Sunday, May 18, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 3 – FLIGHT TO BUSAN & BUSAN INN

Macam yang Kak Kiah stori seblom ni, flight kami ke Busan kul 12.55pm. Masa kami sampai kat airport tu kaunter Jeju Air pun lom bukak lagi. Sementara nak tunggu boarding tu baru la dapat Kak Kiah setelkan ngan diorang hal2 hutang tertunggak, sebab semalam ada yang terguna duit orang tu, terguna duit orang ni kan.. So since ada masa ni, baik kami setelkan cepat. Nanti dah lupa susah pulak.

Dah kul 12pm baru kami check in. Then diorang bertiga terus masuk departure hall sebab Kak Kiah nak lepak kat luar dulu. Actually masa ni Kak Kiah dah notice sumthing – yang adik2 berdua tu cam dingin with each other. Cakap pun keras je. Tapi Kak Kiah buat tak tau je sebab tak nak la nampak cam terlebih kepochi kan huhu..

Bila dah masuk sampai kat gate tu tengok diorang bertiga sume dok ghalit ngadap henpon memasing. Rupanya flight kami delay lagi. Haih. Tunggu la kejap. Orang pulak punyelah ramai, maybe sebab weekend.

Me n Zai
Our flight - Jeju Air
About. 1.30pm tu akhirnya kami pun fly to Busan. Dalam flight tu adoi seriau lagi. Bergegar2 ok sebab banyak kali langgar awan tebal. Sampai flight attendant terpaksa cancel service free drinks half way. Kami yang dapat drinks tu pun dok struggle nak minum tanpa tumpah. Scary sangat! Pastu tak dapat nak tido jugak sebab mata terganggu pulak dengan satu kapel Korean ni dok sebelah Kak Kiah sedang beramas-mesra. Amboii free show kejap ehehee.. eh Astaghfirullah..

Anyway, masa dalam flight tu Kak Kiah tanyala Zuree pasal alamat Busan Inn (since dia yang buat booking) and suh dia stand by kang leh tunjuk je kat cab driver. Dia cakap dia ada alamat tapi takde yang tulis hangul punya. Anyway, dia kata dia leh tulis nama guesthouse tu in hangul so Kak Kiah pun takde la amek kesah bab ni pastu..

Kami di udara
Busan from above - amazing view
Lepas sejam di udara kami pun touch down. Again – sangat2 menakutkan ok landing style Jeju Air ni. Macam nak gugor jantung den yang sudah sedia lemah di kala itu..

Cam biasa keluar katebang – pick up luggage then terus keluar nak cari cab. Masa ni Kak Kiah notice Zuree dok hadap henpon dia lagi. I was like – apa saja la yang dibuat oleh minah ni – takkan terus nak apdet fesbuk kot? Disebabkan flight kami delay tadi of coz la kalau bole Kak Kiah nak cepat2 check in sebab lepas tu ada banyak tempat nak pegi.

Bila dah masuk cab, baru Zuree cakap tadi tu dia dok hadap hp sebab dia nak cari nama Busan Inn dalam hangul kat Internet. Ayoyoma apakah?? Pulak tu masa tu dia dok depan sebelah driver sebab Kak Kiah ingat dia boleh la explain kat driver tu. Skali tu driver tu no english spiking one. So agak ketara la nampaknya Zuree tertekan masa tu nak bagitau mana kami nak tuju. Sampai last2 driver tu terpaksa benti kat tepi jalan sebab nak check Busan Inn tu kat mana.

Kak Kiah ni masa ni bukannya takmo tolong. Tapi hangin gak sebab itu je satu2nya task yang Kak Kiah bagi. Aritu lagi dah cakap – tolong cari nama & alamat guesthouse for both Jeju & Busan so senang nak tunjuk kat cab driver. Dah la madang je awok dok kuis2 skrin henpon tu.. takkan susah sangat kot? Pastu bila Kak Kiah tanya, dia kompiden je cakap leh tulis in hangul so Kak Kiah pun takde la kesah nak benti dulu tadi kat airport untuk online kejap ke or godak Ipad Kak Kiah kot2 ada simpan info pasal Busan Inn. Cer cakap masa before masuk cab tadi kan senang. Adoi la fening..

Ok bende ni kecik je kan. Sepatutnya tak jadik isu pun. Tapi ada pulak masalah tambahan. Rupanya disebabkan dia dok ghalit ngan hal nak tulis nama Busan Inn tu in hangul, dia tertinggal barang (either dalam flight kot or masa pick up luggage) yang terdiri daripada beberapa minuman seperti susu pisang & coffee bene. Ok lah isue kecik jugak kan. Dah tercicir nak buat guane. Tapi yang menjadi isunya ialah pas kejadian2 ni dia stress sendiri plak dalam cab tu and tetibe nak marah2 and membentak2. What the..?

Kau yang careless. Kau yang tak standby info tu before. Kau yang kalut. Pastu kau nak salahkan sapa sekarang ni sebenarnya? Kalau nak marah diri sendiri apa kes lepas kat orang lain?

Kalau adik sendiri ni memang nak je Kak Kiah suh cab driver turunkan dia tepi jalan. Perjalanan sepanjang setengah jam dari Busan Airport ke city walau disaji dengan pemandangan yang cantik dengan bangunan yang tinggi2 di kiri kanan jalan dan berlatar-belakangkan gunung2, akhirnya tak dapat dinikmati oleh Kak Kiah dengan aman disebabkan ada insiden menarik muka masam ni. Demmit. Hangin betol..

Akhirnya kami pun sampai. Cab driver tu benti jauh sikit la dari simpang tapi ok la alhamdulillah sampai jugak. Caj cab kami agak mahal 29,700won, maybe sebab kami benti lama tadi tepi jalan kot (sepatutnya 13,000won). See – this is what happens when u’r not prepared. Tapi takpe lah. Bende2 camni anggap cam hiccups je la sbb kita ni manusia kan, of coz ada silap ada kurang sana sini. Bab duit ni memang tak jadi isu besar untuk Kak Kiah. Yang Kak Kiah geram tu bab muka mencuka and potong mood orang lain.

Bila dah sampai Busan Inn tu ingat dah reda la kan, huh tidak ya – makin menggenting rupanya. Masa turun dari cab tengok cik adik sorang tu dah begenang2 air mata. Yang member lagi sorang pulak panas hati, sound tegak-megak je. Jadi akhirnya masa kami check in perang meletus juga sudahnya antara mereka berdua tu.

Ha elok lah. Yang sorang tak boleh ditegur. Yang sorang lagi tambah minyak.

I was like, oh dearrr.... here we go again.. Akhirnya setelah hari kedua kluar juga the true kaler memasing.. Hari tu cakap sporting ye.. Ha sporting le sangat ni..

Kak Kiah n Kin just pandang2 je la sesama kami dengan wajah kekompiusan berganda. Apa sebenarnya masalah diorang ni? Bukan ke diorang ni satu tempat keje and dah lama kenal each other? How come bende2 kecik pun boleh jadik sampai camni?

Anyway kami buat muka selenga je lah (sebab tatau nak react cemana haha). Dalam pikiran kami nak cepat check in, nak solat pastu nak siap2 – petang nanti nak merayap.Lantak lah korang nak bertikam2 ke apa.

Dapat je kunci terus naik bilik. Kami dapat tingkat 4 and kali ni bilik2 kami berdepan. As usual, Kak Kiah n Kin sebilik and adik2 berdua tu sebilik (masa ni dok wonder cemana la diorang akan get along pasni lepas insiden tadi).

Ok kita stop kejap citer drama swasta tadi and citer pasal Busan Inn pulak.


So this is our room. Rate 20,000won pax per night untuk twin/double (tapi tatau la bila Zuree book tu kami kena bayar 47,500won sorang untuk 2 malam – nak kata deposit takde pulak dipulang duitnya). Bilik dia nampak retro habis, but ok la facilities dalam tu. Ada PC, wifi, tv, fridge (with 2 bottles of mineral water free), bathroom ada bathtub (yang ni best!), towel, toothbrush, sabun sume provided.


Yesss!! Bole berkubang hoyeah!
Sendu-mendu je wallpaper. Korridor ni pon sunyi n scary rasa cam haunted je huhu..
Deco yang retro habis
Dari segi harga ok sangat murah, considering motel ni location dia memang best la sebab dekat sangat ngan Busan Station. Basic facilities ok, cuma takde kitchen or public area nak lepak2 or makan2. Meaning takde microwave ye, so kalo nak heat instant rice kena buat siap2 kat convenience store. Air panas ada kat setiap floor so takde masalah gak la nak buat air (but kopi/tea kena bawak sendiri – mug ada dalam fridge). Selain tu yang kureng ialah motel ni takde lift (as usual), takde rooftop untukku melepak2, takde iron (masalah dunia bagi Kak Kiah huhu) and takde cctv/security lock.

Ahjussi yang jaga kaunter tu pulak tak brape fasih in english (tau basic) so agak susah nak communicate lebih2. Selain dari ahjussi jaga kaunter (ada 2 orang), ada sorang guy yang akan datang tiap hari untuk clean the rooms and buat maintenance. Tapi dia cuma available siang je la. So basically kalo ada masalah berkaitan dua perkara ni lepas mamat ni dah balik, pandai2 la setel hihihi..

Oh ya satu benda yang Kak Kiah lupa nak mention. Motel ni ada nyamuk uolss!! Tingkat 4 pun ada nyamuk ok. Heran betul sebab first time jumpa nyamuk Korea kat sini. Tapi ada disediakan ridsect & ubat nyamuk karen la if nak halau nyamuk.

Pic taken masa malamnya. Plis note nama Busan Inn in hangul ya (yang atas tulisan motel kaler biru tu "Busan Inn" - yang bawah tu "Motel") - print gambo ni kalo payah beno nak salin haha
If uols just nak tempat untuk tidur je and tak cerewet, ok la motel ni sebab murah kan. Tapi kalo jenis yang mahukan lebih keselesaan n good service, Kak Kiah sajes cari tempat lain yang lebih ok. Nowwwwa cuma boleh bagi 2 bintang!!

Ok now let’s go back to kisah kami lepas check in. Tengok jam masa tu dah kul 3+pm. Kalau ikut perancangan, 3.30pm sepatutnya kami dah kena keluar. Tapi selepas insiden tadi, Kak Kiah n Kin dok diskas apa masalah yang membelenggu mereka berdua tu. Ye lah angin takde ribut takde, tau2 je puting beliung mari. Mau tak kompius kami jadiknye..

Since Kin boleh whatsapp Zuree, Kak Kiah suh inform diorang kita kluar kul 4 pm instead. Kak Kiah pun tengah serabut kepala and nak menenangkan pikiran. At least yang lain pun ada la masa sikit untuk tempoh bertenang. So turun la bawah sebab nak cari port minum kopi (masa ni tak tau motel ni takde kitchen). Skali tu tengok ada Zuree lagi kat depan reception tengah sob sob lagi.. Laaaa.. tak abis lagi rupanya..

So Kak Kiah pun terus la confront dia tanya apa masalah and dia pon stori. Oh rupanya ada isu dengan yang lagi sorang tu dari semalam (malam tadi kot). So dok pendam2 tu yang meletop tadi. Kira isu susu pisang or tulisan hangul tu bukan punca sebenar la, cuma peletus kepada kebengangan di hati. Kak Kiah tak pasti apa punca diorangnye pergaduhan tu, but I guess ada la benda yang kawan tu cakap yang buat dia sentap.

Oh gitu kesahnya. Sentap punye hal rupanya.

Hmm camne nak cakap ek. Masing2 umo dah 30+. Patut benda camni tak jadik la sebab kita semua bukan muda rumaja lagi. So Kak Kiah just advise her to ignore je and jangan amek ati sangat. Kak Kiah rasa most probably semalam tu masing2 sume tengah penat dibuatkan kena lenjan tenaga dek Kak Kiah nye plan rempit Jeju tu kan, so bila penat, mulut pun tak sengaja la mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati. Just let go je la dulu. Yang penting don’t spoil orang lain punya mood travel. Nak gado tunggu balik nanti, tarik2 tudung pun boleh hehee..

Tengah2 buat sesi kaunseling percuma tu, sekali tu Zai pulak turun. Tengok jam dah kul 3.30pm. Alamak dia mesti tak dapat notification ni yang Kak Kiah tukar waktu ke pukul 4pm (ye la sebab Kin cuma inform Zuree je n Zuree pun tak naik lagi). So lepas tu Kak Kiah lepak ngan Zai pulak kat depan motel. She looks so bengang. Ok buat lagi satu sesi kaunseling jugak. Sama je nasihatnya. Apapun yang tak puas hati just ignore and jangan amek ati sangat. Boleh tak gitu? Fail betol kau ni Kiah dalam memberi kaunseling ahaha..

Whatever pun Kak Kiah harap sangat lepas ni mood mereka berdua akan kembali pulih dan suasana kami akan kembali ceria. Mungkin both of them stress sebab penat sangat kot tu yang jadi gini. Takpe la janji Kak Kiah dah cuba untuk amankan keduanya.. Bukan nak kepochi or care sangat orang nak berbaik ke tak berbaik ke, Kak Kiah cuma tak suka trip yang Kak Kiah rancang selama setahun ni dirosakkan oleh bende2 camni. Penat tau.

Dah dekat kul 4pm akhirnya baru Kak Kiah naik atas, semayang and bersiap2. Memang lambat la hehe sebab Kak Kiah hegeh2 kan . Ntah la tatau pesal kali ni nye trip Kak Kiah banyak kali tak tepati masa and buat orang tertunggu2.

So for sure la kalo dah lewat keluar ni, sure akan ada plan yang Kak Kiah kena ubah. We have only few hours je untuk cover 40 Steps, Busan Tower, Gukje Market, Gwanbokro & Jagalchi Market sampai kul 9pm ni. Will we make it?

Ok panjang tak entri ni? Huhu.. Harus lah sebab ada drama kan. Harap bertabah membaca Kak Kiah membebel2 ni. Akhir kata, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Ahaha.. kita bersambung dalam next entry! Nextttt!!

20 comments:

  1. 4 perkara yang boleh buat orang marah dan takde mood.

    1. Mengantuk
    2. Lapar
    3. Penat
    4. Masalah (cinta, kewangan etc)

    Saya rasa untuk kes ni sebab depa berdua penat lah tu.
    Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betol tu doktor! hehe pakar betol lah. KK pon rasa depa penat tu yang jadi gitu.

      Delete
  2. Bace citer kak kiah ni pun dah stress ... apetah lagik kak kiah yg berada ditempat kejadian kan .. rasenye diorang ni mental and physical tak brape nak prepare gitu ... tu yg jadik macam2 kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata tak prepare tu tatau la, berkali2 diingatkan trip ni singkat so mental physical kne kuat. maybe diorg tak biasa travel cara KK ni. b4 this pun diorg travel ikut agent so sbb tu kot yang tak expect sepenat ni. hehee..

      Delete
  3. omg stress nyer baca stori kak kiah nieeee... saya pun dh experience benda yang sama masa pergi bangkok haritu.. tp kitorg nyer krisis masa kat msia masa tgh planning phase. alhamdulillah masa kat sana sume berjalan lancar..

    betulla orang cakap kan, kita hanya akan tau true colours of a person masa kita travel dgn dia..lepas ni rasa2 nya kak kiah nak stick to solo travel ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo time planning phase gado, kat sana ok boleh tahan lagi kot. tapi kalo masa planning aman2 je, time kat sana gado.. huhu ntah ler. either plan tu ada masalah or personaliti masing2 ada masalah.

      Delete
    2. kalo bole macam nak solo travel je senang citer. tapi KK still don mind nak travel ngan org lain sebab bende2 camni sume kan pengalaman. cuma org lain tu la silap2 serik or takut nak travel ngan KK hahaha...

      Delete
    3. Suka statement tina banana.. we'll know the true colours of our friends if we travel together. Merasainya juga sblm ni.. tp masih cuba utk jd positif.. hehehe

      Delete
    4. bagus Didi ni positif. KK lak memang nampak je positif, tapi sebenarnya not really haha..

      Delete
    5. Hehe sbb payah nak carik travel partner kak..yg da kawin mmg out la kan..

      pikir byk2 kali..mmg ada benda kamj x sefahaman. Tp ok lg kot, baca story kk people with more absurd issues actually exist. . arghh saya yg stress baca. Sbb saya nampak dan ingat dikala saya stress..member tu cuba menceriakan suasana n melayan kesukaan saya (I.e amik gambo ala2 shooting mcm2 gaya).. so saya pn let go le lah cara bercakap dia yg sometimes cam buat rasa nk mrh tu. Solution sy..senang je.kalo mls nk lyn.. kalo rasa makin dijawab leh bwk gaduh..better senyap.. nnti dah ok skit.. smbung bercakap balik..

      tp kes patah balik utk amik drinks ni mmg quite rare laa.hee.

      Delete
    6. Kensel order udang sbb susah nak kopek pun rare.. tensi x jumpa tempat lalu komplen kata travel partner dah pernah sampai apsal x jumpa2 pun rare.. hahaharunsalimbachikk sabau sungguh dirimu wahai kk.

      Delete
    7. rare kan huhuhu.. manusia tu kan macam2 ragam nya.. kdg2 pada dia mungkin takde apa, tapi pada kita cam rare gilerrrr.. like.. seriously selfish sangat

      Delete
  4. Tiap kali Kak Kiah punya trip mesti ada drama... nampaknya lain kali kena pergi solo...

    Saya lebih suka naik train untuk ke hotel, tapi kenalah siap sedia dengan peta lokasinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo naik train tu senang jugak kan. tp sbb mikir nak angkut beg troliku yang sudah jahanam handle nya tu yang pilih cab je. cuma silap KK bagi task dapatkan alamat n direction ni kat minah ni. tak sangka lak mencari nama Busan Inn dalam hangul boleh membuatkan seseorang tu stress benar huhu..

      Delete
  5. Kak kiah ohhh kak kiah heeeeee ada jgk kes x puas hati, tarik muka semua tu yek ahaha Jm tahu perasaan kak kiah sbb pernah alami jgk so sampai skrg belum jumpa lg partner travel yg smorting lorting susah betul nk jumpa yg sejiwa. Waktu g jepun hari tu asyik kena sisih je ngan partner pompuan tu coz berkepit je dgn partner lelaki bila Jm kongsi kat blog dia marah until now. Maybe its a last tri travel ngan beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kdg rasa ntah2 kita kot yang bermasalah? huhuhu.. sian JM pun kena gak ye. bab nak kongsi citer kat blog ni pun serba-salah gak. tapi rasa macam perlu jugak kan utk dijadikan panduan bersama - the pros n cons travel style kita2 ni. ada org bole tahan, some cannot.

      Delete
  6. patut la orang kata, kalau nak kenal perangai sebenar seseorang tu, travel la dengan dia. hihi
    saya pun ada kawan baik (baik tahap kongsi bantal) tapi kalau boley taknak travel lama2 dengan beliau. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tak sume orang boleh jadik travel buddy kita. kak kin tu bukan my bes fren pon kat luar (kami jarang amek tau hal each other) but when comes to travel, dia travel buddy yang sangat2 match ngan KK. weird kan?

      Delete
  7. sadis pulak bila baca entri nie....i dulu pun first-timer gak masa gi Busan....tapi sbb dah buat preparation awal2 nak locate guesthouse yg betul (sib baik dlm website dah bgtau suh save map tuh n tunjuk kat ahjussi cab driver masa nak gi sana)....alhamdulillah, takde masalah kami nak cari tmpt menginap....dah ler tu masa tuh dah gelap (kul 9+ mlm) sebab kitorang bertolak dari Seoul via KTX kul 7+....sib baik ahjussi driver tau jalan w'pun nmpk cam bersimpang-siur....hehe!

    anyway, sabar jer la KK ngan kerenah org tak biase travel bajet ciputs nie....klu u bawak sure tak kalut ceni....hehe! *perah santan jap*....tapi betul laa....preparation kena buat awal2...tak la nanti kita terkial2 nak survive tmpt org

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap KK gak sbb ingt kan diorg jenis buat preparation b4 pegi jd since KK tak sempat nak buat homework - bab ni serah kat diorg je.. tak sangka lak end up macam tu huahua..

      Delete