Sunday, May 18, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 3 – BUSAN TOWER

Dari 40 Steps tak jauh sangat la nak ke Busan Tower ni cuma jalan about 15mins. Anyway, kedudukan dia atas bukit so agak mengah jugak la nak berjalan. Plan asal sebenarnya nak lalu je kat Busan Tower ni and snap2 picca pastu nak gerak ke Gukje Market untuk soping souvenirs. Since tadi kami keluar dah lewat, ingat macam nak skip la Busan Tower ni. Tapi few days before ada terbaca yang akan ada Busan Lotus Festival kat sini hari ni. So rasa cam rugi lak kalo tak pi usha.

On the way tu kami singgah jap kat kedai sebab masing2 dah kehausan.


Look at Zuree’s face bila pertama kali merasai susu pisang. Haha sabo je la. Rupanya masa kat Jeju dia tak minum pun susu pisang ni. Patut la sampai nangis2 bila susu pisang dia tercicir tadi hehee..

Masa dah dekat nak sampai tu tengok ramai jugak la orang menuju ke Busan Tower.


Lantern menghiasi kiri kanan jalan menuju ke Yongdusan Park
Tetap pose walopun tengah pancit sakit betis
Meow Korea dalam semak. Huu sian kau sejok ye?
Lantern2 beso menyambut ketibaan
The entrance. Ada pondok2 lukisan cantik2 sini.
The Busan Tower (panglima sebelah tu tatau sapa)

Busan Citizen's Bell. Tiap kali celebrate New Year, acara palu loceng tepat kul 12am akan dibuat di sini.

Antara lantern2 yang pelbagai bentuk
Kami diapproach oleh sorang guide ni. Dia bawak kami tour kat booth2 yang ada and explain pasal Lotus Festival. Kat setiap booth tu ada macam2 la disediakan untuk pengunjung – buat gelang manik la, buat lantern lotus la, minum teh, kuih and bagi lantern – semua ni free je.

Ahjussi Guide sedang memberi penerangan
Antara lantern yang comel dan unik
Ok masa ni kan Kak Kiah tak tau apa2 pasal Lotus Festival ni sebab otak tengah lembab. Sampai la kat satu booth ni ada acara stamping sumthing atas kertas guna serbuk dakwat. Ingat macam nak join la.. skali tengok stamp tu rupanya si gemok Buddha tu. Alamak. Ni festival apa nih? Terus la tanya ahjussi tu. Ooo rupanya Lotus Lantern Festival ni disambut untuk celebrate besday Buddha. Kira cam Hari Wesak kat sini ler kot.

So lepas tu Kak Kiah careful sikit. Just amek2 gambo niat untuk tengok je la. Aje tak masal orag ingat Kak Kiah dah convert ke Buddhist ni kang.. Nayo..


Dapat lantern free
Bersama maskot pak sami
Anyway, pameran lantern2 ni cuma bermula kul 7-9pm nanti. So Kak Kiah pikir alahai rugi pulak datang petang. Shud’ve come masa malam baru la cantik nak amek gambo. Bila dah tengok apa yang patut tu ingat nak gerak le ke Gukje Market. Dalam hati dok pikir macam nak datang semula ke sini malam2 skit kang. Kalo diorang tanak takpe la, Kak Kiah nak lari ke sini jap masa diorang ronda2 Gwangbokro nanti.

Busan Tower - sayang pulak tak naik sampai atas kan. No time meh..
So Kak Kiah pun lepak la kat tepi booth2 tu dengan Zai sementara tunggu Zuree & Kin abis ziarah semua booth. Kak Kiah pun kena replan balik acara sebab Zai dok bising lapar pulak n nak makan dulu. Kalo ikut plan asal – 40 Steps – Busan Tower – Gukje Market – Jagalchi Market – BIFF & Gwangbokro. Kalau nak makan dulu maka kena drop la Gukje Market jawabnya hri ni. Lagipun masa tu dah kul 6pm. Kalo nak soping souvenirs pun cam dah tak best je nanti sure terkejar2.

Tapi si Zuree ni pulak berlama2 kat booth tu. Lama jugak kami ni menunggu. Rupanya pegi buat apa benda tah melukis tangan cam Buddha tengah pegang duit. Heran betol. Panas hati pun ye jugak nengok. Apa ke jadahnya nak melukis2 tangan Buddha plak nih? Ntah ler tatau nak cakap apa. Dah la punya bangga tunjuk lukisan tu kat kami. Agaknya dia kompius kot ingat agama Buddha and Korean culture are both the same thing?

Almost 6.30pm then kami pun gerak. Dah sampai kat pintu untuk turun tangga short cut ke Gwangbokro, Zuree cakap dia tertinggal air pulak kat booth tu. Hai pening haku. So bagi la dia pi cari kang nangeh plak lagi. Si Kin dah bising2 pasal dia pun tak faham apesal si Zuree ni beriye sangat nak amek air tu. Rupanya lepas melukis tu, orang kat booth tu bagi dia air botol. Kin cakap gile ke apa nak minum.

Hai macam2 hal. Kak Kiah nak bising2 pun tak kuasa sebab pikir agaknya minah tu tengah eksaited sangat kot. Yang member lagi sorang tu pun dah bebel2 jugak sebab dah lapar (bawak beg but no food inside meh? geezzz...) Tapi masa ni stress level Kak Kiah memang agak naik sedikit.

Tangga ni shortcut menuju ke Gwangbokro
Next plan – kensel Gukje Market and proceed to Jagalchi Market untuk dinner. Moh kita!

13 comments:

  1. Ahahaha macam macam pe elll sabor je kak kiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee begitulah JM. dah balik bila ingt semula hai lawak pulak rasanya..

      Delete
  2. hihihi.. biasalah dah jalan ramai-ramai mmg bnyak ragam..
    cepat2 nxt entry. saya suka entry2 korea ni..
    plan banyak kali tapi semua lebur tak jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai jangan la lebur2kan plan tu. redah jerrrr.. huhu

      Delete
  3. Feel macam bebudak sekolah masing2... tak payah bawak lagi lenkali...

    Pokok2 tu berdaun... bulan Mac dulu masih gondol...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke.. kami mai ni dah mid spring tapi nampak dah macam summer pun. kalo time winter sure lain viewnya yek..

      Delete
  4. xcited bc blog kak kiah... mcm2 drama ada.. kak kiah.. tqvm.. byk info leh digunakn nnt nie..
    nnt autumn.. sy nk pi dgn bff lak.. berdua.. hihi

    *tgh tggu kak kiah update lg ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok gud luck girl. pls buat preparation n jgn stress2 cam KK ni. nnt seronok tak dapat, ilang plak sahabat :)

      Delete
    2. Insyaallah.. TQVM KK utk nasihat n info jgak ...di sebabkan tkot byk tempat xdpt cover, kami pi berdua ja kali nie.. mdh mdhn.. kami xda gadoh2 nnt.. insyaallah... sbb dia ni la peneman ke mana2 destinasi percutian dr thn 2008.. hihi.. jgn la hilang shbt...xsanggup tu.. hihi ;-)

      Delete
  5. banana uyu satu kewajipan kalo pegi korea ye!!!! terbaekkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benerrrrr!! banana uyu tu kalo sehari tak pekena at least 2 botol cam tak sah idop huhuhu

      Delete
  6. Cepat update kak kiah...x sabar saya nak tunggu.insha allah akan ke busan n seoul october nanti.bertiga ngan anak sedara.risau gak drama swasta wujud nanti.dah kenal perangai pun,macam2 bole jadi.silap2 saya plak yang banyak sentap nanti..ahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul tu. mende2 camni kdg2 tak expect juga, no matter how sporting-morting they are. yg penting kena banyak tolak-ansur kot. kalo jenis nak ikut kehendak sendiri, yang lepas cakap tu yang biasanya akan potong org lain punye mood. KK pun tatau juga kot la di mata theyols pun ntah2 KK ni dikategorikan kuat sentap juga.. sapa tau kan.. hihi

      Delete