Sunday, May 11, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 2 – JEONGBANG FALLS

Jeongbang Falls ni tahun lepas Kak Kiah dah mai, tapi terlewat 15 minit (tutup 5.30pm) so masa tu dah tokleh masuk and turun ke bawah. Antara tarikan yang utama ialah air terjun ni satu2nya yang direct turun menuju ke laut. Kalo ikut legend, ada naga la dok bawah air terjun and mengikut kepercayaan locals air terjun ni boleh sembuhkan apa2 penyakit.

Dari Seogwipo Port nak ke sini pun tak jauh, i think about 10mins drive kot. Entrance fee 2,000won sorang.

Wow wow canteknye!
Dalam mengah2 perut kami pun turun ke bawah. Wah cantik sungguh! Mari layan gambar.


Kacau jah yang baju kuning tu huhu


Awesome view

Hanyeo divers punya port

Nampak tak acik hanyeo sedang bekerja? Boya oren tu untuk mark their spot
Bila nak naik atas adoi bercinta betul nak mendaki tangga. Rasa sudah tua benar diriku ini. Kejap2 stop amek nafas. Zai pulak memang kesian la Kak Kiah tengok, nampak sampai muka berkerut2. Masa amek gambar yang tempat berbatu2 tadi pun dia tak join. Sakit sangat kot kaki tu.

Seblom balik, sempat Kak Kiah singgah kedai beli souvenirs Jeju sebab dah tau lepas ni sure tak sempat nak beli kat mana2 (since diorang cakap esok pagi takmo pi Dongmun Market n nak pi Seongsan Ilchulbong instead – walaupun kat Seongsan ada kedai souvenirs but i’m not sure pagi2 dah bukak ke tak so tanak amek risk). Ok la berjaya juga rembat magnet, rantai hp berbentuk pakcik Dol Halrubang hohoho suke.. Anyway, kali ni tak jumpa lak t-shirt Jeju macam last year. Takde yang menjual pulak. Haih frust. Yang bertiga tu memang tak membeli apa2. So untuk trip kali ni nampak cam Kak Kiah la yang over sikit bab beli membeli ni ya hahaha..

Kami kat sini pun kejap je about 1/2 jam. Ok next destination – Seongjeup Folk Village!

2 comments:

  1. huish mmg ketor lutut nak naik tangga dia tuh....semput pu ye jugak saya masa tu....hehehe tp tetap gigih kan...kata tourist!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. balik dari Korea kemain bisa lutut sminggu pastu

      Delete