Monday, May 26, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 4 – GUKJE MARKET

Dari Gamcheon Village kami naik bas ke Toseong Stn untuk amek subway Line 1 ke Jagalchi Stn pulak. Dari situ kami nak ke Gukje Market dengan berjalan kaki dari exit 7.

Actually plan Gukje Market ni kan patutnya semalam. Tapi sebab kami spend lama masa kat Busan Tower tu, jadi plan sopping souvenir Gukje Market tu terpaksa dislot ke hari ni – menyebabkan masa yang diallocate untuk beberapa tempat terpaksa dipendekkan. Pagi tadi Kak Kiah ada bagitau Kin suh whatsapp adik2 berdua tu tentang pertukaran plan ni. Malangnya Kin pulak terlupa nak inform. Maka masa dah sampai Jagalchi Stn tu la baru diorang tau yang ada nak pegi market arini.

Ok masa tu Kak Kiah takde la pikir jadik issue apa2 sebab nak sopping souvenirs etc kan – n masing2 pun rasanya shud ada duit sebab semalam Kak Kiah ada remind untuk ketepikan about 40,000won untuk duit wajib (Busan City Tour, lunch di Turkish Restaurant & cab ke airport esok). Selain tu dah boleh la spend won masing2 untuk beli apa2 yang nak di market ni.

Dari exit Jagalchi tu takde la jauh sangat nak ke Gukje Market. About 10mins walk and kena lalu BIFF.

Map Nampodong
Melalui BIFF
Konsep Gukje Market ni lebih kurang Namdaemun Market la - memang meriah! Masa tu cam nyesal lak tak bawak duit won banyak huhu. Kak Kiah cuma allocate 150,000won je sebab rate tinggi kan masa nak tukar duit aritu.

Gukje Market - cilok dari Google
Gukje Market - cilok dari Google
Gukje Market - cilok dari Google
Gukje Market - cilok dari Google
Kami pun cuma ada limited masa untuk bersoping which is only 1 hr. But u know lah, mana cukup 1 jam tu sebenarnya kalo dah datang tempat macam ni kan. Mata rambang satu hal. Nak tawar-menawar lagi satu hal.

First tuju tempat t-shirt. Tengok2 ada la baju Busan tapi kena order dulu nak kaler apa, design cemana.. nanti lagi setengah jam mai semula untuk pick up. Sehelai baju dapat ler 6,000won. Kak Kiah beli 5 helai as usual untuk my brothers.

Pastu kami tuju kedai Kpop lak sebab of coz laaaaa.. tak Korea namanya kalo tak masuk kedai2 sebegini hehe. Lagipun dengan masa yang limited ni nak cari souvenirs cam fridge magnets, keychains sume tu memang takde la nak pi jauh2 sangat. Asal jumpa terus rembat konsepnya.

Kedai Kpop dilupa jangan
Anyway, masa ni si Zuree dah mula tanya pasal money changer. Dia kata pada dia ada duit USD and dia nak convert. Ah sudah. Mana la nak cari kat tempat2 camni. Awat la awal2 tak tukar aritu kat airport ke.. Time2 genting lak ni jadik keje lak nak mencari money changer. Pastu dok tanya Kak Kiah, “Kak, mana ek money changer? Mana ek money changer?” Adoi serabut mak. Mana la Kak Kiah tau, dah kita pon first time datang sini. Nak sebut money changer in korean pun tatau.

I guess masa tu dia dah short duit kot. Sebab sepanjang2 kami jalan tu bila Kak Kiah toleh belakang, dia dok pegang calculator dok diskas2 ngan Kin ngan muka serious. Ingatkan dok convert kiraan matawang rupanya dok kira hutang Kin ngan dia. What the...? Eh geram sangat masa tu. Kenapa la kat tengah2 jalan ni baru nak kira pasal hutang2 ni. Bukan ke sepatutnya dah setelkan semalam2 ke? Bila dah jadi camni, duit 10won tableh nak lebih kurang. Kin punya muka pun dah start tension dah masa tu. Ye lah nak soping pun tak senang.
*See? Ni lah jadiknya bila ku suruh masing2 manage duit.

Yang sorang pulak tatau la apa ke halnya dok bising harga mahal kat sini. Rupanya dia nak beli sumthing untuk parents n siblings dia cam wallets, handbags sume tu la.. Laaa of coz la sini mahal. Takde nye orang datang Korea nak sopping barang2 sebegitu, even dress ke baju ke semua mahal pun. Dah tu bole plak dia sound ahjussi kedai tu sebab tanak bagi dia murah. Hehe nak gelak pon ada Kak Kiah masa tu. Seblom mai sini Kak Kiah siap dah bagi cadangan list apa barang2 yg shud dibeli di Korea siap dengan anggaran harga lagi. Tatau la kot tak baca ke apa.

Bila tengok masing2 dah huru-hara sangat dengan money changer la, tatau nak beli apa yang murah la, duit won tak cukup la.. Kak Kiah decide untuk split. Serabut ok nanti jadik cam kes dulu barang2 yang Kak Kiah nak beli pun sampai tak sempat beli sebab nak entertain sorang2 punya kehendak. Janji to meet them again kat kedai t-shirt tadi.

Fuh lega sekejap otak. Macam torpedo la jalan masa tu cari seaweed, beberapa lagi souvenirs and barangan lain. Tu pun tak sempat beli kimchi sebab tak jumpa gerai2 yang jual makanan. And macam torpedo gak lari balik ke kedai t-shirt untuk jumpa balik diorang.

Setel je amek baju kami pun gerak balik. Tengok muka masing2 macam sesuatu je.. ala2 muka tension tak puas hati. Skali tu Kin pun cakap, “Ko tau tak, budak ni cuma tinggal 14,000 won je” Hah!!? Terus terhenti Kak Kiah masa tu. What? Takkan 14,000won je kot. Lepas ni ada Busan City Tour lagi, nak makan sedap lagi, esok nak gi airport naik cab lagi.. mana cukup? Yang sorang tu pulak sampai pinjam duit Kin 50,000won sebab dia tak cukup duit soping. Sampai Kin pun takde membeli apa2..

Damn damn damnnn... Macamana boleh short duit niiiii... #urutdadaberkalikali

Bukan ke bajet dah diberi awal2? Bukan ke Kak Kiah dah bagi anggaran berapa won shud bawak untuk duit wajib? Bukan ke dari sopping list yang Kak Kiah kasi before fly tu sepatutnya memudahkan masing2 buat anggaran bajet soping? Bukan ke Kak Kiah dah bagitau activate ATM+ in case duit tak cukup?

Ha lain kali jangan cakap, “Saya bawak duit sikit je kak. Takde plan nak soping. Saya lebih suka amek gambo je, kalo nak beli2 ni tak sangat la...” and then lepas tu ko beli kosmetik 20,000-30,000won. Memang nak kena laser la dengan Kak Kiah jawabnya.

Geram sangat masa tu sebab jadi hal pulak kita nak setelkan masalah mencari money changer. Ntah sapa la punya cadangan suh convert duit pakai USD dulu n then convert ke won. Memang la untung sikit (ada la ~RM5 je pun) tapi sepatutnya hal tukar2 duit ni buat la awal or at least inform Kak Kiah awal2 so that Kak Kiah leh try google mana nak cari money changer.

Last2 Kak Kiah suh Zuree & Kin pegi cari dulu money changer around that area sementara Kak Kiah n Zai tunggu kat subway. Biar dia rasa susah tak susahnya nak cari money changer kat tempat orang yang majority tak speak english. Seriously bengang masa tu sebab peristiwa Nanny berulang kembali. Sebijik sama. Masa kat Msia cakap takmo soping, pastu tak bawak won cukup and dok la paksa kita tolong dia cari money changer. Kalo ada banyak masa tak kesah la kan. Ni dah la kita dok terkejar2... pening betol..

Masa tunggu theyols berdua tu Kak Kiah confront Zai pulak apa yang menyebabkan dia pun sama short duit. Dia kata dia follow sebijik2 apa yang Kak Kiah tulis dalam bajet soping tu n yet tak faham kenapa duit dia tak cukup. Actually duit soping ni bergantung pada invididu la. Kak Kiah bajet camtu ikut apa yang Kak Kiah nak beli, sepatutnya dia bajet la ikut apa yang dia beli.. kalau dah awak nak beli benda2 mahal jangan la expect duit soping tu sama. Adoi la tu kan simple maths... Tension sangat tau. Kenapa la masa before fly masing2 ni tanak membaca apa info yang aku dah penat2 cari untuk semua niiiiiiii....

Tak lama pun kami menunggu. Then Kin & Zuree pun sampai. Tak jumpa money changer katanya. Kalau ada pun bank kat situ rate dia tinggi sangat, rugi kalau tukar. Boleh gitu? Eh malas nak komen masa tu. I’m sure if Kak Kiah berbunyik, ada la yang dapat makian percuma.

Since ada yang tak cukup duit & masa pun dah banyak terbuang, akhirnya Kak Kiah decide untuk drop Busan Mosque & lunch kat Turkish Restaurant tu. Takkan nak makan sedap bila dia cakap, “Takpe la kak.. akak makan je la. Saya minum air je pun ok”. Tak masuk akal sangat dik oi.. Tak tenang aku nak makan sedap. Mood pun dah ke laut masa tu. Lagipun nak ke Taejongdae pun amek masa few hrs nanti sure lagi terkejar2 nak ke Busan Mosque yang terletak agak jauh di belah utara. Geram memang geram but what to do kan.. dari penat2 pegi hati dok marah2, baik takyah pegi..

Bila sampai subway tensi bab lain pulak. Since kami nye balance T-Money dah tak cukup, kena la topup kan. Bila nak topup T-Money tak boleh pakai machine yang ada pulak. Hai ntah tak faham Kak Kiah konsep transportation kat Busan ni. Mintak tolong orang kat situ diorang cakap leh topup kat CU. Masa tengah dok godak2 mesin tu, nampak pasal one-day-pass. Haa ni lah kot Cash Bee yang diperkatakan. Last2 Kak Kiah beli je yang tu 4,500won untuk sehari senang citer. Zai pun sama beli yang ni je.

Masa tu Zuree & Kin pulak dah pegi CU untuk topup T-Money tambah few thousand won lagi. Actually masa tu dah rasa dah macam bakal kerugian je theyols ni sebab kalo ikutkan kami akan naik subway lebih dari 4x lepas ni pegi-balik which means kos tu akan melebihi 4,500won. Tapi sebab diorang dah topup biar je la. Sampai bila Kak Kiah harus menyusahkan hati pikirkan duit orang pulak kan.. Masing2 punye duit.. Kau yang kerugian, bukan aku..

Haha stress tak baca entry kali ni? Kak Kiah masa tu stress sangat sampai gambar pun tak lalu nak amek uols. Anyway, untuk sesi soping bagi trip kali ni – hanya inilah yang mampu ku rembat. Not much but ok la untuk diberi pada close friends & family.

Hasil rampasan - comel kan GD? heeehee..

Untuk anak2 buah tusyen & girl frens
FM untuk kengkawan rapat

Untuk fans kpop
Notice the Pop-up Pirate Game kat atas tu? Hehe dah lama ku teringin beli bende alah ni.. Kak Kiah beli 9,000won. Bole la buat main masa berkumpul ngan family.

Overall, Kak Kiah tak brape puas hati dengan sesi soping di Gukje Market ni. Pertama, masa yang limited and tak dapat nak cuci mata sangat. Second, ada barang yang tak dapat dibeli. Third, ada kejadian2 yang tak diingini berlaku sehingga memotong mood.

So if uols nak ke Gukje Market, ni cadangan Kak Kiah:
1) Pegi pagi around 8-9am.
2) If nak pegi Ahad, please check. 2nd & 4th week selalunya tutup.
3) Spend 3 hrs at least di sini baru boleh cover semua n puas hati.
4) List down apa nak beli before hand so takde la dok belek2 satu barang tu sampai berlama2.
5) Bawak duit won yang cukup, especially kalo ada kawan2 yang kirim barang.
6) Kalo nak tawar harga, boleh saja if pandai pujuk ahjussi/ahjumma yang menjual

Anggaran harga:
T-shirt Korea/Busan – 6,000won sehelai
Seaweed – 10,000won satu pack besar (dalam ada 25 pkts)
FM – 8,000won-10,000won satu papan (or 2,500-3,000won per pcs)
Nail clipper keychain – 10,000won satu papan
Purse kiut – 10,000won satu pack (ada 5 pcs)
Kpop socks – 3,000won per pair
Kpop folder – 2,000won per pcs

Harap dapat la membantu semua ye. Oh ya.. kalo ada sesapa yang nak cari brooch, perlu diingatkan kat sini takde brooch ye cam Namdaemun Market.

Lepas ni nak ke Taejongdae pulak. Apakah kehuru-haraan ini akan berterusan? Jumpa di next entry!

29 comments:

  1. bab travel partner tak cukup duit ni , me dah penah kene ... mase pi korea jugak laa... tapi to make things worst, benda ni jadik rite from day 1 ... kite penat2 buat itinerary, buat bajet detail semua, alih2 sampai2 guesthouse, bile dah bayar utk accomodation, dan2 die kate duit die tinggal 30k won saje ... and our trip time tu adelah 10 hari ... huwaaaaa mmg huru hara sangat ... dah la atm maybank die takleh pakai ... hadeeehhh mmg stress kalo diingatkan balik ... lepas tu me dah tak travel with just anybody .. either solo, with siblings or with someone close to my heart saje ... serik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow kalo day1 dah jadi gitu lagi dasat tu..giler tension! no wonder bole sampai jadik serik ye. kdg2 heran apa la yang diorang buat dengan plan yang kita bagi tu. KK saspek macam diorang tak go thru pun sebenarnya.

      Delete
    2. kita pernah rase sedih sangat, bila buat itinerary, depa tak appreciate. bukannya kita ikut pon itinerary tu, at least tu la penyelamat bile memerlukan

      Delete
  2. sebenarnya ada rasa kesian kat kak kiah
    kak kiah ni macam suka sangat korea, tapi travel partner agak "gitu-gitu" sikit
    but saya ttp respek kesabaran akak hehe.
    yang ada gambar big bang semua tu ape sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai takde la sabar sangat kiah ni yang oi.. mengomel2 juga dalam hati huhu. yang gambar big bag tu actually folder file. bagik budak tusyen gak.. kaki2 kpop sume tuh

      Delete
  3. saya selalu gak partner abes duit...dan selalu jugak saya terlebih duit wpun selalunya dia bawak lagi byk dr saya...sebabnya saya ni jarang sgt sopping...takat beli sikit2 je wpun dah bajet sekian amount utk sopping...so saya la akan jadi banker dia...tp saya suka je, suh dia bg RM siap2...hehehe tapi kes sebegini hanya akan berlaku if dah last day or 2nd last day...kalo awal2, mmg saje mtk penampaor laaa...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah syok ni kalo jalan ngan DJ leh jd banker hihi. ye betul tu - biasa terjadi masa last day or 2nd last day. masa melben trip aritu pun KK short duit jugak kan sbnrnya sbb terlupa nak activate ATM+.. but since i went alone takde la susahkan org kan - muka toye je la bila tak cukup duit..

      Delete
  4. Hehehe stress jugaklah mengenangkan episod2 kk bersama travel partners cenggitu. Tp the way kk sampaikan pengalaman tu sgt2 menarik sampaikan saya tertunggu2.akk ni dulu2 exam bm konfemm a memanjang kan? Hehe bkn bm je subjek lain pun sy tau akk terer that's y akk blajo sampai leeds.
    Saya pun ngeri sgt2 ngenangkan isu x cukup duit ni. InsyaAllah mood lepas tu mmg akn spoil kan. Baik mood sendiri mahupun partner. Patut memasing dah tua2 ni pepandai aaar bajet. Beli kalau boleh beli. X mampu buat cara x mampu. Patut dorang kena standby credit card ok.

    Sama mcm azra.. saya jd ngeri nak pilih travel partner. Even rakan setempat kerja dok ngendeng2 ajk saya g korea lg lepas ni..saya sengih2 je hehe... saya ni pun leh thn gak berangin esp kalau pe'el pelik2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai karangan apa merepek manglish mencarut sume ada haha. guru BM tepok dahi baca blog ni. bab CC tu takleh nak cakap gak.. since KK pun tak pakai CC n bukan sume org leh pakai CC pun. but ATM+ tu mmg wajibulghunnah. masa KK miss flight dulu hai nasib baik ada activate ATM+ so ada la duit emergency. imejin la kalo tableh cucuk duit masa tu apa jadi.. naik tongkang kot balik msia huhu..

      travel partner ni KK actually takde la kesah sangat sbb KK pun bukan betul sangat ngeh3x. but kena tahan la KK bahan kat blog kalo buat perangai muahaha

      Delete
  5. Saya lak baca dengan berkobar2, membayangkan saya kat tempat akak. Haritu ada sorang yang kaki shopping giler2. Masa berpisah kat Namdaemun, boleh pula dia komplen xckup masa sebab dia allocate 2 jam yang ada kat brooch stall je. Aigoo. Pastu ntah kiriman sape2 dia terima. Last night kat sana, dia buat mogok xnak makan sebab tensi xbeli lagi barang untuk fam sendiri.

    Sibaik lah saya fikir masa tu kat tempat yang saya suka, so saya layankan je. Kan kaedah jalan solo ke depan & pujuk hati sendiri. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bibie lagi penyabar dr KK. KK ni memang tak bole la kalo orang kaki soping ikut travel, memang tak match gitu sbb KK ni biasa cuma allocate 10-20% je time utk bersoping. n bab tarik muka tu pun memang tak suke sangat, sbb leh spoil mood semua orang sebenarnya..

      Delete
  6. Akhirnya kak kiah update blog jugak..da sampai busan rupanya..kami plan nak pegi masa spring next year, sebab nak tengok sakura kat jeju sekali..

    Kesian kat kak kiah dapat travelmate macam ni..sy alhamdulillah, aritu pegi seoul takde travelmate yg buat masalah sebab sy ajak yg betul2 bole masuk kepala dgn sy je..

    Takpe la kak kiah, ada rezeki nanti bole pegi lagi..insyaAllah..cepat2 update taw.!! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe KK takde la salahkan 100% kat travelmate sbb dia jd gitu pun ada personal reason kan n KK pun kdg2 buat hal gak, cuma kne reti la adapt dengan surroundings, tahan sabar n hold yr anger no matter how annoyed we are.

      tunggu ye nnt KK cuba habiskan cepat2. dah tak banyak entry yang tinggal :)

      Delete
  7. hahaha memacam sungguh halnya.. kelakar pun ada tapi betul betapa pentingnya budget.
    awal2 kena ada back up duit incase anything happen. kalau ada CC lain ar boleh swap je memane..
    btw wooot wooot ~ kak kiah suka GD kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. GD comellllll!!! hehehee..

      ya bajet tu sangat penting. KK ni travel style bajet kedekut jd setiap expenses tu memang KK akan kira setiap malam supaya tak short duit. takpe la, ni mungkin experience utk mereka n hopefully lepas ni kalo mereka gi travel akan lebih berhati2 bab ni.

      Delete
  8. salam kak kiah

    macam2 hal ye KK kena, nampaknya episod itu berulang kembali, huhu...ya mmg stress bila kita dah plan sesuatu, tp plan x menjadi sbb peel org lain. mmg sedih okeh!

    sbnrnya, pd ain, pokok pangkalnya kita, be4 p tmpt org, check dulu ape yg patut, jgn terlalu mengharapkan org lain 100% kan? :) even p dgn travel agent pon still check bnda2 pnting yg x nyusahkan org

    ya betui, di korea (ain x sure la kalo d seoul je) - duit USD mmg laku, tp laku kat shopping mall, kedai2 make up....kiranya bukan d suma tmpt. tp kat nandaemun market depa mmg xde la duit USD tu, sekian terima kasih, ain plak yg membebel, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. episod berulang tu yang tak tahan, sbb diorang baca blog KK n tau apa jadi masa last trip dgn nanny tu. skali tengok laa sebijik direpeatnye mau tak meroyan KK masa tu haha.

      bab USD tu mmg ada yg ckp convert to USD then kat sana convert to won ada untung.. tp untung sikit je la which tak worth pun, unless kita tukar dalam amount yang banyak cam RM2-3K ker..but kalo duit tu part of emergency money then no prob lah kan sbb kalo terdesak baru pakai janji duit wajib ada kat tangan.

      Delete
  9. sedih saya jumpa t shirt busan kat busan tower jer..16k won..uwaa...fm pun kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik jangan la sedey. kualiti bagus kot huhu.. len kali soping kat gukje tau. murah saja bole tawar2.

      Delete
  10. 1st time kak terjejak kaki kat blog KK ni....

    dah tak de keje dok baca travel KK g korea...semua nye drama sangat hehehe

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welkam welkamm.. haha bab drama tu baca skali lalu je tau. yg baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan konsepnya hihi..

      Delete
  11. Saya selalu mesti bawak duit lebih dari budget sebagai emergency kalau tak cukup (especially bab shopping)....dah tiap tiap kali jugak duit emergency habis pakai (shopping berlebihan)...heheheh ...tapi habiskan masa last day..so kira okay la kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa sama lah kita.. kalo duit abis masa last day tu standard lah kot. janji tak susahkan orang lain.

      kalo baca entry melbourne sbnrnya KK kan short duit jugak masa sehari before balik tu sebab tak bajet duit deposit hostel tu mahal sgt. sbb tu KK mmg risau sangat kalo duit tak cukup. potong selera nak soping kan?

      Delete
  12. Hahaha...nak gelak saya baca pasal bab2 beli hangbag wallet kat Korea nie....setengah org dia lupa dia travel kat negara mana....dia ingat duit Korea nie mcm duit Indon/Vietnam/Thailand kot? Kat situ sah2 la boleh sopping segala mcm beg bagai...kat Korea samada org beli souvenir kecik2 atau set sudu+chopsticks metal tuh atau keychain nail clipper...takpun beli seaweed/kimchi...org tak beli baju/bag/kasut kat Korea nie melainkan klu kes emergency...(luggage hilang) hehe...

    apa2 pun KK memang strong laa nak layan kerenah2 travel mates nie....kalau saya, malas dah nak bawak org2 yg byk songeh nie....buat semak kepala jer...suh dia gi sendiri jer len kali....huhu!

    ReplyDelete
  13. KK rasa benda ni jadik sbb diorg tak google dlu apa yg patut dibeli kot if travel ke korea kot. pastu takde nak tanya KK pasal bende ni so KK ingt diorg tau. apapun takper lah ni semua jd pengalaman utk diorang. lpas ni kalo travel kne buat hwork dlu. kalo harap orang lain je yang buat nnt jadi macam ni la huhu.. KK ok je layan. tapi lepas tu meroyan dalam blog haha..

    ReplyDelete
  14. first time baca blog ni..hehe..me like travel very much tapi dah berfamily slalu gi ngan family je..ada la jugak teringin nak join travel ngan kengkawan tapi bila baca citer kak kiah ni terus rasa takut..haha..sebab saya jenis tak berkira..kalau ada orang berkira and tak pandai manage duit ni memang boleh makan penampau..;p

    ReplyDelete
  15. Saja blog-walking sambil-sambil cari info utk Busan Spring 2016. Lama lagi kaedahnya tapi dah start cari info skit2 haha. Aduih tabahnyalah hati KK melayan kerenah travel-mates. Anyway thanks, memang informative sangat ur blog. Keep on bloggin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah awalnya dah usha2 info. harap membantu ya. bab busan ni KK tak terer sangat but boleh la refer maklumat tempat2 yang KK dah pegi.

      Delete
  16. kental jiwa kak kiah layan peel orang gitu.. hadoiiii..kak kiah kene pesan kat depa, kalau orang dah cantik x yah beli produk mahai2. pakai bedak kotak cina tu pun dah cantik persis mahsuri... haha..

    ReplyDelete