Wednesday, May 7, 2014

BUSAN-JEJU – YEHA GUESTHOUSE

Untuk entri ni Kak Kiah nak citer pasal guesthouse yang kami stay yakni Yeha Guesthouse (Terminal). Untuk Malaysians rasanya ramai yang familiar dengan Yeha and jadi pilihan kalau ke Jeju disebabkan diorang ada sediakan pinggan-mangkuk & peralatan memasak untuk muslims. Dari segi harga pun ok - untuk dorm 22,000won pax. Kalau double/twin 30,000won pax. Memandangkan location, facilities n keselesaan yang sangat2 memuaskan hati – Kak Kiah sangat2 rekomen guesthouse ni pada kengkawan semua.

Macam yang Kak Kiah mention aritu, booking dibuat oleh Zuree. Rasanya ada bayar 10% thru debit card masa booking tu kot (kalau tak silap). Yeha GH ni ada 2 – satu branch Terminal dekat ngan airport, satu lagi dekat ngan City Hall. So kalo nak booking boleh usha sini:
http://www.yehaguesthouse.com/main/main.php?lang=eng 

Dari segi location tempat ni ok sebab dekat ngan Jeju Airport (5-10mins drive) and Jeju Bus Terminal (5mins walk). Ada convenience store GS25 yng berdekatan. Facilities pun ok – free wifi (takde password2), ada 3 PC public (2 in english, 1 in korean), free breakfast (roti, telur – goreng sendiri), ada free kimchi, rice & pickled radish. Dalam bilik ada bathroom, tuala, TV, fridge, hairdryer. Kalau nak iron just turun bawah mintak kat staff. Staff pun baik2 n can speak english well. Kat sini boleh call Msia free on landline. Pastu ada lak charger2 untuk kegunaan guests in case ada yang tertinggal charger ipad, handphone etc.

Ok tengok gambar jom..

YEHA Guesthouse (Terminal) - 561-17, Samdo 1-dong, Jeju-si, Jeju Island, South Korea

Our double room - ok la boleh muat sorang semayang. Tilam takde heater tapi amazingly sangat2 selesa tido walaupun sejok gedi malam tu..
TV, fridge, hairdryer, ridsect pun ada!
Kaunter lepak2 - ada phone untuk calling2 & chargers kat sini
3 public PCs - 1 in Korean, 2 in English (at least in Windows)
Antara cenderahati dari guest2 yang pernah menetap di sini. See that RM10? That one was from satu kapel yang mai sini untuk hanimun huhu..
Dua anak dara di dapo
Koridor menuju ke bilik2 - penuh gambar kenangan dari guests
Kat tangga pun ada juga..
Where are u from? Penuh sticker dari Msia
Buku2 boleh dipinjam kalo boring2 tatau nak wat per

Nespresso? Bancuh sendirik n bayar kat receptionist
Yeha juga ada sediakan tour untuk guests. Tapi Kak Kiah tengok cam agak mahal juga harganya.
Makanan free - dah nak check out baru notice nasik free uolsss... haiyaa..
 

Ruang memasak - plis jangan goreng ikan dan pork di sini ya.. nehi nehi..

Cabinet food for muslims - macam2 ada dalam ni (so kalo sapa mai sini takde food, don wori.. bukak je ni)
Ruang membasuh yang sentiasa bersih

Kat sini after 11pm takleh buat bising and takleh melepak2 kat kitchen tu. Front door pun akan dilock (boleh bukak with code).

Dari segi kebersihan memang Kak Kiah sangat2 puas hati. Staff dia memang rajin mengemas2. Tapi paling best skali tentulah tempat fav melepak – rooftop hehe.. leh layan view Mt Halla dari jauh..

Tempat melepak melayan view dan bergosip ria
Marilah kita minum susu pisang supaya sihat dan kuat!
The view of Hallasan dari rooftop


Masa kami kat sini, ada la terjumpa satu group dari Msia. Sempat ler berbual dengan one of them. Diorang dah 2 hari kat Jeju, esoknya nak fly ke Seoul pulak. Diorang ni rent kereta kat sini, wah jeles sungguh. Oh ya, bab parking Kak Kiah tak pasti la pulak harga parking cemana kat guesthouse ni sebab tengok depan tu parking space cam limited je. But grup tadi tu memang park depan tu je. So kalo ada yang nak rent keta masa kat sini, please ask them first pasal parking ni ye.

Seblom check out jangan lupa ask the staff untuk amek picca kenang2an so diorang leh letak kat tangga2 tu. Masa kitorang ari tu tak buat pun sebab tak sempat n Kak Kiah pun tak teringat until dah last minute lepas call cab untuk ke airport. Frust hokeh.

Antara benda yang kureng sket kat YEHA ni – cuma takde lift kot. Hehe. Standard lah dok Korea kalo tak mendaki tangga tak Korea namanya. Bende ni je lah kot yang tak berapa best.

Other than that, Nowa bagi empat bintanggggggg!!

12 comments:

  1. GH ni memang banyak Malaysians bagi review. Tapi first time nampak notis yang kat area dapur tu. 'Do not grill fish & pork'. Wah sangat menjaga tau! Alhamdulillah diorang dah makin peka ngan isu ni.

    Gi Jeju nanti, Insha Allah...nak riki GH ni juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah nak pi jeju ke? hihi. pick tarikh yang ok tau.. kalo dapat time cherry blossom tu memang best sangat!

      Delete
  2. Replies
    1. sabar menanti ye cik anon. KK ni kan update blog macam buat tesis sket.. hew2x

      Delete
  3. Bestnya YH Guest house ni... Kak Kiah jangan layan Anon... dahlah tak letak nama... paksa orang nak sambung pulak...

    ReplyDelete
  4. hehe takpe la.. lupa letak nama tu kot. Mie kalo pi Jeju stay sini la, KK rekomen sangat!

    ReplyDelete
  5. kalau sampai jeju nanti...boleh dipertimbangkan GH nie, menarik, selesa dan bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mrs smile. bagus tempat ni.. comfy la. bila penat2 balik tido syiok habis!!

      Delete
  6. Ok kak kiah lepas baca review yg best dari kak kiah insha allah confirm akan booking cini :-)

    ReplyDelete
  7. Kak Kiah, Zuree tu memang book GH ni pakai debit card eh? Sebab method of payment dia cakap credit card. Saya dah book pakai debit tapi dia cakap tak boleh charge deposit pulak. Huhu. Dah lah takde credit card.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya debit card. KK tak sure cemana dia buat. Memula tu memang takleh sebab kne pakai CC. Rasanya dia email direct ke Yeha kot.. kalo tak silap la..

      Btw, kura2 dah ke Jeju ke ni?

      Delete