Sunday, May 11, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 2 – DAEPO JUSANGJEOLLI

Dari Cheonjeyeon Falls nak ke Jusangjeolli 5 min je sebab masih dalam kawasan Jungmun kan. Jusangjeolli ni Kak Kiah miss last year sebab sampai sini masa tu dah gelap, so untuk trip kali ni Jusangjeolli ni list wajib la. Plus Kak Kiah ni memang suka tempat2 cenggini sebab cantik kan pemandangannya.

Entrance fee 2,000 won saja. FYI, Jusangjeolli ni actually cliff yang terbentuk akibat crystallization lava gunung berapi Halla satu masa dulu. Kira masa molten lava tu nak jatuh ke laut, pertembungan suhu air laut yang sejuk dan lava yang panas telah menghasilkan bongkah2 berbentuk cube ni. Ok takmo bebel banyak, mari cuci mata lagi..

Alhamdulillah syukur berjaya jugak tengok depan mata setelah sekian lama berangan

Harus la ada gambar kenangan
Batu2an yang cantik dan unik




Bagaimana ia terbentuk

Me berlatar-belakangkan hanyeo divers nun di bawah sinun
Ada jugak yang mencampak coin
Mr Yang yang ceria

Acik2 hanyeo divers sedang bersiap untuk menyelam

Acik hanyeo diver yang waja - cayalah u acik!!

Hasil laut yang dijual dan dimakan mentah
Alhamdulillah akhirnya kami berpeluang tengok ahjumma2 hanyeo divers turun ke laut. Ohsemm sangat uols!!

Kat sini Kak Kiah ada la beli poskad untuk kenang2an. Cadangnya nak pos la dari Jeju untuk diri sendiri. Penyudahnya hampeh tak teringat langsung pun kekeke.. Poskad ni sekeping 1,000won. Beli 4 free 1.


Kami di sini ½ jam je. Ok la untuk cuci mata kan. Nak melepak berkelah pun tak perlu coz after this kami nak lunch pulak. Mr Yang dok bising ajak makan sebab perut dia dah lapar hehe.. Sabo je lah ngan si tua ni..

So about 12pm kami pun bergerak ke area Seogwipo port untuk lunch kat kedai Halmang Ttukbaegi yang kami pernah makan situ last year (tu je lah tempat yang Kak Kiah tau sebenarnya haha).

Ok jom let’s go!! See u next entry heheh.

6 comments:

  1. memang cantik betul susunan batu tu..alahai...nak masukkan dalam itie nih
    Hai..sporting lah mr yang ni..harus lah nanti nk hire beliau hikss

    ReplyDelete
  2. kalo jenis suka fotografi memang teruja JM. kalau jenis yang blur2 motif kenapa kena tengok batu dan tebing huh tak dapek nak tolong kekeke..

    ReplyDelete
  3. Hehehe. Tingat entri kakkiah yg dulu2. Gi sini nk tgk batu jewwww? Hehehehe batu cenggini bkn senang2 nak tgk kan. Insya Allah akan sampai di sini nanti. Tp bkn dgn si tua mr yang la sbb nampaknya xde rezeki nak jumpa mr yang mahupun mr won.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mesti mai sini tau. datang time summer lagi lawo kot.. sebab laut tu lagi biruuuu.. sayangnya skrg dah tak leh turun sampai bawah dah sbb dangerous

      Delete
  4. okay...tempat ni nak masuk dalam list nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee.. spend time lama sket tau.. kot2 la dapat interbiu ahjumma2 diver tu

      Delete