Sunday, May 25, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 4 – GAMCHEON VILLAGE

Malam tadi Kak Kiah tido kejap je, bangun pagi ingat nak sambung la buat assignment. Lepas tu macam haram apakah.. Kak Kiah terdelete semua apa yang Kak Kiah taip dalam 2 hari ni. Aduhhh cam nak nangis ok masa tu. Since buat pakai Ipad kan, nak undo pun tak boleh. Kena pulak esok dah dateline kena submit. Ottoke ottoke.. Tapi sebab hari ni our last day untuk berjimba2 di Busan, Kak Kiah decide untuk malas nak pikir hal assignment ni. Lantak la. Esok dah nak balik Msia baru pikir what to do hehee..

So plan kami hari ni ialah ke Gamcheon Village, Gukje Market, Taejongdae, Busan Mosque, Haeundae & Gwanggalli Beach. So sepanjang trip ni, Kak Kiah consider hari ni hari kemuncak ler sebab banyak tempat menarik yang Kak Kiah nak pegi kat Busan ni.

Lepas bekfes (sendiri2 coz Busan Inn tak provide bekfes), kami pun gerak la ke Busan Subway Station. Untuk ke Gamcheon Village ni kami perlu amek subway Line 1 ke Toseong Station pastu amek bas 2 or 2-2 depan Cancer Center.

Alhamdulillah cuaca cam ok walaupun forecast kata semalam & hari ni akan hujan.     

Sampai2 je kat subway tu, Kak Kiah pun menonong2 je masuk gate tanpa menengok dulu sign board. Jalan punya jalan tengok signboard yang ada pastu cam lain je. Sepatutnya menuju ke Sinpyeong and next stn shud be Jungang. Ni macam ke arah berlawanan sebab menuju ke Samyeon and next stn is Choryang. Rupanya tersalah direction uols!!

Adui dui duiii... terpaksa la keluar balik. OK nampak cam minor je kan mistake ni? Tapi sebenarnya ada effect besar juga tau. Sebab bila T-money deduct lebih, kami end up short duit T-money (semalam just topup 8,000won untuk 2 hari) and therefore memerlukan kami topup lagi – which sangat2 menyusahkan since Kak Kiah masa ni masih blur bab Cash Bee tu n berlaku kejadian huru-hara semasa hendak mentopup (akan diceritakan di next entry).

Sampai je kat Toseong Station, kami keluar exit 6 – belok kanan pastu jalan terus sampai nampak Cancer Center. Depan tu ada bus stop. Elok2 kami sampai terus ada bas no 2. Wah lega takyah berlama2 tunggu bas. Nak bayar tu touch pakai T-money je, i think about 1000won. Just inform ahjussi bus driver tu nak ke Gamcheon Village.

Inside the bus
Dalam perjalanan tu wahhh.. gila meh! Jalan berbukit satu hal, lorong dia kecikkkkk giler and bas tu sup-sap-sup-sap selamba je. Kalo drive sendiri ni mau gigil lutut gak rasa. But masa tu dah excited dah sebab dah nampak rumah2 kalerful ni dari jauh. Totally ‘Santorini of the East’ beb!

Perjalanan dari Cancer Center tadi tak lama, dalam 10-15min je. Bila sampai je kat Gamcheon Village entrance tu dah tersengih2 Kak Kiah. Heeheee... Sukanya uols! Kalau nak tau, episod Running Man yang first time Kak Kiah tengok masa kat Gamcheon Village ni la. Before that tak pernah layan pun. Tapi masa episod yang tu memang tertarik sangat dengan kecantikan perkampungan ni and then terus follow Running Man sampai sekarang.

Entrance ke Gamcheon Village
The whole map - luas giler okeh!
Gamcheon Village ni actually ada sejarahnya. Dulu masa Korean War kan North invade South menyebabkan South Koreans telah berundur ke selatan sampai ke Busan. Masa tu memang crowded la Busan ni sampai diorang terpaksa la bina rumah2 kecik di sepanjang bukit di Gamcheon Village – and they stayed here sehinggalah UN berjaya paksa North Korea untuk stop the war. So dari segi sejarah, tempat ni memang ada sentimental value untuk South Koreans since ni antara satu2nya tempat yang tak berjaya ditawan oleh North Korean Army.

Untuk explore Gamcheon Village, seeloknya pegi amek map kat Tourist Information Center and follow route yang diberi. Kak Kiah not sure about this, tapi masa Kin pegi she had to pay 2,000won for the map. But map tu besar and complete la, with tempat2 yang patut disinggah untuk stamping & photo zones. Kalo takmo map ni pun takpe, boleh follow the fish arrows. Cuma u might miss few interesting stuff along the way lah. Sebab kadang2 kat kiri kanan tu ada art work yang kita boleh terlepas pandang. Kena bukak mata luas2 sket. Even kami yang pegang map pun leh miss few spots masa awal2 tu sebab tak faham konsep stamping tu.

Boleh beli map kat sini
Ok jom start exploring.. (sorry banyak lak gambo huhuhu)


Oh my.. so pretty!!

Pot pants - kreatip!
Little Museum with Gamcheon Arirang
'People and Birds' artwork di atas bumbung
Macam toyol pun ada huhu
Kak Kiah dan bunga berpisah teda

Kin at Photo Gallery - the 1st stamp zone
Fish in alleys - follow arrow ni supaya gak sesat
Lukisan cantik2 di dinding rumah dan tangga
Kak Kiah & Little Prince mural
Kak Kiah berdeting dengan Little Prince dan ditemani oleh Desert Fox
Gila terer tol la diorang nye art work ni.. kagum sangat..

The amazing view of Gamcheon Village
I can sit here and watch this for hours
Kalerful sangat ek
Dalam banyak2 tempat dalam Gamcheon Village ni, Kak Kiah paling suka this area – Cheondeoksu. Sangat kreatif dan artistik skali. Ada perigi kat atas tu yang ada sejarah tersendiri, kononnya digali siang malam oleh seorang penduduk kampung ketika Busan ditimpa musim kemarau dan kelaparan. Walopun orang cakap sia2 sebab jadahnya menggali perigi atas bukit kan, akhirnya doanya dimakbulkan dan perigi tu pun akhirnya mengeluarkan air. Begitulah ceritanya.

Lorong menuju ke Chandeoksu
Gile bapak susah nak lukis ni

The Wish Well - Chandeoksu
Like!!
Antara yang menarik - jambatan dari gelas kaca

Art work 'Our Village Gamcheon' & 'Nostalgia'

Photo zone
Kat photo zone ni leh amek gambo and then send kat email kita sendiri. Senang je just follow instructions kat skrin tu and pick background yang kita nak. But make sure jangan la berlama2 kat situ sampai mengganggu orang lain yang nak amek gambo jugak ye. Kalo 1-2 take tu boleh tahan lagi, kalo 3 take tak puas2 hati tu memang bole bikin panas orang yang menunggu (boleh agak sapa tak huhu).

By the way, ni lah hasilnya.. hihi.. boleh lah buat kenangan..

Taken from Photo Zone
Gamcheon Village from different angle - tetap cantik dipandang
Sudah mula capek
Masa tengah ghalit2 mengambek gambo n mengusha2 view, kami telah ditegur seseorang. Rupanya one of my FB frens. Kak Kiah kenal dia masa pegi Seoul yang 1st time tu, she was one of the groups that I met masa kat Nami Island. After that trip kami memang ada keep in touch and I knew dia memang ada nak pegi Seoul masa Kak Kiah nye Jeju-Busan trip tu. Cuma tak sangka lak dia amek flight Busan so semalam baru found out she was here coz flight balik dia esok. Jadi pagi tu memang Kak Kiah roger dia yang kami akan ada di Gamcheon Village from 9-11am in case dia nak pi.

Memang seronok la jumpa balik sebab kami ni kat Msia tak jumpa, kat Korea je baru jumpa ahahaha... She was with her sister but since adik dia nak balik arini, theyols macam in hurry jugak so tak dapat la sembang panjang2. But still happy gak dapat jumpa dia kat sini. I guess November nanti kami akan jumpa lagi di Seoul kot. She’s just like me – ada penyakit beli flight tix ke Korea hehe..

Sampai kat satu corner ni kami dah kompius bab jalan sebab tak faham map. Puas jugak nak cari jalan untuk ke tengah2 village sebab situ ada banyak spot2 menarik yang lom kami tengok. Bila dah jadi camtu, Zai pun muncung la sebab agaknya dah penat kan. Dia ajak balik je terus (sebab kalo kami terus jalan akan jumpa jalan keluar). Tapi Kak Kiah takmo la sebab rasa cam rugi lak tak pegi explore. Maka masa ni kira Kak Kiah memaksa jugak dia memfollow ikut lorong celah2 umah orang. I know memang penat. But didn’t I warn her before yang memang akan ada banyak jalan arini kan? What did she expect?

Melalui belakang rumah2 orang - teringat ahjumma with water pistols dalam RM ahaha
148 stairs or Stairs to See Stars - naik tangga ni kalo nak tengok bintang hehe
Umah dekat2 weh.. kalo kena marah ngan mak ni sekampung dengar konsepnya
The 148 Stairs dari jauh.. gile bapak tinggi
Actually jalan kami dah betul dah, tapi sebab sorang tu muncung dah panjang and sorang lagik dok eksaited bagi cadangan ikut jalan ni, ikut jalan tu.. Kak Kiah terus serabut jadinya tak boleh nak berpikir. Kalau jalan landai takpe kalo sesat barat, ni berbukit2 kan.. agak tensi jadinya sebab yang pegang map ni Kak Kiah kan. So masa tu memang pening la nak ikut jalan mana. Tanya orang plak mostly takleh cakap english. Bila bab menanya2 ni sume tolak suh Kak Kiah yang bertanya, macam la masing2 takleh bukak mulut bertanya sendiri.

Jalan punya jalan terjumpa lak satu family dari Spore. Diorang nak cari tempat yang ada shooting Running Man masa episod Choi Ji Woo tu. Si anak tu katanya ada sumwhere that area lah. Tapi kami pun sesat so tak dapek nak nolong. Anyway family ni especially omaknya agak peramah la bila tengok kami warga Msia kat situ. Sempat la borak2 kejap kongsi tips n pengalaman di Busan.

Then kami pun teruskan perjalanan mendaki bukit sampai mengah dibuatnya. Tengok Zai memang tension je la sepanjang2 tu, nampak dia tak enjoy sangat sebab amek gambo pun tak dah. Last2 kami pun jumpa la satu Community Centre ni. Masuk dalam sebab nak stamping. Zai dok la kat luar tu sorang2. 

Depan Community Center - Zai dah tak kuasa melayan kami huhu
Aksi kami dalam Community Centre
Dalam tu rupanya ada sorang staff tu dia tengok kami punya map. Walopun tak penuh stamp kami, dapat gak poskad free hehee.. yeayy!!

Poskad free
Kat dalam Community Centre pun ada photo zone katanya. Kena naik sampai atas rooftop. Tengok punya tengok laaaaaa.. jumpa jugak spot ni. Hehe suke sangat. Spot wajib bagi fans Running Man.

Happy sebab tercapai hajat jejak ke sini
Omaigad.. love this view! Osem gilerr..
Actually masa tu kami hanya cover 90% dari the whole Gamcheon Village. Ada banyak spot kami tak sempat pegi. Tapi sebab tensi tengok muka penat yang sorang tu, last2 Kak Kiah decide untuk balik je. Lagipun masa tu dah 11+am and kami pun sebenarnya dah terlebih dari masa yang ditetapkan.

Anyway seriously, if u love art & photography – tempat ni mesti wajib dilawat if u come to Busan. Kalau boleh beli la map tu, murah je pun.. kalau penuh stamps dapat 2 tau poskad free. And dah beli map tu kalau boleh sit down and go thru map tu 5 mins before main redah je, if not akan jadi macam kami terlepas few spots yang menarik. Lagi satu please spend at least 3 hrs di sini. Sangat2 berbaloi. But make sure wear comfortable shoes sebab memang bole sakit kaki sebab kena banyak jalan. Jangan expect la datang sini tak penat, memang komfem penat punya. N if ada dalam grup tu yang jenis malas jalan, sakit kaki dan sebagainya.. please ditch em! Suh dok bilik je tido puas2.. Zalim tak? Dah tu buat potong mood orang je kan bila penat muka kau masam2 huhuhu..

Next destination – soping souvenirs di Gukje Market! Ayuh kawanku!

18 comments:

  1. Wahh thanks kk. Rupanya tempat tu community centre. Selalu nampak koreans amik gambo dgn patung2 tu..
    Btw next week (argh next week dah!! Excited+nervous) touch down busan jek mmg kitorang punya itinerary hanyalah gamcheon village b4 bertolak ke jeju. Akan ku jejaki kesan tapak2 kakimu kakkiah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wawawaaa dah nak pergi ye. seb bek KK sempat post entry ni, harap dapat la sikit sebyk bg tips. gamcheon tu nnt amek gambo byk2 tau! KK sampai tukar betri noks..

      Delete
  2. sayapun pernah tgk running man episode kt kmpg tu..heheehe..view plg cantik adalah kt tmpt shooting tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cantik sesangat.. kalo bergambo kt situ pun feeling2 cantik gituh muehehe

      Delete
  3. wahh bestnya jumpa tmpt shooting RM atas rooftop tu...hehehe cantikla kampung ni kan...hehehe harus ke sni kalo ke Busan nih!gigih la nak memanjat bukit tuh...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik uolss.. i guess ni shud be tmpt wajib la kalo mai Busan. rugi rasanya kalo tak pegi sini. of coz penat kaki.. tp berbaloi la dgn view yg cantik tu

      Delete
  4. lawa la tempat ni. unik
    148 tangga tu nmpk mencabar jgk sebab curam
    dah takde org dok kat sini ke kak kiah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada! kat sini masa meronda2 tu takleh buat bising n kne hormat org2 yg dok situ. n yes tangga tu mmg gila bapak curam. luckily kami cuma menurun bukan mendaki hehe..

      Delete
  5. Power lah k.kiah melayan karenah2 manusia ni..
    Sy plak yg stress baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. now dah tua kan boleh la tolak-ansur bab ni hehe. tak best pun kalo nak marah2 spjg trip tu jadi simpan la stress tu dalam hati berbuku2 sampai la dapat diluahkan kat sini huhuhu.

      Delete
  6. Yeay!!!entry gamcheon...tempat impian.selalu tengok dalam drama @ rm je...yippie!!!tq kak kiah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha sama la tempat impian KK juga. rasanya sepanjang trip ni paling suka masa kat gamcheon village kot. rasa cam nak tersengih2 je.. :)

      Delete
  7. wah syok nya baca entry kak kiah kat jeju busan, esp gamcheon village. i love this place..tp sayang masa pergi ritu hujan lebat. Sempat pergi 2 photospot, Little Prince and satu lagi tak ingat nama..hehe tp tak sempat nak pegi yg ada running man tu. Maksud nya kena repeat la ni
    Ps: Keep on writing, u r very funny :)

    Regular reader, Ann

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ ann. haaa kena repeat paper camtu. anyway try pegi masa winter la. waaa KK tgk gambo village ni masa bersalji memang cantik noks! *leh checkout kat blog Azra

      Delete
  8. Saya sesat dalam ni aritu. Nak sangat tengok Gamcheon waktu petang kan, hambik. Dengan terkejar masa sebab kena keluar lepas 6pm, dengan nak cari plaque Running Man bagai. Tapi sesat yang best sebab partner masa tu ngikut je. Siap dia bagi direction salah, pastu both pun gelak. Cuma dia jadi cuak bila bas xmuncul2 sebab kitorang tunggu belah bawah sikit. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah pegi petang sure cantik!! hehe ada yang sesat jugak rupanya ingt KK je yang bongok tak reti tengok map. best kat gamcheon ni kan.. KK suke sangat. tp tatau lak bab kne kuar kul 6pm tu. mmg camtu ke?

      Delete
    2. Pasal nak tengok waktu sunset & bangunan lembu lah jadi mengah cari jalan keluar. Bila ingat balik, bingai betul perangai. Xtau pun ada waktu melawat tapi masa kul 530pm tu ada ahjumma suruh cepat2 turun. Dia cakap kul 6pm dah xleh kat dalam. Hihi sibaik faham sikit cakap Korea ni kalau x memang buat dek jelah.

      Delete
    3. oh TQ for sharing that info. baru tau ada masa melawat. hehe can imejin how uols terkial2 cari jalan kuar. mmg leh sesat barat kan dalam tu? dah la lalu lorong2 belakang umah org. rasa mcm ganggu privasi diorg je..

      Delete