Wednesday, May 7, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 1 – FLIGHT TO KOREA

Seblom KK mula stori ni nak diingatkan kali ni nye trip tak banyak gambo. Apa yang ada je lah k hik2x.. Lagi satu, i know Zuree & Zai or maybe Kin will read this blog. So whatever yang Kak Kiah tulis ni adalah based on apa yang Kak Kiah rasa and think at that particular time sepanjang trip. I might be wrong dengan apa yang dirasa dan dipikir (tau lah Kak Kiah ni nampak sporting tapi kekadang tu angin satu badan), but Kak Kiah harap segala apa yang ditulis boleh dijadikan panduan, pengajaran, teladan, sweet moment or apa2 sajalah by all. Peace ok!
----------
Flight kami ialah pukul 8.30am on 24 April 2014. So malam tu baru la Kak Kiah terhegeh2 nak pack barang semua. Bz uols.. memang tak sempat sebenarnya sebab Kak Kiah banyak sangat amek assignment orang before trip ni. So memang kalut sket la. So malam tu about 2.30am baru Kak Kiah bertolak dari Segamat dengan mak sebab mak nak ke KL, kira saing la.. then kereta Kak Kiah pun akan pass kat my sister yang now dah keje kat Putrajaya.

Kak Kiah sebenarnya ngantuk sangat kelat2 mata. Tapi gagah jugak drive ke LCCT n tak berani nak benti tido sebab takut terlajak laris. Alhamdulillah nasib baik la tak jadi apa2. About 5.30am kami pun sampai kat airport. My sister pun dah tunggu lepak2 kat McDee. Kak Kiah cuba call Kin tak berjawab pulak. Semalam dia dah sampai kat airport and bercadang tido sini. Zuree n Zai pulak gerak dari Melaka pagi tadi, which sepatutnya dah sampai jugak la.

Then Kak Kiah terus la menuju ke kaunter AA untuk drop luggage. Sekali tu lalu dua orang girl and tego. Laaa.. ni rupanya Zuree n Zai hihi. Jumpa jugak. Diorang dah setel dah check in semua. Lepas salam2 Kak Kiah pegi la menunggu si Kin kat tepi tu sebab konon2 nak check in skali (boarding pass dia ada pada Kak Kiah). Bebudak ni cakap Kin pi semayang Subuh. So ok la tunggu sementara bebudak ni pi bekfes.

Tapi tunggu punya tunggu dekat setengah jam tak muncul2. Dia cakap otw tapi tak jugak sampai. Kak Kiah agak risau actually sebab nama Kak Kiah dalam boarding pass tu just state ‘Nur’ je even though dah request untuk edit full name. So takut gak sangkut ni kang macam last time sampai Kak Kiah orang terakhir yang drop luggage. Last2 tanya la staff AA kat tepi tu tanya boleh tak check in dulu, tak sekali ngan kawan dalam group booking. Laaa boleh rupanya. Cis beriye je nunggu. So terus la pegi kaunter ujung tu and inform pasal hal first name tu. Senang je setel, no hassle.. staff tu terus ejas dalam sistem and suh Kak Kiah proceed drop luggage. Fuh lega.. setel satu perkara..

Si Kin dok otw dari tadi tapi tak jugak nampak batang idongnye. Mosykil lak dia ni semayang kat ner. Last2 Kak Kiah pi Subuh dulu then lepak2 bekfes kat McDee ngan mak n my sister. Bebudak duorang tu pi bekpes kat Marrybrown. About 7.15am, mak n my sister pun nak gerak balik coz my sister masuk kije 8.30am and mak pun dah layu2 mata sebab tak cukup tido. Pas tu Kak Kiah gi melepak kat Marrybrown ngan Zuree n Zai. Borak2 sementara tunggu Kin and masa nak masuk boarding.

Tak lama pastu Kin call. Ropenya dia dah masuk dah kat departure hall and dah tunggu depan gate. Hahaha sabo je lah.. Rupanya dia pi tido kat Tune Hotel malam tadi sebab kat airport sejok sangat katanya. Patut la lama sangat dia punya otw haha. Pastu lepas check in terus je menonong masuk ke dalam sebab ingat kami dah masuk.

Anyway, pagi ni hujan lebat ok. Kak Kiah sebenarnya kecut2 perut memikir hal MH370. Wasiat pun tak buat ni. Kalau diriku hilang tak kembali lagi apa lah nasib kucing2 & ikan2 di rumah tu ya. Tapi kuatkan je hati & perasaan, pikir ajal maut tu Allah tentukan. Dalam hati tak putus2 berdoa mudah2an takde apa yang tak enak berlaku sepanjang perjalanan ni, insyaAllah..

Hujan youu..
Sakinah dan payung AA - thank u AA sebab sediakan payung!
Tepat 8.35am kami pun memulakan penerbangan. Bismillahirrahmanirrahim.. selamatkan lah kami dalam perjalanan ini dan semoga sampai dengan selamat. 

Sepanjang flight Kak Kiah banyak borak je ngan Kin (walopun kami terpisah oleh aisle tapi gigih jugak nak berborak kau). Tatau la kot orang2 sekeliling rasa annoying ke hapa.. tapi hehe.. susah la nak tido masa tu. Katebang lak dok gegar2 langgar awan. Perut sampai kecut2 tiap kali ada air pocket. Nasib baik la lepas melantak nasik lemak Pak Nasser baru dapat lelap mata kejap.

Jangan lupa isi form ya buk!
Perjalanan ke Busan amek masa 6hrs. So sampai kat Busan dalam kul 3.30pm (Korea awal 1 jam dari Msia). Masa touch down tu pun kecut2 perut lagi sebab landing tak smooth. Maybe pilot baru kot.. But anyway, alhamdulillah... legaaa selamat jugak sampai..

Annyeonggggg Busan!!! Hihihi. Tak sabo dah nak kuar katebang. Tersangat2 le Kak Kiah merindui Korea sebenarnya masa ni. Of coz la dalam hati otomatik rasa berbunge2 bila kaki menjejak bumi Korea. Terus dirasuki roh kpop gitu hehe..

So sampai2 je cam biasa la kena lalu imigresen. Tapi punyelah lama beratur sebab laluan ada 3-4 je. Hai nasib baik la flight kami ke Jeju kul 7.20pm. Kalau Kak Kiah beli yang kul 4.30pm boleh panic heart attack dibuatnye sebab nak lepas imigresen tu je dah hampir sejam. Then pick up luggage lak. Adoi lom apa2 Kak Kiah dah tensi. Rupanya Kak Kiah nye beg troli sudah jahanam uols! Sampai bengkok batang besi kat pemegang tu. Kira memang tak boleh tarik ke atas la. Agaknya tadi diorang men lempar je kot beg ni.. mentang2 la beg ku murah je sob sob.. Dah le kedekut tak amek insurans..

Happy tapi muka tensi sebab beg punye hal
Kat Busan Airport kami kena transfer ke Domestic Terminal yang bangunannya terletak di sebelah International Arrival (kena jalan sikit 5 minit kat luar). Tapi bebudak ni lom apa2 dah kuarkan henpon masing2 cari line wifi. Ok lah bagi chance kan nak inform orang kampung yang kami dah sampai. Kak Kiah pun nak merayap cari susu pisang dulu huhu..  Sambil2 tu leh snap2 picca airport Busan ni..

News non-stop pasal feri karam
Ok la lebih kurang cam Gimpo Airport je besarnya
View depan airport - cantik kan bunga2nya? Harus lah spring kan katanyaa...
Bila Kak Kiah datang balik kat diorang, tak setel2 lagi memasing update status kat fesbuk. Pulak tu masing2 tersenyum2 ngadap henpon sambil kuis2 skrin. Haiyaa.. Sabo je lah. Nasib baik ada masa banyak lagi so no rush ler. Cuma pening gak nak mikir mana tempat nak solat. Akhirnya kul 5+ baru dapat paksa diorang ni stop dulu beronline and gerak ke Domestic Terminal. Nasib baik tak perlu Kak Kiah kuarkan rotan untuk suh memasing ni simpan henpon dulu.
Menuju ke Domestic Terminal
First thing first, check in dulu Jeju Air. Alhamdulillah senang je rupanya.. just bawak email yang dah diprint n bagi passport. Oh sungguh mudah! 
Kin bersama oppa Min Ho
 Dah setel check in n drop luggage teka diorang buat apa lepas tu? Ya betul sambung online balik. Bila Kak Kiah cakap pasal tempat solat masing2 pandang Kak Kiah macam tembus je, macam tak fokus je. Pastu senyum2 sambil kuis skrin henpon. Adoi ku gak ngerti hahaha. Last2 Kak Kiah pi ronda2 nak cari Nursery Room untuk kami solat sambil snap2 picca lagi.

Ni domestic terminal lak. Agak ramai dengan manusia.

View di luar
Beauty!
Love em!

Lepas dah lawat kawasan baru jumpa rupanya ada Nursery Room nearby tempat kami lepak. Tengok jam dah kul 6pm. 6.30pm dah nak masuk ke departure hall, ada setengah jam lagi nak solat. Just inform diorang Kak Kiah nak pi solat, malas nak tunggu memasing tengah teruja lagi nak update fesbuk. Nak ku bebel2kan masing2 dah besar panjang..

Then masa nak mula solat, diorang pun masuk. Kak Kiah mintak sorang jaga kat luar in case ada orang tanya. Tapi lepas je Kak Kiah semayang, tengok takde sapa jaga kat luar. Ada pulak pompuan Korean masuk nak tukarkan pampers baby dia n tengok ada yang tengah semayang. Nampak la minah ni cam tak puas hati. Dia sound la “This room is for baby u know”. Huhu terpaksa la mintak maaf berkali2. Ye lah dah salah kita kan. Nak explain kat dia pun masa tu dah susah sebab harus la dia bengkek bilik tu dah penuh dengan beg2 kami. Kalau amek turn sorang2 semayang tak la obvious sangat. Kan.. susah kan cakap dengan orang yang tak fokus. Camni la jadiknya.

Tapi masa ni Kak Kiah agak bengang sebenarnya sebab masa ni dah nampak tanda2 awal yang masing2 ni mengharap Kak Kiah akan uruskan and pikirkan semua hal sepanjang trip ni (apa kau ingat aku travel agent?). Tapi since ni baru sampai kan, Kak Kiah let go dulu. Kak Kiah faham juga theyols baru and maybe tengah dalam mode eksaited lagi kan. Or maybe diorang betul2 percaya yang Kak Kiah memang berasal dari Korea dan tau semua hal berkaitan travelling in Korea.. geez...

Ok takpe takpe.. Kak Kiah sporting lagi masa ni.. Penat.. Tapi masih mampu tersenyum sebab takmo la berulang balik kejadian dulu di mana Kak Kiah dok stress sepanjang trip sebab nak cater semua orang punya needs and kerenahs kan.. Kalo bole this time nak enjoyyyyy saja..

Lepas setel bab solat kami pun gerak masuk ke Departure Hall. Rupanya flight delay plak. So tunggu le lagi. Sambil2 tu borak ngan sorang ahjussi yang keje kat Korean Air sebab dia pernah datang Msia. Dia actually kije kat Busan tapi hometown kat Jeju, so ni dia nak balik kampung la. Seronok gak sebab ramah je orangnya (I really love Korean people!). Dia siap tunjuk gambar2 dia masa travel ke Melaka dalam hp.  Dia suka sangat Msia. Proud kan?

I think about 8pm kot baru gate bukak and kami pun masuk ke dalam dengan riangnya. Hoyeah!
To Jeju uolsss!
Flight Jeju Air ni lebih kurang cam Eastar Jet je besarnya. Domestik kan katanya buat pe nak dabak2. 

Dapat jugak signature Lee Minho akhirnya kui3x..
Rupanya Minho ni spokesmodel untuk Jeju Air. Patut la merata je muka dia.. huhu
Dalam katebang Kak Kiah dok sebelah Zuree and layan borak je sepanjang perjalanan. Tau2 je eh dah sampai. Anyway, rupanya flight Jeju Air ni agak hazab juga cara pemanduannya. Tatau la Kak Kiah ni over sensitip over dramatik ke apa.. tapi masa touch down tu laju giler macam nak terhempas rasanya. Fuh jantungku terasa macam nak meletop. Huhu poyo.

*Plan asal sebenarnya kami nak naik ferry Busan-Jeju. Kengkonon nak save bajet la memandangkan kalo sampai Jeju dah malam, rugi la duit accommodation 1 malam. Kalau nak ferry, konon2 pagi esoknya dah sampai jadi tido dalam ferry je so save la duit. Tapi kami kensel sebab baca review orang cakap memang mabok kalo naik ferry sebab ombak memang kuat jadi takleh tido lena pun. Hai nasib baik la kami tukar amek flight. Ngeri tengok news pasal ferry Busan-Jeju yang terbalik n ramai mati tu.
Annyeong Jeju!!
Setel amek luggage (read: beg troli yang susah untuk ditarik kerana besi sudah bengkok), kami pun terus keluar untuk amek taxi. Fuh cam terkenang2 je kat Nanny terus kekeke... Memang takleh lupa betul my last Jeju trip tu. Kat airport ni la masa tu betapa stress nya Kak Kiah nak melayan kerenah Nanny & Eti dulu hahaha... sweet memories sungguh..

Kami amek satu cab je sebab Zuree just bawak beg kecik and beg troli Kin pun tak besar sangat. So muat ler tak perlu nak pangku2 beg. Tunjuk address Yeha GH kat cab driver and off we go. Tak jauh pun. About 10 mins dah sampai. Total 4,200 won saja.

Alhamdulillah sampai akhirnya - masing2 dengan muka keletihan



Terus check in. Kak Kiah and Kin ditempatkan di 2nd floor, Zuree n Zai kat 3rd floor. Ok la biliknya.. ada tv, fridge, bathroom (shower). Cukup la apa yang wajib. Untuk Yeha GH ni nanti Kak Kiah buat separate entry ok.

Lepas tu kami terus keluar ke nearby GS25 sebab nak beli instant rice. Dekat je jalan tak sampai 5 min pun. Lapor gile hokeh masa ni! Mau tak dah almost 10pm tak dinner2 lagi. Balik je guesthouse terus reheat nasik and Kak Kiah naik ke atas untuk amek lauk tapau sambal tumis ikan bilis yang mak masak semalam. Sekali tu bukak2 je beg mak aiiii abis lencun separuh baju2 dalam tu! Kena ujan kot. Kena pulak beg Kak Kiah tu bukan waterproof. Hai nangeh. Tapi yang sadis sambal tumis (isi dalam botol) pun tumpah uols!! Nasib baik la botol tu Kak Kiah bungkus dalam 3 beg plastik, pastu masuk dalam beg balik kampung lain n baru letak dalam beg troli. Takde la selambak kuar, cuma kuah dia je tumpah. Tapi windbreaker yang dalam beg balik kampung tu habis la kena kuah sambal oh sungguh disaster sekali..

Anyway malas nak serabut kepala mikir hal baju basah or kena sambal. Baik kita mentekadarah isi tangki dulu. Turun bawah n kami pun makan beramai2. Heaven sungguh rasanya dapat menikmati nasi sedap Korea ni huhu.. rindu sangat!

Zuree sedang menggodek kabinet food untuk muslims
Our dinner - instant rice, telo rebus, seaweed & sambal tumis (tinggal separuh) nyum nyumm..
Lepas makan kami pun berdiskusi untuk tempat2 yang nak dilawati esok. Just nak reconfirm balik je benonye sebab masa 8 jam esok tu agak pack sebenarnya. Jadi kami decide untuk drop Trick Art Museum sebab bende alah ni pun ada kat Msia. So just pick mana yang reasonable untuk dicover dalam masa 8 jam tu je. Untuk lusa plak diorang cakap nak gi Seongsan Ilchulbong. Ok lah Kak Kiah pikir sebab kesian pulak datang Jeju tak pi Seongsan ni kira cam kurang sah la kan. Since lusa tu plan cuma nak ke Dongmun Market, Kak Kiah setuju la untuk replace market tu dengan Seongsan. Tu pun sebab diorang setuju nak gerak pepagi buta dari sini naik cab.

Malam tu actually Kak Kiah plan nak tido lewat hehe. Sebenarnya ada satu kesengalan yang telah dilakukan oleh Kak Kiah, iaitu tidak menyiapkan assignment orang. Ada satu job ni Kak Kiah amek – untuk review novel Salina oleh A.Samad Said – which kena submit on 28th. Sepatutnya Kak Kiah dah siapkan awal, tapi Kak Kiah tak jumpa novel ni kat Segamat. Until 2 hari before fly baru dapat jumpa novel ni kat Public Library Segamat. So nak membaca lagi kan amek masa dua hari pulak. Sudahnya Kak Kiah angkut la novel tu bawak ke Korea ni, kononnya nak buat kat sini lah kan. Kononnyaaaaaa lah kan. Haha.

So boleh agak kan apa jadik? Ya tepat. Kak Kiah tak buat pun. Lepas mandi n semayang konon nak hadap la. Baru mengadap 10 minit dah tersengguk2. So? Gasak tido la jawabnya. Hehe. Penat giler lah uolss!!!

Good nite Jeju!! Esok nak merayap. Can’t wait!

24 comments:

  1. Huwaaa i miss korea... bace citer kak kiah ni lagik la rase mcm nak terbang skang jugak ... ade drama jugak ke trip kali nih? hehehe sila sambung cecepat yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus la drama hihi tapi drama manja2 je la.. tak hardcore macam my last jeju trip kui3x..

      Delete
  2. heee....bestlah baca story kak kiah ni detail sungguh setiap perjalanan, pergerakan dan macam-macam emosi ada..ahaha...bila ajak gi solat buat muka blur sambil touch screen tu lawak..pastu tu x nk dgr bila KK pesan suruh jaga kat pintu nursery tu..harap2 tiada lagi drama yg menyedihkan kak kiah utk next day ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM macam tak biasa KK ni kan kalo menulis cam over dramatik sket. kalo tanya kawan KK si Kin tu harus la takde apa yang dramatik nye pun keh3x.. but ni semua pengalaman n perasaan yg dirasa sepanjang trip ni - KK nak share mana tau bole jadi pengajaran esp for those yg travel in groups ni.. hehee

      Delete
  3. Kak Kiah, kat bali ketibaan terminal antarabangsa tu ada changing room yang agak besar sesuai untuk solat.. kat 7 eleven...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke tatau pulak.. KK ada tgk map seblom pegi tu, tu yang cuma rasa nursery room je tempat paling sesuai nak solat. ok i'll take note bab ni. thank u mie!

      Delete
    2. Thanks for sharing this info!
      Saya seriau jgk ni..nak selamba2 sgt mcm last time kat Gimpo x jumpa nursing room ended up solat kat balik pintu, dekat lorong nak ke ofis dlm gimpo epot tu. Org lalu lalang tgk je tp kita pn wat muka x bersalah je huhu. Sama gak masa nk balik solat je kt tpi kerusi dkt incheon. Ada kwn saya solat dkt nursing room then kena tegur n terpaksa batalkan solat lalu tinggalkan tmpat tu. Rasanya. Nasib2 jgk la kan.

      Delete
    3. KK rasa ni 1st time kne sound psl semayang dalam nursery room. sbb selalunya lepas je even masa kat melben pun. maybe org2 busan tak baper fhm lg pasal agama islam kot.. takpe la, smyg tepi jalan or tepi kerusi pun sebenarnya boleh juga..

      Delete
  4. adakah kak kiah bakal berdepan dengan drama lagi selepas ini...harap-harap tidak yer
    okay..next heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggguuuuu.. haha ni sikit je.. ada lagi part yang klako2

      Delete
  5. Mesti penat gila....laju juga....bionic woman jadinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha betul tu. bila tengok balik itin tu rasa macam hilang akal ke apa plan 7 tmpt dalam masa 8 jam. tapi kalo kaki KK memang boleh je. bila tengok kaki yang lain aduhai sian plak.. terseksa mereka follow KK nye trip

      Delete
  6. sambung lagi k.kiah. kelakar baca... macam2 drama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ye laling. broadband KK mmg tengah cam lahanat dalam seminggu ni huhu...

      Delete
  7. Salam akak saya nak tanya masa akak book dengan jeju airlines tu Akak guna debit kad ke kad kredit??sy plan nak ke jeju bln 10 nih..skrg tgh nak book tiket...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh mesti pakai kredit kad dik.. debit kad tak laku. what i did was create jeju account guna nama sendiri then mintak tolong member yang yg ada kredit kad tolong bab payment tu - pastu bayar kat dia. agak leceh but ok la dr takde kan..

      Delete
  8. as salam..akak,sy nk tny..akak bli tiket jeju air pki kredit kad kn? knp sy xblh nk continue ms nk wt payment?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada kne buat verification credit card tu (kalau tak silap). apa bende tah namanya.. kne contact bank and verify. tak pasti la tapi masa KK try buat aritu kena camtu la then KK mintak kawan verify dulu CC dia before buat booking..

      Delete
  9. wakakaka.. hari first dah menguji kesabaran hihi..
    tp tu lah pahit manis travel dgn kengkawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari first tu sebenarnya paling aman skali sebenarnya pun kekeke.. so imejin la hari2 seterusnya yang dihadapi oleh KK ahaha

      Delete
  10. best dengar drama akak ni
    kalau join kami adik beradik mesti best
    mcm kak kiah jgk le style nye *wink*


    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori KK bru jenguk blog ni. Sian awk bru dpt KK reply..

      Kalo gi ngan adik bradik biasa ok kot sbb dh kenal prangai kan. Carut depan2 pun takpe huhuhu

      Delete
  11. salam kenal kak kiah..
    dramatik kan cerita akak.. mcm kes sy jugaklah.. haish malas nak citer dlm blog tp sorang tu dahlah nak join, takde info tapi bila dapat hostel jauh sikit dari subway leh pulak mengamuk.. hahaha.. pengsan nak layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu lah kan... Kdg2 kalo dh terkena tu ku telankan aje hihihi

      Delete