Sunday, May 18, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 3 – THE 40 STEPS

About 4+pm baru la kami keluar dari Busan Inn and menuju ke Busan Station. Before fly aritu ada terbaca pasal one-day pass pakai Cash Bee card, so ingat nak beli yang ni je sebab jimat kan (4,000won per day) even though Kak Kiah & Kin memang dah ada T Money. Anyway, Kak Kiah takde cukup info pasal Cash Bee ni – just tau bende alah ni boleh dibeli di 7/11 or CU.

So masa sampai Busan Station tu terus masuk satu convenience store ni (tak ingat nama) sebab beli Cash Bee. Malangnya tak dijual pulak. So kami split la – Kak Kiah dengan Zuree, Kin dengan Zai untuk cari 7/11 or CU berdekatan. About few mins berjalan tu baru la nampak CU, rupanya ada je kat sebelah Busan Station.

So masuk la dalam and terus beli untuk 4 orang. Masa tu eh boleh pulak si Zuree ni nak pulang duit (dia ada utang duit sebab Kak Kiah tukarkan duit won dia aritu). Hai kalut betul la macam takde masa lain nak bagi duit tu, orang dah la nak cepat ni. So tengah kalut2 tu – u guess what, Kak Kiah tak check pun masa beli. Just bayar kad tu untuk 4 orang (3,000won for each) and topup terus 8,000won untuk semua kad.

N nak tau apa sebenarnya yang jadik? KAK KIAH TERBELI T-MONEY UOLSSSS!!!

Adoi la. Tension betul. T-Money tu kan Kak Kiah & Kin dah ada. Rasa nak hantok kepala je masa tu sebab sengal sangat tak check masa beli tadi. Dah salah beli ni maknanya akan terlebih bajet transport la jawabnya. Harus la kena carut dalam hati oleh mereka semua. Oh tidakk..

Ok dah buat silap sekali tu takpe la kan, lepas tu nak tau tak – tak jumpa pulak subway station nye kat mana. Masuk Busan Station tu menggagau2 la kami berjalan dalam tu. Masa ni otak memang jem macam bongok sangat takleh pikir. Yang tiga orang tu menonong2 follow je la Kak Kiah sebab diorang pun bergantung pada Kak Kiah je kan nak pikir direction ni sume. Lepas beberapa ketika tu baru la teringat kejadian sama pernah berlaku dulu bila Kak Kiah kompius antara train station n subway station.

Hahaha betul rupanya. Busan subway station tu rupanya kat depan Busan Station Square. Tak sama tau dengan Busan railway station. And locationnya bawah tanah ye. Kekeke bongok tak?

Busan Station Square - ada fountain kat depan ni
Cantik angat unge..
Welcome to Busan!
Busan Station - not subway station
So kami berjalan le pulak lagi menghala ke depan Busan Station Square tu. Baru la nampak dari kejauhan exit #10 hehee.. Masa on the way tu notice banyak gelandangan kat area ni. Macam terkejut gak sebab i thot Korea takde pengemis2 ni. Rupanya ramai sangat and depan station dah macam port depa la..

Ada lantern2 bergantungan. Kat bawah pokok2 ni pengemis banyak berbaringan dan lepak2.
Subway kat Busan ni dipanggil Metro. Konsep sama cam subway kat Seoul cuma line dia tak banyak.

Busan Metro Subway Map
Untuk ke 40 Steps, kami naik Line 1 dari Busan Stn – Jungang Stn (Exit No 13).


Bila dah kuar exit tu blur kejap ke mana arah nak dituju sebab actually Kak Kiah tak salin pun full direction cemana nak ke situ, cuma tau location dia dalam map and my note says – walk 5mins to the direction of Gwangsan Hospital. Zuree suh ikut ada satu arah ni sebab dengan konpidennya dia kata situ ada satu bangunan tu hospital sebab ada cross (+) kat depan and tulisan hangul tu maksudnya hospital. Ye aje minah ni macam susah je nak dipercayai. Instead Kak Kiah decide to base on my guts je and jalan menghala ke Exit 11 sebab lebih make sense dengan kedudukan 40 Steps dalam map. Pastu baru la nampak signboard 40 Gyedan Cultural Center tu. Huhu lega alhamdulillah jumpa jugak.

Kalo jalan sorang actually Kak Kiah don’t mind sesat-barat ni, tapi sebab ada orang lain kan – pulak tu yang sorang tu dah memang sakit kaki – kalo boleh nak elak la dari sesat2 ni supaya tak dicaruti. Tapi sebenarnya dalam kita memikir2 direction sepanjang di Busan ni ada banyak kali kejadian yang membuatkan Kak Kiah migrain. Salah satu tu macam tadi tu la. Sudah la seblom tu tak tolong cari cara cemana nak pegi satu2 tempat tu kan, sume bergantung pada Kak Kiah sorang je tukang cari info. Bila dah kat sana dengan konpidennya memberi cadangan – ikut jalan ni, ikut jalan tu – tanpa ada basis yang logik and paling teruk bila kita plak percaya dengan kata2 dia sebab convincing sangat cara dia cakap tu. 

Untuk 40 Steps ni luckily I chose not to listen to her suggestion. Tapi lepas2 ni memang banyak kali jadik kejadian kompius-sampai-sesat ni. Bab ni kena tunggu entry2 lain lak ye hehee.. 

So nasihat untuk kengkawan sume, please make sure cari direction sendiri before pegi tu ok walopun pergi in group. Jangan la harap kat orang lain untuk cari. Once kita ada info dalam tangan, konpiden sket la kita berjalan tu and dapat ignore la orang yang jenis tetibe macam mahir lak dengan area tu. Bukan nak tunjuk sapa betul sapa salah, just nak avoid sesat. Sebab kalau sesat, kaki sakit. Bila kaki sakit, mulut laser. Bila mulut laser, tarik muka. Bila tarik muka, tak enjoy. Ha nampak tak? Simple maths je ni.

Ok sambung stori. Kalo Kak Kiah ni membebel memang takleh benti kui3x..

40 Steps ni sebenarnya salah satu dari tempat yang bersejarah di Busan. Di mata kasar ia cuma adalah tangga saja. Tapi tempat ni masa lepas Korean War menjadi tempat pertemuan refugees dengan family masing2. Kan masa Korean War (North attack South), ramai la yang menjadi refugees and lari ke tempat lain. So bila perang berakhir, mereka pun kembali ke Busan. Untuk jumpa balik family masing2, diorang sebarkan news untuk pergi kat 40 Steps ni. Jadi ramai la refugees & their families yang berjaya direunitekan di sini.

Statue yang menunjukkan penderitaan yang dialami akibat Korean War
Tempat ni jadik femes bila ada lagu berkaitan 40 Steps ni hit dalam 1950s. Selain tu ada jugak movie yang shoot kat sini. And of coz to Running Man fans sure tau tempat ni – this is where diorang main game baling kasut tu.

Selain dari statue2 yang menarik di sekitar, kat sini ada jugak 40 Steps Cultural Center tapi kami tak pegi la sebab tak masuk list. But kalo ada yang interested nak pegi, boleh la sebab free je and ada exhibition jugak dalam tu.

This one is so funny haha
Bunga sangat cantik uols macam butterfly!
The 40 steps and the Accordian Player
Menghibur hati yang duka rupanya..
Aksi2  Kai-Bai-Bo Kak Kiah & Zuree
Kak Kiah sedang memujuk pakcik accordian jangan sedey2
Aksi mencampak kasut ala2 Running Man pulak dah
Lepas dah snap2 picca, kami pun menuju ke lokasi seterusnya iaitu Busan Tower di Yongdusan Park. Ayuh!

5 comments:

  1. Me everytime nak pegi korea, mmg akan study Naver map kaw2 ... map ni ade streetview so sangat best utk riki2 tempat sebelum kite sampai sane ... rase mcm kite dah kat sane padahal tengok kat map je pun ... mmg susah nak sesat kalau follow street map ni betul2 ... next time kak kiah nak pegi sane lagik, boleh la masuk map.naver.com .. another option is map.daum.net ... semua in hangul la but since kak kiah dah reti bace hangul, so should be no problem ... takat reti bace name subway station, name jalan semua then dah good enuff dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke.. TQ TQ baru tau kewujudan map2 ni. bole la dijadikan rujukan pasni. baca hangul terkial2 lagi tapi boley laa ahaha... again TQ ya azra :)

      Delete
  2. Patutlah mcm pernah tgk je lokasi 40 steps ni rupanya dlm running man aksi campak kasut tu heee
    Ok ok nanti nk pegi sini kak kiah mmg daebak! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tapi kalo orang tak folo running man sure akan cakap "apa ni? tangga je??" hahaha jenuh la nak eksplen sejarah pastu

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete