koh yang Kak Kiah nak solat dulu.

KLIA2 di kala subuh
Surau punyalah jauh ke belakang. Pastu punyalah ramai manusia. Nak tunggu turn amek wuduk je dah 10min. Risau jugak masa tu tapi solat je lah. Yang penting mesti dulukan yang wajib. Dalam hati pikir sure sempat ni sebab flight kul 6.50am.

Abis solat tengok jam dah 6.30am. Cepat2 keluar cari Koh pastu cepat2 kami masuk ke Departure Hall.

Sebab hari tu masa ke Seoul perjalanan dari entrance Departure Hall ke gate berlepas tu tak jauh, jadi Kak Kiah rilek2 je jalan dulu. Sekali tu jalan punya jalan tak nampak2 pun gate no Q19. Dah 10 minit jalan baru sampai Q6, bila nak sampai Q19 ni? Last2 dari jalan selow terus jalan lelaju pastu kitorang pecut berlari.

Tercungap2 bila sampai kat gate. Sekali tu nampak sign kat pintu.

GATE CLOSED

Oh tidakkkkkk!!!!

Rasa macam nak luruh jantung masa tu. Muka dua2 dah pucat lesi. Nasib baik ada staff AA lalu. Terus kami tanya boleh masuk lagi tak. Muka akak tu pulak punyalah serious. Dia call kapten kat dalam tanya, “Can you accept them?”. Fuh berdebar2 macam nak pitam masa tu rasa nak tunggu green light dari kapten. Dah terbayang2 ni maluuuuuunyeeee kalau kena balik Segamat semula sebab miss flight.

Last2 akak AA tu bukak jugak gate bagi kitorang masuk. Alhamdulillah syukur sangat rasa macam nak pelok2 je akak AA tu. Dengan lajunya kami pecut masuk dan menuju ke katebang. Pintu katebang pun kena la bukak balik nak bagi kami yang persis VIP ni masuk dengan muka toya setoyanya.

Duduk je kat seat terus gelak kekekekeke...

Ha amek kaw... Sikiiiiiiiit lagi nak kena tinggal. Buat perangai betul Kak Kiah ni. Dah baper kali jadi camni haish... rasanya Koh sure tension nak jalan ngan Kak Kiah lagi pasni hehe..

Ok dah duduk, dah puas gelak.. tarik napas. Katebang pun mula bertolak.

Bismillahirrahmanirrahim... Permudahkanlah perjalanan dan urusan kami Ya Allah..

Perjalanan adalah selama 2 jam. Takde order makan sebab kejap beno. So enjoy je view pagi sambil borak2 ngan Koh.

Meluncur di angkasa
Kena isi Arrival Card siap2
Tau2 je dah pun sampai di Siem Reap International Airport kul 7.50am (waktu sejam lewat dari Msia). Dari katebang kena turun jalan kaki ke Arrival Terminal. Tapiiii.. fuh sejuknya mak ai... memang lain giler dia punya sejuk. Terpinga2 kejap sebab kami ingat cuaca sini panas so kami pun pakai nipis je.

Siem Reap International Airport

Welcome to Siem Reap Kak Kiah!
Airport Siem Reap ni kecik je benonye. Tapi nak beratur tu punyalah lama. Koh siap kena marah dengan makcik Imigresen masa scanning thumb print. Koh letak sebelah je ibu jari. Tapi kungajo giler makcik tu siap jegil2 mata nak suruh Koh letak dua2 ibu jari. Muka mencuka lak tu. Memang bengang abis Koh masa tu sebab makcik tu cakap punyalah kuat sampai Kak Kiah yang tengah beratur pun boleh dengar. Rasa kalo ikut hati macam nak gi report je.. Macam ni cara kau welcome tourist?

Ntah2 makcik tu tak dapat malam tadi. Tu yang angin satu badan hahaha..

Setel urusan imigresen kami tukar duit pulak. Tatau nak tukar baper banyak so just tukar USD20 je. Rate ialah USD1=4000riel. Kebanyakan urus-niaga kat Siem Reap ni adalah dalam USD, tapi riel ni banyak guna bila nak beli air atau makanan kat kedai yang kecik2. So just tukar sikit je sebab riel ni memang tak laku bila kat Msia.

Keluar airport tengok tuk2 driver kami sudah menunggu. FYI, kami hire tuk2 untuk 3 hari kat Siem Reap ni. Kos ialah USD55 untuk 3 hari including kos ke Artisan Silk Farm, Wat Thmei, Angkor Complex, Tonle Sap, Artisan D’Angkor Shop & Cultural Village. So sorang bayar cuma USD28.

Tuk2 driver kami namanya Maliki. Dia ni adik kepada Salim. Kalo sapa yang pernah riki2 pasal tuk2 kat Siem Reap ni mesti biasa dengar nama Salim kan? Femes dia ni. So bisnes tuk2 ni dia buat sama adik-beradik dia la 3 orang. So yang handle kami untuk 3 hari ni ialah adik yang bungsu iaitu Maliki. Hensem orangnya walaupun kekadang cakap macam mat rempit.

Koh di dalam tuk2 bersama driver kami - Maliki (hensem tak beliau?)
Memasuki pekan Siem Reap
Destinasi kami seterusnya ialah Tareach Angkor Villa untuk check in. Moh kita!

13 comments:

  1. Fuhh drama drama..
    Sib baik sempat gak ek.. Baik staff AA tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa nak gomol2 staff AA tu masa tu sebab lega giler. tapi tengok muka dia ketat terus tak jadik hehee..

      Delete
  2. Dah agak da...mesti ada drama..hehe. Kalau tak bukan Kak Kiah namanya,,,Jangan mare yea..gurau aje.

    Cantik airport Siem Reap walaupun kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha gituuu.. KK ni tatau la pesal. asal airport je mesti ada drama. badi betul..

      Delete
  3. JM yang baca ni pun rasa semput..nasib baik staff AA lalu kat pintu gate tu kalau x ada orang kat situ mmg x de rezeki lah kan..kak kiah kak kiah hihihih..kelakar tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa memula tu takde sapa pun kat situ. panik giler KK n Koh masa tu. sampai skrang KK terasa2 seriau memikirkan insiden hampir tertinggal flight ni..

      Delete
  4. ohhh MALIKI...pesal lain benar dari Salim....hensem banget!!!! untung KK kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe maliki ni hensem memang hensem.. tapi PR dia kureng skit. manjang tidoooooo jer hahaha. rasanya salim much better kot dalam bab2 melayan n jaga hati guest ni.

      Delete
  5. kalau tak bagi masuk...how the luggage? diorang akan arrange hantar balik klia2 ker?? huhuhu curious jgk nak tahu sbb takut drama ni berulang kat diri sendiri....hiksss

    apa2 pun....dah selamat sampai....enjoy the traffic yg menggerunkan.....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK rasa kitorang dapat lepas sbb ada check in luggage kot. kalo tak, rasanya macam tak lepas jer. kesimpulannya, sila la masuk departure hall tu segera lepas dah drop luggage. sbb kalo dapat gate yang hujung donia memang jauh nak menapak...

      Delete
  6. Bukan kak kiah klu x de drama bagai...

    ReplyDelete
  7. Hehehe....mesti ada drama kan...lawak la kak kiah ni..really enjoy reading your blog..rasa mcm dok sembang depan depan je. Actually saya baru jumpa blog kk ni masa godek2 info nk travel seoul...tapi sbb best baca byk trip dah saya baca...Korea semua..lombok n now combiviet...keep up writing kk.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.