Wednesday, May 21, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 3 – BIFF, GWANGBOKRO & LANTERN FESTIVAL

Gwangbokro ni lebih kurang cam Myeongdong di Seoul la. Memang happening la dengan kedai2 tepi jalan. So untuk mai sini dari Jagalchi Market tadi jalan je la sikit nanti jumpa BIFF and Gwangbokro.

Sebenarnya walopun nama BIFF ni stands for Busan International Film Festival and ada banyak theaters n cinemas di sini katanya, Kak Kiah tak nampak satu pun. Yang print tapak tangan retis atas lantai tu pun tak nampak sebab orang punye lah ramai, n kedai2 jualan pun sangat menarik di kiri kanan sampai ghalit la mata kita nengokkan.

BIFF Sqaure
Anyway, Kak Kiah telah berjaya membeli hotteok di sini yang dikatakan sangat sedap itu. Murah je 1000won.

Hotteok
Whoaaa memang sedap okeh! Bende ni sebenarnya macam pancake la dalam tu isi kacang n sirap gula melaka. Kalo sapa mai BIFF jangan lupa cari bende alah ni tau.

Anak hekan koleksi terbaru - Do Min Joon - My Love from The Star ahaha
Ada pulak mat saleh nak enterprem hehe bagik can lah
Oh my.. Cats Cafe detected! Too bad tak cukup masa untuk nyinggah..
Gwangbokro

Tatau apa dia cakap
Meriah macam di Myeongdong
Actually Kak Kiah memang takde plan nak membeli apa2 di sini (walaupun kelihatan Nature Republic melambai2 hoho). Cuma Kin & Zai la ada yang nak beli serum la, krim la.. bende2 kosmetik ni la yang member2 diorang kirim. Untuk trip kali ni memang takde nya Kak Kiah mengambik kiriman orang dah macam dulu sebab memang menyusahkan je, especially jenis yang kirim pakai air liur je. Lepas tu cerewet lak nak yang gini2 gitu2 sampai kita lak stress takut kalau beli salah kang tak berkenan pulak di hati. Dah la kena pakai duit won kita yang tak seberapa banyak tu kan.

Tapi dalam takde plan nak beli tu last2 ternampak lak cap ni. Lupa plak my sister ada cakap dia nak topi cam Ji Hyo ni. Ha ok la beli jugak la sebab cute. Harga 15,000won dapat kurang dari 20,000won.

Cap Ji Hyo kunun2
Kak Kiah dah bagitau diorang masa dinner tadi yang Kak Kiah nak naik ke Yongdusan Park tu sebab nak tengok Lantern Festival. Katanya dalam kul 9pm kang ada acara kemuncak di mana lantern burung merak kuarkan api. Woo sure la nak tengok kan. Zuree pun nak join Kak Kiah. Zai pulak memang Kak Kiah tau dia tak nak ikut sebab kena naik tangga bagai, jadi ingat cam nak biar la dia n Kin ronda2 Gwangbokro tu sebab diorang pun masih lom jumpa barangan yang nak dibeli.

Skali tu about 8.30pm masa Kak Kiah dah nak gerak, masing2 semua nak ikut plak. Tatau la diorang tak konfiden jalan berdua je ke apa, tapi agak annoying gak la cara cakap tu – “Takpe la takpe la semua naik Busan Tower balik laa..” Eh eh eh.. Panas hati den. Macam la Kak Kiah memaksa. Kan dah cakap tadi, Kak Kiah lari kejap je kat atas, amek picca pastu turun la bawah balik cari diorang. Apa masalahnye tatau la. Dah awok2 ada nak membeli, pergi je le membeli dulu sebab esok2 lom tentu dapat datang lagi sini. About 10mins gak tersangkut sebab nak decide bende ni je. Hadoi la.

So lepas diorang setuju walopun dalam kebengangan, Kak Kiah n Zuree pun laju2 la berjalan. Janji akan jumpa balik diorang kul 9.30pm kat area tadi.

Dah few mins kami berjalan, Kak Kiah agak hilang punca gak kedudukan kami masa tu sebab nak cari balik tangga short cut ke Busan Tower tu macam tak jumpa2. Orang plak memang ramai sebab malam minggu. So Zuree secara semula jadinya dengan kompiden menunjuk jalan. “Ye kak, betul kak. Tadi kita lalu situ la. Saya ingat lagi kedai Innisfree tu. Lepas ni kita belok kiri nanti jumpa tangga tadi”. Wah cara cakap cam kompiden kan, harus lah Kak Kiah percaya. Well well well nak tau apa jadik? Sesat barat uolsssss!! Ntah mana lorong kami masuk tapi memang sesak la dengan orang berjualan sume. Tangga tak nampak bayang langsung. Innisfree mana la yang minah ni tengok tadi.

Anyway si Zuree ni dok la non-stop bercakap masa tu. Walopun agak panas hati sebab sesat2 tu, tapi layan kan je lah. Dalam otak tu dok pikir awat la budak ni bercakap tak renti2 ni.. Ke hobi dia memang bercakap dan memberi pandangan walopun full of crap? I’m sorry la sebab memang teruk sangat Kak Kiah rasa (masa tu la) sebab dah baper kali kan jadik camni – tengah sesat n kita tengah berfikir cemana nak solve masalah, yang dia asek bercakap n buat kita distracted . Rasa macam nak cakap je “Syyyyy diam untuk 5 minit kejap boleh tak?”

Anyway, she looks so happy masa jalan ngan Kak Kiah tu so Kak Kiah tak sampai hati nak marah or bengang ngan dia. Boleh gittew? Haha. Bukan hipokrit la... ni jaga hati namanya, supaya tak nangis anak orang..

Lepas kami dah sesat2 tu akhirnya jumpa jugak tangga shortcut tu. Tengok jam dah kul 9.15pm. So dah terlepas la acara kemuncak. Tengok orang pon dah beransur balik. Haih what to do takde rejeki. Tapi kami dapat la amek gambo lantern2 yang ada.. Ok jom layan.

Wahhh panglima sudah ada lampu!
Antara yang cantik dan menarik
Kiah, panglima dan Busan Tower
Masa tengah sebok2 amek gambo tu minah ni dok pokpek pulak pasal trip Seoul Kak Kiah this coming November sebab tak inform dia. Erk. Kak Kiah tatau pun dia nak follow sebab Kak Kiah dah beli tix tu lama dah, bulan 11 last year I think. Kalau dia bagitau nak follow, Kak Kiah rasa sure akan inform dia punya. Tapi dia beriye2 dok pertahankan yang dia dah bagitau awal2.

Eh geram betol tak senang haku nak amek gambo lantern ni asek nak melayan dia.

Last2 senyap2 Kak Kiah tinggalkan dia masa dia tengah ghalit amek gambo. Hihi jahat kan. Kak Kiah geram uols. Dah la serabut sepanjang hari ni dengan perangai dia yang sangat childish, lepas tu asek nak bercakap je. So Kak Kiah gi la lari amek gambo lantern2 kat tempat yang jauh sket. Dari jauh memang nampak je dia sebab pakai tudung polka-dot kan so obvious la sebatu pun leh notice. Cuma saja nak biar dia rasa jap bila kena tinggal hehe..

Kalerful dan unik pembuatannya
Ni ada kaitan ngan Buddha la kan
Ghalit nengok kan?

Classic Korean Dance. Lovely!
Masked dance, stupa, shaman dance
Sword Dance - smart giler


Busan Tower - sayang tak naik atas ni
General Admiral Shin
After 10 mins masa untuk diri sendiri yang penuh aman damai dan sejahtera akhirnya Kak Kiah balik ke tempat tadi. Nampak je Zuree dari jauh dok sorang2 kat area entrance. Bila nampak Kak Kiah, dia punye lah bengang dia cakap macam nak nangis bila tengok Kak Kiah takde. Hehehee.. ok la ok la... kesian dia. Rasa bersalah jugak masa tu. Tak baik kan Kak Kiah ni dengkikan dia. Kalau mak dia tau ni mampos ai..

So ok lah Kak Kiah masa tu pun amek la hati dia and tolong snap kan picca. Sian dia dok kulu-kilir usung kamera dabak tu untuk berselfie. Takde sapa nak tolong amekkan gambo. Dia nak bercakap pun takpe lah layankan je bercakap. At least nampak la dia happy jugak datang Korea ni. Bab mulut tu je la takleh nak nolong.. Mungkin natural kot memang jenis suka bercakap. Kita yang mendengar tu kena la reti bezakan mana yang full of crap and mana yang tak.. muahaha..

Pose before balik
Tengok jam masa tu alamak dah 9.30pm! Harus la yang berdua tu panas hati dengan kami sebab lambat. Jadi cepat2 la kami turun and jalan laju2 ke tempat yang dijanjikan.

Dari jauh tengok Kin & Zai dah tunggu. Huhu lambat 15mins. Tengok muka Zai tensi je masa tu. Ye lah, hari ni je baper kali keje dia asek menunggu orang je (Kak Kiah la tu hehe).. Ampunkan Kak Kiah dik. Sememangnya diakui trip kali ni Kak Kiah memang terok sangat bab timing ni.

Then tetibe ada orang tego, “Eh Kak Kiah! Haa jumpa pun”. Aik toleh2 ada satu family ni hubby, wife, anak n mak dari Msia. Oh rupa2nya hubby & wife tu pembaca blog Kak Kiah rupanya huhu. Tak sangka ai femes. Kembang idong terus kekeke. Diorang ni cover Jeju, Seoul and Busan and esok nak balik dah. So kami borak2 la kejap. Anyway, sampai la dah babai2 tu Kak Kiah lupa nak tanya nama diorang ahahaha boleh tak camtu? So to both of u pasangan hubby n wife yang Kak Kiah jumpa aritu, sori ye sebab lupa tanya nama and thx a lot sebab pertemuan ni buatkan Kak Kiah happy sangat and perasan retis sangat kakakaka...

Apapun, still, it’s a good feeling knowing that this blog banyak bantu orang2 yang nak travel and ramai jugak yang appreciate despite Kak Kiah asek merepek meraban dalam ni. Thank u readers! 

Masa ni dah kul 10+pm. Kedai2 masih banyak bukak. Maybe sebab hujung minggu kan. Jadi Kin & Zuree decide nak pegi lagi cari barang. So Kak Kiah lepak ngan Zai pulak berdua. Kesian jugak tengok dia sebab nampak sangat tak enjoy ngan this trip. Kak Kiah tanya la soklan cepumas yang ku pendam2 sejak semalam – kenapa ya decide nak ikut trip ni sebab tengok cam tak minat je? So dia story la dia memang suka tengok tempat orang tapi level biasa2 je la. Cuma kaki dia sakit n dia takleh nak jalan sangat. Oklah dah faham kot situasi dia camne. Maybe sebab before ni dia jalan ikut travel agency kan, so macam rilek sikit..  Dengan Kak Kiah ni kan bajet cheapskate, banyak jalan n dengan masa terhad rushing plak tu. Hmm kesian kan theyols. Agaknya sepanjang trip ni nyumpah2 je Kak Kiah hehee..  Abis nak buat guane. Kata nak low bajet. Ni lah low bajet nyer style huhuhu..

About 11pm baru la kami gerak balik. Amboi sakan kan berjalan hari ni. Betis memang toksah cakap la.. keras terus.  Jalan dah ngengkang. Mata semua pun dah layu2.

Malam ni kunun2 nak buat assignment yang tak siap2 tu. Skali tu adoi PC dalam bilik kami problem lak CPU nye tak nyala lak. Geram betoi buat hiasan je rupanya PC tu. Mintak tolong ahjussi Busan Inn tu katanya esok pagi baru leh ada orang repair. Malam ni memang takde staff.  Last2 Kak Kiah buat jugak la assignment tu pakai Ipad. Badan penat. Otak dah letih tapi terpaksa la gigih berjaga. Padan muka kan bertangguh lagi.

Tengok Kin dah berdengkur last2 jeles pulak... terus tarik selimut huhu..  

Esok nak ke Gamcheon Village lak pagi2. Harapnya esok tiada lagi drama. Harapnya lahhhhh... Hehe..

23 comments:

  1. Anak ikan kita samalah, kim soo hyun. sebenarnya bila orang cakap Busan, saya teringtkan Yong Hwa je. Yang lain2 ape pun tatau pasal busan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la sebenarnya.. tau yong hwa je hehee.. selain tu ujiin winter sonata. dorg dah cam ambassador busan lak kan..

      Delete
  2. Suka baca blog kak kiah..
    aritu saya gi jeju pon guna blog kak kiah as reference :D
    Pasni nak gi Busan boleh la cilok2 lagi travel itinerary kak kiah eh heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo bole2 takde hal. kalo bole membantu apa salahnya. TQ aozora! :)

      Delete
  3. best betul baca pasal orang jalan-jalan. rasa macam nak beli tiket flite skrg jugakkk hihi. jemput ke blog saya kak kiahhh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi dia pi london lagik dasat!! hehee.. TQ for dropping by. insyaAllah nnt KK link kan yr blog. KK ni byk blog kengkawan lom sempat jengah sbb kebizian melanda. nnt tggu KK ada masa nak khatam entry2 mereka nih.. huhu

      Delete
  4. Kedai kueh yang Kak Kiah beli tu memang tak putus2 orang beratur.. Ada juga diaorang pelawa suruh mencuba... tapi tak jadi. Kalau tau sedap memang tak lepas peluang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul.. mmg hot stuff ler kot.. rasa inti tu ada macam apam balik sket, tapi batter pancake.. lebih soft. nyummm..

      Delete
  5. kwn kak kiah yg tak enjoy trip tu maybe sebab dia paksa diri sbb tu tak enjoy. kdg2 trip merip ni xleh paksa diri nak cover semua tmpt kalo xmampu sebab nanti tak enjoy..kesian dia kan. kak kiah saya tahu...kuat betul..panjang gunung kinabalu lagih..hehe..tabib spring lah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. sian diorg.. maybe diorg ingt trip KK ni rilek2 santai2, skali tu ha amek ko kena lenjan tenaga. kikiki..rasanya turun brape kg agaknya masing2 balik dr sana aritu..

      Delete
  6. Wah.....seperti pinang dibelah dua dengan Do Min Joon.....best le....Cap tu cantik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee tu namanya pinang tak bole blah. hahaha. cap tu cute kan. kat msia org jual smpai rm100+ sabo je ler..

      Delete
  7. Menunggu je entri busan kak kiah ni.gamcheon village tu memang ada dalam wishlist tempat nak pegi.jalan2 bajet ni standard la kena banyak guna kaki,kan?saya pun nak kena eksesais ni nanti nak menapak mau sampai kengkang..ahaha..bertabah betul kak kiah ye..kalu saya...ntahlah..mau budak2 tu dah beli tiket balik malaysia kot..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehe mesti exercise tau. kalo kaki sakit n melambatkan perjalanan, mmg tak syiok la sbb masa limited kan. nnt KK pos entry gamcheon village ye.. maybe not today kot sbb bz sket..

      Delete
  8. Cinema tu ada kat belah kanan pintu masuk BIFF tu Kak Kiah. Pastu depan sikit, turn kiri. Pun berlambak kat sana. Haritu gi Busan, cover area ni 2 hari sebab hostel seberang jalan je.

    Bab orang merajukpajuk tu memang sangat difahami. Nak sound direct macam xbest sebab kita dah kat tempat orang. Kalau Bibie, jalan ke depan jelah. Pastu pujuk hati sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke.. kalo stay sini sonok la kan sbb leh cuci mata malam2. kalo tanya bab area, KK prefer nampodong la dr busan stn yang banyak gelandangan tu.

      heee bibie nak gak pujuk hati sendiri.. KK kat sana diam membuku je. balik siap la masuk blog lagi teruk. hahaha.

      Delete
  9. kak kiah, bulan November pergi korea berapa haribulan? mana tau pergi date sama dengan kitaorg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 13-21. uols bila? kalo ada kat sana masa tu leh la bersenggol2an sambil berkpop kita ye huhu

      Delete
    2. kak kiah pegi incheon ke busan? kot2 la berselisih bahu nanti huhuhu

      Delete
    3. kak kiah, kami pergi 20 - 24. sempat kot kalau terjumpa. hehehe

      Delete
    4. azra, KK turun incheon. wah hahaha reunion la kita kat sana ye. laalaa, ha sempat la kot kalo tersenggol2 tu helo lah ye huhuhu

      Delete
  10. jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah pengatahuan pengalaman... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah gitu! so trueeeee... luas pemandangan, banyak jugak pilihan - yang ensem, yang macho, yang lomentik ahaha. takmo pilih, pandang pun boleh :)

      Delete