Thursday, May 15, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 3 – FINAL DAY IN JEJU

Reminder: Entri ni no picca. Read to find out why hehe..

Since semalam balik je dari trip Kak Kiah pensan kan, so malam2 buta Kak Kiah dah terjaga. Anyway masa Kak Kiah terjaga tu, Kin tak tido lagi. Ntah apa mimpi Kak Kiah tah bangun2 je terus merepek meraban dok berborak (dah macam berdebat pun actually hehe) pasal kenapa Kak Kiah takde rasa nak kawin and takmo kawin. Hai ntah cemana la boleh sampai ke situ Kak Kiah pun tak ingat apa  issue asal yang kami dok cakap earlier ahaha.. Tapi memang merepek habis la. Macam orang tengah mengigau pun ada Kak Kiah masa tu. So kesian la kat Kin hehee.. Dah dekat sejam dia melayan gila Kak Kiah sampai dia ngantok nak tido.

Oh ya, dia pesan tadi adik2 tu datang request nak kensel Seongsan Ilchulbong. La pulok dah. Sabo je la buat penat je dok cari maklumat. Nasib baik lom buat booking cab lagi. Hmm takpe la, kinda expected pun lepas tengok muka diorang masa balik semalam pancit tak hengat. Kalau jalan yang ala2 landai pun camtu dah kepenatan, rasanya macam tak lepas je nak manjat Seongsan tu. Kadang2 manusia ni cita2 tinggi kalo boleh Mt Hall tu pun nak daki, tapi tak diukur pulak dengan kudrat yang ada huhu..

Lepas Kin dah tido baru Kak Kiah bangun pi mandi n semayang. Dah sedap badan baru la bole buat assignment orang kan (yang ku janji mahu disiapkan hari ni huhu). Tapiiii.. Huh.. tak la siap pun. Masuk kul 4 am terus weng kepala dah tableh pikir. Lepas subuh terus zzz balik..

Bangun2 je tengok Kin tengah pack2 sebab kang kami nak check out. Since plan Seongsan tak jadik, so back to Dongmun Market punya plan la. Cadangnya nak ke market ni dalam kul 9am.

Anyway, masa bekfes tu Kak Kiah dok bergundah-gelana sebab assignment tu tak siap lagi. So Kak Kiah request kat diorang untuk tak join acara pagi ni. I need to finish the assignment, sebab kalo tak memang tak aman la sepanjang trip ni dok risau. Luckily diorang ok and takde masalah dengan perangai Kak Kiah yang ngengada tukar plan. Tapi diorang takmo pi Dongmun Market la, instead diorang cuma nak ronda2 area guesthouse tu je. So ok la no problem, as long as diorang balik before check out time. Kak Kiah pun terus la lepak kat kitchen tu untuk gunakan public PC (kata english kan? but actually Ms Word in korean ok! haa nangeh!!) dan terhegeh2 la menyiapkan assignment di kala mereka berpoya2 merayap di luar. Padan muka Kiah sob sobss...

Kul 10am diorang dah balik. Eh kejap benau? Rupanya diorang nak makan dulu kat Yeha takut nanti lapar. Ok la sebab diorang semua dah pack kan. Cuma Kak Kiah sorang je yang lom siap apa pun ni.. masih terkial2 menaip..

Anyway dah 10.30am tapi tak siap lagi assignment ni haru betoi la. Tapi takleh tunggu lagi dah. Terus bedesup Kak Kiah naik ke bilik untuk mandi, pack n bersiap2. Macam kartun ok! Tepat 11am terus turun bawah and check out. Alhamdulillah berjaya check out pada masanya huhuhu.. kalut tol Kiah ni.. Lepas check out baru nak makan instant rice & sambal tumis. So yang lain tu terpaksa la tunggu Kak Kiah yang lembab ni nak makan pulak hehee.. (musti ada yang carut Kak Kiah masa ni gamaknye sebab tak follow jadual). Apepun our flight nanti kul 12.55pm so Kak Kiah takde la risau sangat sebab airport dekat je kan and rasa sempat je we make it to the airport on time..   

Lepas makan Kak Kiah terus mintak receptionist callkan cab. Tengah tunggu cab tu baru teringat kami lom ada sesi2 bergambar kat Yeha. Adusssss... tak sempat pun, cab dah sampai. Frust tol sebab memang lupa sangat bab ni. Dah banyak sangat bende dalam kepala kan... gini la jadik nye bila kelam kabut.. 

So kami pun bertolak le ke airport. Annyeong higaseyo Jeju!! It was a short trip here but sangat banyak kenangan manis, pahit, kelat, payau semua ada huhu ...

6 comments:

  1. ohh...inilah kisahnya naper entry ni tak dop gambo heeee
    ahakss..isu besar jgk tu sampai tahap tak rasa nak kawan dan takmo kawhin..huhhu
    JM ni pulak ada lah rasa sikit2 nk kawin tapi tak ada pulak org yg mau heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiksss.. ye la tu takde yang mau. haha kalo masih ada rasa nak kawin, kne usaha la JM teropong2 calon yg sesuai. KK ni dah tahap lebih selesa dok sorg kot hehee.. senang tak serabut kepala..

      Delete
  2. maka ada alasan lagi untuk kak kiah repeat jeju :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak la kot utk masa terdekat ni sbb dh dapat cover almost sume tmpt yang nak pegi kan. kalo banyak duit kan best boleh la tiap2 tahun repeat hehee..

      Delete
  3. Replies
    1. betol tu bro. kalo pegi hanimun ke celebrate anniversary ke mmg cantik la & sesuai sangat kan.. feeling masa tengok view depan mata tu hmm takleh nak describe in words..

      Delete